Ke Liverpool Atau Tidak , Lyon Menggesa Nabil Fekir Segara Beri Jawapan Jika Tidak…

Olympique Lyon, meminta Nabil Fekir membuat keputusan yang jelas mengenai masa depannya. Lyon mahu Fekir memutuskan untuk berpindah ke Liverpool atau bertahan di Lyon.

The Lyons tidak mahu keadaan sebegini membelenggu fikiran kelab itu. Lyon menggesa Nabil Fekir untuk memutuskan masa depannya pada akhir jendela perpindahan Januari.

Nabil Fekir adalah watak penting bagi Lyon. Dia adalah pemain utama yang juga diberi kepercayaan sebagai kapten. Walau bagaimanapun, dalam beberapa perjalanan pemindahan, dia mempunyai hasrat untuk berpindah dari Lyon.

Perpindahan musim panas 2018/19 lalu adalah masa yang sibuk untuk Nabil Fekir. Pemain kebangsaan Perancis itu hampir berpindah ke Liverpool. Tetapi, 11 jam sebelum pasaran pemindahan ditutup, Fekir dikatakan gagal untuk melakukan perpindahan.

Sedikit lagi hampir tapi mengecewakan

Terdapat dua spekulasi yang berlegar di sebalik kegagalan perpindahan itu. Pertama, Liverpool meminta kadar pemindahan Fekir untuk diturunkan oleh Lyon. Kedua, hasil keputusan ujian perubatan Fekir didapati mengalami kecederaan lutut yang kerap kali berlaku.

Walaupun gagal dalam perpindahan lalu, tetapi Liverpool dikatakan masih berminat untuk terus mengintip perkhidmatan Fekir. Malah, pemain berusia 25 tahun itu juga dikatakan dalam pantauan Chelsea untuk dibawa ke Stamford bridge musim perpindahan nanti.

Kontrak Fekir dengan Lyon akan tamat pada bulan Jun 2020.

Media Perancis, Le Progres, mendakwa Lyon menggesa Nabil Fekir membuat keputusan tidak lama lagi. Fekir mempunyai dua pilihan: Bertahan dan menandatangani kontrak baru atau berpindah ke Liverpool.

Presiden Lyon, Jean-Michael Aulas, telah merancang jadual untuk berjumpa Fekir. Rancangan itu, mesyuarat akan diadakan pada 21 atau 22 Disember akan datang.

Sekiranya Fekir menyatakan hasrat untuk masuk dalam perpindahan kelab itu, maka Lyon akan menjualnya. Sebabnya ialah Lyon tidak mahu kehilangan Fekir pada harga yang lebih murah musim depan. Lyon juga tidak mahu melepaskan Fekir dengan pemindahan percuma.

Post Author: D'Azmie LMreds

Blood Is Reds So Don't ask why Me Be Liverpool Fan