Jurgen Klopp – Wang Penjualan Coutinho Akan Dilaburkan Untuk Skuad Liverpool FC

Pengurus Liverpool itu menolak dakwaan bahawa dana itu digunakan untuk menampung pembelian Keita dan Van Dijk.

Namun beliau juga mengakui bahawa beliau terpaksa menunggu hingga perpindahan musim panas hadapan untuk mendapatkan pengganti buat Coutinho, yang telah menyertai Barcelona pada awal minggu ini.

Liverpool juga sedang mempertimbangkan beberapa pilihan untuk Januari ini namun Echo difahamkan mereka tidak bersaing untuk mendapatkan pemain Arsenal Alexis Sanchez.

Pengurus dari Germany itu turut menolak dakwaan bahawa wang penjualan pemain itu telah dilaburkan untuk membawa masuk Virgil Van Dijk dan juga Naby Keita.

Menurut Klopp :

“Kita akan dapatkan semua wang itu”.

“Sejak saya berada di sini, kami telah dapatkan semua wang tersebut dan boleh mendapatkan lebih lagi jika diperlukan. Tidak pernah seorang pun menyatakan tidak boleh kepada saya. Kami berbicara mengenai umur, harga dan segala galanya. Semuanya bagus”.

“Setakat ini kami telah berjaya mendapatkan pemain yang kami mahukan. Jika seseorang mahukan pemain lain maka ianya kesilapan besar yang dilakukan oleh saya”.

“Anda tahu yang saya bukanlah pengurus yang hanya berjumpa dengan peminat dan membuat pencaturan perbelanjaan”.

“Pemilik kelab sentiasa menyokong tindakan saya. Ianya bukan mengenai ‘anda telah mendapat pemain ini namun sebalik kita telah lakukan ini dan anda tidak boleh berbelanja’. Semuanya bagus dan kami tidak mempunyai isu mengenai wang”.

“Seorang pemain telah melangkah pergi dan ianya tidak bagus, namun bukanlah satu isu besar. Kami akan membawa masuk pemain lain. Itu yang pasti tetapi samada kita lakukan dalam pintu perpindahan sekarang adalah sesuatu yang tidak pasti”.

Keinginan Coutinho untuk berhijrah ke Barcelona membuatkan misi Klopp untuk meletakkan bakat terbaik di Anfield untuk jangka panjang masih dalam usaha, menjelang perlawanan penting menentang Man City Ahad ini.

Namun begitu beliau tidak risau nama nama besar lain di Liverpool akan mengikuti jejak langkah Coutinho.

Sebaliknya Klopp yakin bahawa ianya terletak kepada perkembangan di atas padang buat Liverpool sekarang dan percaya kelab masih mempunyai daya tarikan pemain apabila berjaya mendapatkan khidmat Mohamad Salah dan Alex Oxlade Chamberlain pada musim panas lepas.

“Kita tidak dapat menghalang semua perkara namun sebenarnya tidak perlu meninggalkan kelab dari sudut sukan”.

“Kita semua tinggal di sini dan jika anda ke Barcelona kerana anda boleh bercakap bahasa yang lebih difahami dari sini adakah anda akan menyatakan ‘tidak’ untuk bersama mereka?”

“Akan sentiasa ada pasukan yang melakukan tugas lebih bagus, atau tidak tetapi mempunyai mata yang sama atau lebih wang namun kita sentiasa mempunyai sesuatu untuk ditawarkan”.

“Kita lihat apa yang kita miliki sekarang. Mo Salah – beliau tidak datang ke sini kerana kami memaksa beliau. Kami juga tidak ke Rome dan menculik beliau. Beliau sendiri yang mahu ke sini”.

“Sadio Mane – anda pernah katakan tidak semua kelab mahukan beliau namun sekarang mereka mahukan beliau. Gini Wijnaldum – tidak semua orang katakan ianya satu idea yang hebat tetapi banyak kelab mahukan beliau”.

“Oxlade Chamberlain. London bukanlah bandar yang tidak hebat namun beliau datang ke sini untuk bermain bolasepak”.

“Dan kita memiliki 3 atau 4 pemain ini atau anda sentiasa berfikir – pemain terbaik sentiasa akan meninggalkan kelab. Bukan begitu sebenarnya. Kelab sentiasa mencuba untuk melakukan sesuatu yang berbeza”.

Jurgen Klopp juga menegaskan sejarah pemulihan kelab setelah menjual pemain terbaik seperti Alonso dan Luis Suarez tidak berlaku, dan percaya Liverpool masih mempunyai kualiti pemain yang kukuh dan tidak terganggu dengan pemergian Coutinho.

“Kami tidak bermain dengan hanya seorang hero dalam pasukan. Ianya bukan kerana seorang hero dan pemain lain hanya sekadar pembantu.”

“Kami telah meletakkan tanggungjawab kepada semua pemain yang bermain. Kami kadangkala bermain baik dengan Phil, dan ada masanya kami tidak bermain dengan baik jika beliau ada. Ada masanya kami bermain dengan baik tanpa Phil”.

“Kami tidak perlu memikirkan mengenai itu. Ianya semua berkenaan bagaimana reaksi kami dalam permainan sebagai sebuah kelab”.

“Jika sesuatu tidak menjadi di atas padang dan semua orang bercakap mengenai pemain yang tidak lagi berada di kelab, itu tidak benar”.

“Ibarat anda kehilangan sebelah kaki dan pada masa yang sama anda merasa sakit hati”.

“Jangan sakit hati. Mari meneruskan kehidupan seterusnya. Saya boleh menceritakan 500,000 cerita mengenai masa lampau saya namun saya tidak berminat untuk menceritakannya sekarang”.

“Akhirnya mungkin anda akan kehilangan 5 atau 6 pemain namun ianya agak pelik jika anda tidak mampu menggantikan mereka. Itu tidak akan terjadi di sini”.

ADMIN

Jurgen Klopp telah menjelaskan mengapa kita sebagai penyokong Liverpool tidak perlu terkesan atas penjualan Coutinho dan juga Liverpool masih berupaya untuk menarik nama pemain berbakat besar untuk menyertai kelab.

Kesudahannya, kelab tetap mendapatkan pemain yang mereka mahukan.

Sumber : James Pearce – Echo

Related posts