‘Kapten’ Baru Dilantik Liverpool

Ya !
Selepas menandatangani perjanjian baru beberapa pemain, Liverpool FC Wanita telah mengesahkan, Leandra Little akan menjadi kapten bagi skuad wanita untuk musim 18/19.

Pemain pertahanan yang berpengalaman itu bergabung dengan The Reds dari Doncaster Rovers Belles, selepas membawa bekas kelab lamanya meraih kejuaraan FA WSL2 musim lepas.

Sementara itu, pemain pertahanan England, Sophie Bradley-Auckland pula dinamakan kapten kedua, oleh pengurus skuad wanita, Neil Redfearn.

Mengenai pelantikan Little sebagai kapten kelab, Redfearn berkata, Leandra dilihat mempunyai pengaruh yang besar bagi skuad wanita keseluruhannya, baik dipadang, mahupun diluar padang.

Ini ditambah lagi, Leandra sebelum ini telahpun menunjukkan sikapnya yang sebenar ketika menjadi seorang kapten. Segalanya beliau pamerkan ketika menjuarai liga 2 yang diraih bersama dengan Doncaster Rovers Belles musim lalu. Itu sangat jelas juga dapat meyakinkan yang dia akan menjadi antara anggota penting dalam skuad Liverpool Wanita musim ini.

Leandra turut meluahkan kata beliau, yang mana katanya, perlantikan ini merupakan satu penghormatan buat dirinya. Terasa begitu istimewa sekali, setelah beliau dinamakan sebagai kapten pasukan untuk sebuah kelab yang besar seperti Liverpool Wanita, malah beliau berjanji akan melakukan segala yang terbaik yang termampu beliau untuk memenuhi kehendak pasukan.

Dengan rombakan besar-besaran yang dilakukan awal musim, berserta dengan penamaan semula nama pasukan, Leandra sudah tidak sabar untuk memulakan musim baru, malah sebagai sebuah skuad yang mempunyai banyak wajah baru, mereka telah serasi sebagai sebuah pasukan dengan begitu cepat sekali.

Keserasian itu jelas, adalah bukti kerja keras yang dilakukan oleh kakitangan kejurulatihan di padang dan hakikatnya juga pasukan wanita Liverpool ini berusaha keras untuk mencapai matlamat bersama.

Jelas Leandra lagi, sebagai sebuah pasukan, mereka mempunyai keyakinan yang tinggi yang mereka boleh menggapai kejayaan secara bersama.

Admin :

Ketinggalan berita tentang Liverpool FC Women sebelum-sebelum ini. Jangan bimbang, korang hanya perlu klik link dibawah.

Liverpool FC Wanita : Era Baru Bermula

Sah – Neil Redfearn Dilantik Liverpool Sebagai ‘Pengurus Baru’

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Liverpool FC

#ynwa
#oncearedalwaysared🌹

Post Author: Sepet LMreds