Kami Tidak Dapat Bermain Dengan Baik Selalu, Namun Kami Akan Berjuang Dulu – Klopp

Klopp melakukan perubahan kesebelasan utama dalam aksi Merseyside Derby menentang Everton semalam. 

Namun Klopp percaya kemenangan ke atas Everton itu memberikan makna tersendiri untuk menjadi pemain dan juga penyokong juara Eropah dan dunia buat masa sekarang.

Dan beliau tidak dapat menahan sabar untuk membidas kembali kritikan yang dilemparkan terhadap barisan kesebelasan utama oleh peminat semalam. 

Liverpool menyenaraikan hampir semua pemain simpanan dan juga pemain muda untuk perlawanan ini sekaligus mencatatkan kemenangan 1 – 0 ke atas seteru jiran mereka semalam dengan 9 pertukaran pemain ketika menentang Sheffielf United pada Khamis lepas. 

Kemudian Liverpool menerima tamparan awal apabila kapten pasukan James Milner terpaksa dikeluarkan seawal minit 9 berikutan masalah otot.

Satu satunya jaringan semalam diperolehi menerusi rembatan lencong Curtis Jones yang tepat ke palang gol sebelum melantun masuk.

Dan Klopp percaya persembahan pemain terutama skuad muda itu semalam membuktikan betapa tingginya nilai kelab buat masa sekarang. 

“Saya menikmati setiap saat perlawanan semalam. Ianya seperti perlawanan menentang Arsenal dalam Carabao Cup yang saya menikmatinya 100%”.

“Mesej yang sangat jelas. Jika anda mahu menjadi pemain Liverpool anda harus hormati prinsip kelab ini”.

“Kami tidak dapat menunjukkan permainan baik sepanjang masa, namun kami boleh berjuang seperti orang lain dengan menggunakan prinsip kelab itu, maka kami akan menjadi pasukan yang sukar ditewaskan oleh lawan”.

“Sama seperti penyokong kami. Jika anda mahu menjadi penyokong yang bagus, anda akan tahu kami tidak akan bermain baik dalam semua perlawanan namun anda boleh berjuang bersama sama kami. Maksudnya menyorak dengan sekuat hati anda”.

“Itu yang kita semua perlukan jika anda mahu sesuatu yang istimewa di hujung musim ini”.

“Namun malam ini adalah malam yang suasananya lebih hangat dari biasa. Jika tidak seperti sebelumnya saya pun ada sesuatu untuk diperkatakan selepas itu”.

“Kami tidak memandang mudah perlawanan ini. Saya sangat suka jika dapat bertemu beberapa orang yang mengkritik kesebelasan utama saya, menyatakan apa yang tidak baik dengan saya atau menyatakan saya tidak menghormati Piala FA”.

ADMIN

Tak pasti siapa pula yang kritik. Kami teruja nak tengok aksi Minamino, Harvey Elliot dan beberapa pemain lain. 

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman

Leave a Reply