Kapten Liverpool, Jordan Henderson Dikhuatiri Tidak Dapat Bermain Menentang Brighton

Pemain tengah Liverpool, Johan Henderson sedang bergelut dengan kecederaan betis dan akan menjalani ujian kecergasan untuk memastikan sama ada dia cergas untuk bermain melawan The Seagulls.

Liverpool sudah tidak mempunyai Dejan Lovren dan posisinya akan diganti oleh Fabinho yang tidak biasa bermain di posisi center-back. Ini bermaksud Henderson berkemungkinan akan memulakan perlawanan menentang pemain Chris Hughton tetapi kini bintang England itu mengalami dengan kecederaan.

Henderson telah ditetapkan untuk bermain di Molineux – berpotensi berada di tengah-tengah bersama Fabinho – namun masalah betis itu memaksanya keluar. Berita itu adalah dugaan bagi Jurgen Klopp, di mana pasukannya bergerak tanpa Lovren, Joel Matip dan Joe Gomez dalam bek pertahanan.

Liverpool perlu bangkit semula selepas kekalahan berturut-turut dalam dua pertandingan sebelum ini.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : MetroCoUK/90min

Post Author: Wade Wilson