Kekecewaan Joel Matip Apabila Tidak Dapat Bermain Untuk The Reds

Pemain pertahanan tengah tersebut jelas gembira dengan terus mencuba memberi cabaran untuk menembusi pasukan utama dan mengenepikan Virgil Van Dijk, Joe Gomez serta Dejan Lovren.

Persaingan untuk mendapatkan tempat pasukan utama kini jelas menjadi lebih sukar berbanding sebelum ini.

Bahagian tengah pada musim ini dipenuhi kualiti, bahagian serangan pula ternyata kelas dunia dan bahagian pertahanan jelas sukar dipercayai betapa ampuhnya mereka.

Bukti diatas jelas tidak dapat dielakkan oleh pemain skuad yang lain untuk mendapatkan minit permainan yang mereka inginkan.

Sudah tentu prestasi dan pihak lawan menjadi faktor dalam pemilihan pemain dan beberapa posisi turut memilih mereka sendiri. Tetapi ada faktor yang lainnya dimana ia akan memeningkan kepala Klopp untuk memilih pemain terbaiknya.

Jantung pertahanan adalah salah satu bahagian kerana ada empat pemain berkualiti tinggi namun pada dasarnya persaingan hanyalah untuk dua tempat kerana Reds hanya perlu melihat empat pemain pertahanan yang paling ampuh dimana Trent Alexander-Arnold dan Andy Robertson dalam kedudukan penuh.

Jika melihat bahagian pertahanan itu dan sudah pasti, Virgil van Dijk yang pada asasnya tidak mungkin diketepikan kecuali kecederaan.

Pasangan yang beraksi bersama pemain Belanda sejauh musim ini yang sangat kuat dan ampuh adalah Joe Gomez, diikuti Dejan Lovren dan juga terdapat Joel Matip yang turut beraksi dibahagian tersebut.

Lovren telah memulakan dan bermain penuh 90 minit sebanyak empat kali dalam kempen Liga Perdana pada musim ini manakala Matip pula beraksi sebanyak 6 perlawanan tetapi hanya merekodkan 95 minit dalam kejohanan domestik.

Pertahanan Cameroon ini jelas kecewa kerana tidak memperolehi minit permainan yang banyak tetapi dia berkata gembira untuk memberikan cabaran bagi merebut tempat dalam pelan Jurgen Klopp.

“Ia sentiasa menjadi cabaran untuk mendapatkan tempat yang kekal dalam permulaan pasukan utama ianya sebahagian daripada bola sepak,” kata pemain tengah itu.

“Anda hanya perlu bekerja keras dan kadang kala itu juga bermakna anda barus menunggu peluang terbaik anda.”

“Ia adalah musim yang panjang dan terdapat banyak perlawanan lagi.”

Matip juga berkata mengenai seberapa pentingnya mereka dan dirinya untuk bekerja keras untuk menghadapi tempoh perayaan yang sibuk untuk mengekalkan kedudukan mereka di liga dan terus kekal rapat dengan pendahulu liga ketika ini, Manchester City.

Sesungguhnya terdapat 10 pertandingan yang akan datang dalam tempoh lima minggu yang dapat membuat Klopp memanggil skuadnya untuk bermain jika pemain lain memerlukan rehat atau mengalami kecederaan.

Beliau menambah: “Kami berada dalam kedudukan yang baik dan kami perlu melakukan yang terbaik untuk kekal di mana kami berada.”

Admin :

Jelas pada musim ini terdapat banyak kualiti dalam pasukan tidak kira sama ada dibahagian pertahanan, tengah ataupun serangan.

Anda hanya perlu bersedia dan bekerja keras untuk mendapatkan tempat apalagi bila menghadapi tempoh perlawanan yang padat dalam 5 minggu ini akan memberikan anda peluang untuk beraksi sebagai pemain utama pasukan.

Post Author: Nazz Carra