Jurgen Klopp : Seronok Dengan Prestasi Dengan Penggiliran Yang Dilakukan

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mungkin memberikan tanda bahawa gembira dengan skuad sedia ada dan tidak mahu untuk menukar skuad sedia ada pada Januari nanti setelah kemenangan kepada Stoke 3-0.

Gol daripada Sadio Mane dan 2 gol lagi daripada Supersub Mohamed Salah, yang masuk daripada bangku simpanan pada minit ke 63 telah menyebabkan Liverpool kini berada di tangga ke 5 mengambil tempat Totenham Hotspur sebelum ini yang tewas dengan Leicester City.

Pengurus Liverpoo telah melakukan 6 pertukaran daripada kesebalasan utama yang turun menentang Chelsea , 1-1, pada hujung minggu lepas. Kali ini skuad ini telah membenam Stoke dengan selesa di Stadium Bet 365.

Penjaga gol Liverpool, Simon Mignolet, bernasib baik kerana masih kekal dalam padang ketika kedudukan 1-0 apabila penjaga gol itu, menyepak Mame Biram Diouf. Mujur pengadil, Martin Atkinson hanya memberikan kad kuning kepada penjaga gol Belgium itu.

Sebelum itu, peminat mungkin boleh mempersoalkan gol pertama Liverpool apabila pemain pertahanan mempertikaikan mengatakan bahawa hantaran bola ke Sadio Mane telah keluar lebih awal. Namun, tiada yang dapat diragukan apabila dengan gol daripada Mo Salah selepas itu. Ini menjadikan pemain itu telah menjaringkan 17 gol sepanjang musim.

Ini adalah kerja keras dan ini adalah bola sepak. Apabila anda datang ke Stoke, ini bukan satu kejutan (permainan fizikal).

Seterusnya, Jurgen Klopp menambah sedikit tentang peluang dan perkembangan skuadnya dalam perlawanan itu.

Saya rasakan ianya agak mudah untuk kami pada separuh masa kedua. Kami harus menggunakan 2 peluang keemasan pada separuh masa pertama (1 peluang keemasan terkena tiang sepakan Sadio Mane). Mereka tidak bernasib baik, mereka sangat bagus dan bermain sangat bagus.

Jurgen Klopp menerangkan mengenai situasi Simon Mignolet pula dan peluang Stoke.

Kami tidak menggunakan peluang sepenuhnya. Kami hanya perlukan sedikit nasib dalam situasi termasuk Simon Mignolet. Saya tidak rasakan ianya patut kad merah. Tetapi, pasti itu adalah situasi untuk jaringkan gol. Sepakan percuma daripada Shaqiri di kawaan itu sangat berbahaya.

Bercerita tentang separuh masa kedua dan pertukaran yang dilakuakan.

Pada separuh masa kedua, ianya banyak situasi ‘open goal’ yang mungkin boleh mengubah situasi. Kami harus lebih bagus untuk menghantar bola dan lebih tenang untuk kendalikan sesuatu situasi.

Jurgen Klopp menceritakan bagaimana Mohamed Salah berjaya mengubah perlawanan.

Kami ubah situasi perlawanan kali kedua. 2 gol yang sangat fantastik daripada gerkaan yang sangat menarik terutama daripada gol kedua. Gol ketiga adalah dalamn situasi ‘counter attack’ dan penyudah yang sangat baik. Pada akhirnya saya merasakan ianya layak kami menang kerana kerja kuat.

Kejayaan sistem rotasi ini hasil kepercayaan Klopp menunjukkan bahawa Liverpool seolah-olah tidak perlu melakukan sebarang pembelian pada Januari nanti walaupun dikaitkan dengan pembelian bek tengah yang baru.

Saya sangat gembira dengan pilihan yang saya miliki. Kami tahu pilihan yang kami miliki. Ragnar sakit dan Dejan Lovren tidak begitu cergas ketika ini. Jika Raggy tidak cedera, Dejan mungkin tidak berada dalam skuad. Dan kini Dejan bermula dan itulah yang terjadi. Kami mempunyai banyak pilihan dan saya sangat gembira dengan keadaan itu. Adam tidak cergas dalam 3-4 hari lagi, tetapi saya gembira dengan pemain yang ada sekarang.

Liverpool akan menentang Brighton di tempat lawan pada hari Sabtu nanti jam 2300.

Ditulis oleh: Mohd Zahari (Bos LMreds)

Untuk (klik): Sila Like Facebook Liverpool Malaysian Reds &  Layari Web Liverpool Malaysian Reds

Post Author: Bos LMreds