‘Kami Memudahkan Red Star Untuk Menang’ – Klopp

Bercakap dalam sidang media selepas perlawanan ..

Jürgen Klopp mengakui Liverpool bergelut untuk bangkit semula, selepas menerima tamparan hebat melalui gol pertama Red Star Belgrade dalam kekalahan 2-0 Liga Juara-Juara di Serbia.

Dengan langsung tidak terkejut, akan apa yang dipertunjukkan oleh Red Star di laman sendiri.

Masakan tidak, ianya telah dipertunjukkan Red Star pada perlawanan pertama lagi.

Dengan tangkas, liar dan aggresif. Namun, di Anfield, Liverpool yang mengawal perlawanan, yang mana ianya tidak berlaku ketika berada di stadium Marakana.

Dengan kelebihan bermain di laman sendiri, Red Star menggunakan peluang yang ada beraksi aggresif, sangat aggresif di semua bahagian.

Malah, untuk perlawanan terakhir di peringkat Kumpulan C ini pun mereka aggresif, manakala Liverpool hanya sekadar melakukan lebih baik, ibarat ‘melepas batuk ditangga’.

Oleh itu, secara tidak langsung, Liverpool menjadikan tugas Belgrade lebih mudah daripada biasa, dan itu adalah sebab utamanya.

Red Star sememangnya berhak untuk menang, dengan semangat yang mereka bawa. Itu sukar untuk menafikannya.

Kerana tidak membuat keputusan terakhir dengan tepat, Liverpool kalah kepada Red Star Belgrade.

Keputusan tepat yang berakhir dengan jaringan gol, tapi Liverpool tidak berupaya untuk menjadikannya satu kenyataan.

Ianya tetap tidak membantu, walaupun berada kerap dalam kotak penalti dan di sekelilingnya, kerana itulah yang perlu lakukan dalam setiap perlawanan.

Jelas Klopp, itulah sebabnya Liverpool kalah 2-0.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Liverpool FC

#ynwa
#oncearedalwaysared🌹

Post Author: Sepet LMreds