Jurgen Klopp Ternyata Teruja Dengan Bakat Muda Liverpool

Jurgen Klopp mengakui dia teruja dengan bakat-bakat muda Liverpool di Liverpool sambil memuji peranan Neil Critchley dan Steven Gerrard atas peranan mereka.

Skuad Gerrard ternyata berjaya melangkah ke suku akhir UEFA Youth League dengan kemenangan 2-0 ke atas musus tradisi Liverpool iaitu Manchester United di Prenton Park pada rabu lalu.

Rafa Camacho dan Curtis Jones pada keesokan harinya berjaya di promosi untuk turut serta berlatih bersama pasukan utama di Melwood.

“Saya gembira dengan keputusan B-19 dalam perlawanan yang sukar menentang United.”

“Mereka memenanginya dan dan pujian diberikan kepada Stevie. Saya suka dengan keinginannya dan bagaimana dia melakukan pekerjaannya. Ia sangat bagus dan dia mempunyai pasukan yang bagus disana.”

“Stevie dan Critchley keduanya mempunyai pasukan yang bagus, walaupun agak sukar bagi Critchley kerana hampir separuh pasukannya keluar untuk dipinjamkan.”

“Seperti Ejaria, Wilson dan Kent sedang mencuba membuat langkah seterusnya jadi kami mempunyai generasi akan datang yang sedang meningkat.”

“Saya tahu mengenai Camacho dan Curtis sebelum ini, sama seperti Liam Miller, Conor Masterson juga sering bersama kami.”

“Kami mengenali mereka dan memberikan peluang kepada mereka untuk melakukan sesuatu yabg lebih baik. Sekiranya kami menghadapi masalah kecederaan, kemudian kami amat memerlukan mereka maka kami memerlukan mereka untuk sesi latihan yang betul.”

“Anda hanya boleh menurunkan mereka jika mereka bersedia untuknya dan tahap mereka takkan jatuh apabila mereka diturunkan. Ianya baik untuk kami semua.”

Admin :

Semoga pemain muda Liverpool ini mampu untuk menjadi bintang masa deoan Liverpool sama seperti Steven Gerrard, Robbie Fowler dan beberapa  yang lahir dari akademi Liverpool pada masa akan datang.

Related posts