Kebijaksanaan Michael Edwards Lebih Tinggi Daripada Jangkaan Buat Masa Sekarang

Liverpool menjual Dominic Solanke dengan harga yang cukup tinggi dan pemain itu sekarang bergelut dengan prestasi seperti Bournemouth. 

“All hail Michael Edwards!”

Itulah kata kata yang diungkapkan oleh peminat Liverpool tidak kira pemain mana yang dibeli dan dijual untuk memuaskan hati semua pihak. 

Pengarah Sukan, Michael Edwards adalah individu yang bertanggungjawab untuk berbincang mengenai pemain di Liverpool dan beliau adalah pakar memanipulasi keadaan serta situasi. 

Kembali ke 365 hari lepas, Liverpool dalam proses untuk menjual pemain muda iaitu Dominic Solanke dengan harga setinggi £19 juta. 

Ia merupakan harga jualan yang agak tinggi bagi pemain muda yang hanya menjaringkan 1 gol dari 27 penampilan keseluruhan. 

Namun berfikir dengan perspektif lain; ianya lebih £10 juta dari harga pembelian Takumi Minamino, lebih £6.5 juta untuk “proven player” Xherdan Shaqiri dan juga lebih £1 juta dari harga Dortmund membayar untuk khidmat Harland baru baru ini. 

Selain itu, harga jualan pemain muda itu tinggi tiga kali ganda daripada harga pampasan yang dibayar untuk Chelsea 18 bulan sebelum beliau dijual ke Bournemouth. 

Penjualan pemain yang agak “kejam” kerana pemain muda itu ketika ini gagal menjaringkan sebarang gol dari 30 penampilan bersama Bournemouth dan hanya melakukan satu assist dalam separuh liga musim lepas. 

Namun sebenarnya Solanke adalah bakat yang bagus untuk England, dengan melakukan penampilan untuk Chelsea pada umur 17 tahun dan Mourinho sendiri menyatakan beliau akan menyalahkan diri sendiri jika pemain itu gagal melakukan penampilan untuk Chelsea dan England. 

Solanke merupakan sebahagian skuad England Bawah 20 Tahun dan bersaing dengan nama nama besar di Liverpool seperti Roberto Firmino, Mo Salah dan Sadio Mane ketika di Anfield. 

Persembahan pemain itu tidak mendapat perhatian di Merseyside namun sebenarnya beliau dipandang tinggi oleh sebahagian peminat di Anfield dengan ada yang menyatakan penjualan itu satu kesilapan besar yang dilakukan hanya berdasarkan bilangan gol yang dijaringkan. 

Dengan prestasi dan minit permainan yang dilalui Solanke sekarang, sebahagian besar peminat Bournemouth mula merungut dan melabelkan Jurgen Klopp mungkin “tersenyum” melihatkan pemain itu menyertai Cherries – walaupun peminat Liverpool memikirkan sebaliknya terhadap bos mereka.

Meskipun prestasi Solanke dikritik teruk di laman laman sosial, masih ada juga peminat Bournemouth berpendapat pemain ini masih mempunyai masa depan di kelab itu disebabkan umur yang muda tetapi tidak disangkal Liverpool melakukan satu lagi urusniaga yang cukup bijak. 

Peter Bell, individu yang bertanggungjawab untuk menguruskan laman web Bournemouth menyatakan melalui Echo :

“Dominic Solanke mengharungi musim yang sukar. Beliau mengalami masalah hamstring ketika tiba di sini dan hanya bermain pada bulan Februari”.

“Saya berpendapat Eddie Howe mencari pemain yang boleh mengawal bola dengan baik seperti Benike Afobe, namun ianya gagal direalisasikan”.

“Solanke diberikan peluang tetapi beliau bermain dengan kurang keyakinan dan tidak berusaha sebaiknya untuk cuba menjaringkan gol. Peminat telah putus asa untuk memberikan kepercayaan kepada beliau. Beliau hanya perlu bermain dalam satu pasukan. £19 juta terbuang begitu sahaja”.

“Ramai di antara kami mahukan Divock Origi berbanding Dominic Solanke. Saya berpendapat bebanan yang dipikul Solanke terlalu tinggi”.

“Beliau tidak menunjukkan prestasi sebaik Callum Wilson dan Joshua King, tanpa perubahan beliau tidak akan berjaya di Bournemouth selepas ini”.

“Lys Mousset membuktikan beliau boleh berjaya selepas meninggalkan Bournemouth. Teknikalnya sama seperti Solanke. Jika Bournemouth terus berharap kepada Solanke untuk mendapatkan gol maka kami akan tersingkir dari Liga Perdana Inggeris”.

Ini bukanlah pertama kali Liverpool melakukan urusniaga sebegitu rupa dengan harga yang tinggi, sebelum ini mereka telah menjual Jordon Ibe dengan nilai £16 juta sekaligus membuktikan bagaimana betapa bagusnya Edwards dan kelab mengendalikan urusniaga sebegitu.

Brad Smith juga mengikuti jejak langkah Jordon Ibe ke Vitality Stadium selepas itu, menandatangani kontrak selama 4 tahun dengan nilai jualan £4.5 juta namun gagal memberikan impak sebaiknya. Beliau kemudian dipinjamkan ke Seattle Sounders pada Ogos 2018, dengan hanya kembali ke Bournemouth pada Disember lepas.

Anda boleh berimaginasi bahawa Bournemouth mungkin sudah serik untuk melakukan urusniaga dengan Liverpool, diberikan harga tinggi untuk pemain yang tidak bersedia bermain di tahap yang lebih tinggi. 

Cabaran buat Liverpool pula, menjual pemain dengan nilai tinggi dan membeli pemain berbakat dengan nilai berpatutan. 

Namun jika pasukan perunding Liverpool masih dipegang oleh individu yang berkaliber dan kebijaksanaan yang dimiliki seperti Michael Edwards, maka Liverpool akan berada dalam situasi yang sama dalam masa masa mendatang.

ADMIN

Pasti kita ingat juga bagaimana beliau menguruskan perpindahan Phil Coutinho. 

Dan satu kenyataan ini muncul :

“Selling one Brazillian but signing two powerful Brazillian”.

Hati hati bila berunding mengenai perpindahan pemain dengan Michael Edwards. 

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman