Jurgen Klopp: Saya mahu ‘mencapai impian’. Tetapi Impian Siapakah Yang Klopp Nak Capai?

Jurgen Klopp berkata dia berasa bertanggungjawab untuk membantu “memenuhi impian” di kala Liverpool sedang terus mengejar gelaran liga pertama mereka sejak 29 tahun.

Liverpool boleh mengekalkan semula jarak lima mata di puncak Liga Perdana Inggeris sekiranya menang menentang West Ham pada awal pagi Selasa ini.

Kenny Dalglish telah membawa The Reds ke kejayaan terakhir mereka pada 1990 dan Klopp menyedari betapa pentingnya gelaran Liga Perdana yang pertama buat warga dan peminat Anfield yang setia.

“Saya tidak impikan terlalu banyak. Impian saya adalah untuk kekal sihat sehingga saya 96, 97, tanpa penyakit, boleh ingat segala-galanya,” kata Klopp kepada Sky Sports.

“Saya memimpikannya. (Hidup) Bersama-sama dengan pasangan saya, (dan) mempunyai cucu – itulah impian saya.

“Saya tidak bermimpi dalam pekerjaan, saya bekerja dengan jujur, kerja kami adalah untuk memenuhi impian,(tetapi) bukannya hasrat masing-masing, mungkin para pemain mempunyai (idaman) sendiri, saya bukan seorang pemimpi yang besar, saya masih gembira.”

Liverpool terlepas peluang untuk memperluaskan kelebihan mereka di bahagian atas liga dari 4 mata ke 7 mata pada pertengahan minggu lepas, tetapi Klopp berhasrat untuk melihat perlumbaan gelaran sebagai peluang untuk merebut kedudukan dan bukannya menyia-nyiakan.

“Seseorang memberitahu saya sebelum perlawanan [Leicester] bahawa jika kita menang, kita akan berada tujuh mata di depan. Kami tidak menyasarkan enam, tujuh, lapan, 12 mata di hadapan dan kemudian kami berasa selamat.” Liverpool kini sedang mendahului liga dengan perbezaan 5 mata di hadapan Manchester City.

“Kami hanya melakukan tugas kami dan setakat ini, kami telah melakukannya dengan baik, itulah yang akan kami lakukan semula, anda akan memutuskan apa yang anda fikirkan, saya memutuskan apa yang saya fikirkan.”

“Kami senang dalam situasi ini – tidak terlalu santai, bukannya kami tidak peduli. Kami sangat mengambil perhatian tetapi kami tahu bahawa kami perlu memberi yang terbaik sehingga perlawanan terakhir dan kemudian kami akan melihat apa yang berlaku dan di mana kami akan menamatkan musim ini.

“Ia bukan tentang kehilangan, ia adalah mengenai peluang untuk memenangi sesuatu, kami berada dalam situasi yang boleh memenangi sesuatu, adakah kami fikir kami akan memenanginya? Tidak, kerana kami tidak pasti tetapi kami boleh melakukan segala-galanya untuk mencuba dan kekal setinggi mungkin di atas meja. Saya boleh berjanji. ”

“Segala-galanya berada dalam keadaan sepatutnya, tetapi sudah tentu kami tidak memenangi sebarang gelaran selama 29 tahun, maka normal-lah orang tidak biasa cemas. Mereka benar-benar peduli dan saya suka itu.”

Admin: Klopp makin merasakan bagaimana peminat sedang beria untuk menyambut kemenangan. Diharap Klopp dapat melaksanakan perancangan yang sebaik mungkin untuk merealisasikan impian Liverpool dan peminatnya.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Skysport

Post Author: Wade Wilson