Jurgen Klopp Sentiasa “Berahsia” Dengan Everton – Dan Ianya Akan Kekal Hari Ini

Perlawanan Merseyside Derby sebelumnya menyaksikan Jurgen Klopp jarang meletakkan barisan kesebelasan utama Liverpool. 

Dan ianya menjadi “rahsia” dalam taktikal Klopp dan ianya membuahkan hasil. 

Rekod tanpa kalah Liverpool dalam Merseyside Derby di bawah Klopp dilebarkan sebanyak 9 perlawanan setakat ini, dan rekod itu mungkin tidak kekal dengan Klopp menanti kedatangan seteru setempat Everton dalam perlawanan pusingan ketiga Piala FA hari ini. 

Ini disebabkan Klopp dijangka merombak skuad beliau untuk memberi peluang merehatkan pemain utama berikutan jadual padat di waktu perayaan dan juga kempen Piala Kelab Dunia lepas. 

Dan ini bermakna Liverpool tidak akan turun dengan kekuatan penuh pada perlawanan malam ini. 

Selain itu, trio serangan Liverpool iaitu Mane, Salah dan Firmino jarang digandingkan bersama dalam setiap perlawanan Merseyside Derby. 

Hanya pada perlawanan pada Disember 2018, kita melihat gandingan pemain serangan itu dalam kesebelasan utama tetapi dengan kehadiran Shaqiri dengan Liverpool hanya memenangi perlawanan itu dengan jaringan pemain gantian Divock Origi. 

Bulan lepas, Liverpool membuat 5 perubahan pemain dengan kemenangan 5 – 2 di Anfield. Henderson, Salah dan Firmino antara pemain yang berada di bangku simpanan. 

Kemenangan dalam perlawanan FA Cup dua tahun lepas adalah menerusi tandukan pemain baru iaitu Virgil Van Dijk, dan Mo Salah ketika itu telah mengalami kecederaan. 

Perlawanan sebelumnya ketika itu, dalam aksi EPL di Anfield Firmino dan Coutinho berada di bangku simpanan dengan Solanke memulakan perlawanan. 

Perlawanan di Goodison Park setakat ini berakhir dengan keputusan seri 0 – 0 dalam dua perlawanan berterusan, dengan perlawanan Mac lepas Firmino hanya dimasukkan di 15 minit terakhir.

Anda harus melihat semula dalam perlawanan menentang Everton pada musim 2016 2017, di mana Liverpool hadir dengan kekuatan penuh dan akhirnya memenangi perlawanan 3 – 1 meskipun Sadio Mane mengalami kecederaan hingga menyaksikan beliau tersisih untuk baki perlawanan musim tersebut. 

Namun Klopp boleh sahaja menurunkan barisan terkuat atau barisan muda, dan ianya masih menjadi teka teki sehingga jam 11 malam nanti. 

ADMIN

Barisan kesebelasan utama yang dirombak, namun boleh catat kemenangan. YNWA.

Sumber : Liverpool Echo

 

Post Author: Mohd Nuruzzaman