Kane Cabar Salah Untuk Buktikan Sememangnya Dia Hebat

Penyerang Tottenham itu berkata, yang pesaing utamanya Salah,  memang layak dapat ‘Golden Boot’, tetapi dalam masa yang sama, Salah harus membuktikan lagi kehebatannya pada tahun depan.

Dimana, Kane mengharapkan kecemerlangan Salah bukan hanya untuk musim ini semata, ia haruslah kekal konsisten setiap musim.

Salah menyingkirkan Kane untuk menjadi penjaring terbanyak dengan 32 gol, melebihi 2 gol berbanding penyerang ‘sensasi’ Tottenham Hotspur ini, dalam 38 perlawanan kesemuanya Premier League musim ini.

Kane, yang juga telah menjaringkan sekurang-kurangnya 25 gol dalam PL bagi setiap tiga musim terakhir ini, dan telah memenangi dua Golden Boot setakat ini.

Bagi Kane sendiri, katanya sangat bagus untuk mempunyai persaingan, malah bagus juga di PL sendiri, mempunyai dua pemain dengan jaringan 30 gol.

Jujur Kane akui, secara peribadinya beliau berpuas hati dengan pencapaian sendiri. Dimana tahun lepas beliau menjaringkan 29 gol, dan tahun ini berjaya meningkat 1 gol menjadikan keseluruhannya 30 gol.

Sememangnya itu pun yang menjadi sasaran utama beliau bagi musim 17/18 ini, untuk meningkatkan jumlah jaringan beliau dan meraih Golden Boot lagi.

Kane sedar, sudah semestinya Salah lebih layak dengan 32 gol jaringannya, tetapi Kane tak mudah putus asa dan tidak sabar untuk memberi cabaran sengit lagi dalam perebutan Golden Boot musim depan.

Bagi Kane, usaha itu harus dilakukan setiap musim, bukan hanya untuk semusim sahaja. Yang mana beliau sendiri, ini adalah musim keempat, dan kali pertama beliau berjaya menjaringkan 30 gol di PL.

Oleh itu, Kane mahu meningkatkan jaringannya melebihi 30 gol, untuk dua atau tiga musim berikutnya, itulah tujuannya.

Dimana jelas, bagi mana-mana pemain sekalipun semestinya mahu melakukannya secara konsisten dan itulah juga yang mentakrifkan pemain yang terbaik dari pemain hebat.

Dan Kane turut mengharapkan Salah yang ternyata begitu mengagumkan pada musim ini, agar kekal kelihatan pemain hebat di musim depan.

Admin :

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Liverpool Echo

#ynwa
#oncearedalwaysared🌹

Post Author: Sepet LMreds