Kapten Fiorentina Davide Astori Meninggal Dunia Beberapa Jam Sebelum Perlawanan Dengan Udinese

Beliau dilaporkan meninggal dunia secara mengejut di Udine Hotel, tempat penginapan mereka sebelum perlawanan tersebut dijadualkan berlangsung.

Kesemua perlawanan Serie A yang sepatutnya berlangsung pada hari ini (Ahad) ditangguhkan buat sementara waktu untuk memberi penghormatan terhadap pemergian pemain tersebut.

Berikut adalah kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Fiorentina :

“Fiorentina dengan sedihnya mengumumkan bahawa kapten pasukan kami Davide Astori telah meninggal dunia akibat kesakitan mengejut”.

“Untuk situasi yang mengejutkan ini, dan juga menghormati keluarga mendiang kami mahu media menjaga sensitiviti terhadap semua pihak yang terlibat”.

Pemain pertahanan berusia 31 tahun ini memulakan karier bersama AC Milan namun gagal mendapat tempat di skuad utama. Beliau akhirnya berpindah ke Cagliari pada 2008 dan menghabiskan 6 musim di sana dengan melakukan 174 penampilan.

Setelah dipinjamkan ke Roma dan Fiorentina selepas itu, beliau akhirnya berpindah secara kekal ke Fiorentina pada 2016 dengan melakukan 58 penampilan dengan 3 jaringan bersama kelab tersebut.

Astori telah meraih 14 caps antarabangsa dengan melakukan penampilan pertama ketika menentang Ukraine pada 2011.

Berikut adalah beberapa ucapan takziah daripada kelab kelab Serie A dan juga pemain di sekitar Eropah menerusi laman Twitter termasuk daripada Liverpool FC sendiri.

ADMIN

Semoga beliau damai di sana dan mohon keluarga mendiang bertabah atas pemergian ini. YNWA.

Sumber : Sky Sports

Post Author: Mohd Nuruzzaman