Kelakar, Ayat Yang Spontan Terpacul Dari Mulut Robertson, Buat VVD Ketawa Terbahak-Bahak

Bukan hanya Van Dijk suka, para peminat yang menyaksikan pun turut sama geli hati dengan ayat yang terpacul dari mulut Robertson, setelah dikirimkan untuk memberi trofi ‘MOTM’ kepada Firmino.

Bek kiri yang juga merupakan kapten Scotland itu, meletakkan prestasi yang sangat-sangat mengkagumkan apabila Liverpool meranapkan ‘meriam’ Arsenal 5-1 di Anfield.

Kerjasama yang erat itu, berjaya menghasilkan 5 gol yang dijaringkan oleh Firmino dengan membuat hatrik, kemudian oleh Mane, dan sepakan penalti daripada Salah.

Bercakap kepada BT Sport, Robertson memandang ke hadapan dengan tetap positif, dalam berdepan dengan saingan Liga Perdana Manchester City.

Adalah menjadi tugas yang besar bagi Liverpool, dalam cabaran untuk menghadapi City. Dengan segalanya telah dilakukan sehabis baik semasa menghadapi perlawanan-perlawanan di bulan Disember.

Dan sekarang, sambut tahun baru dengan keazaman yang baru, berpandukan asas yang telah di bina separuh musim lepas.

Andy Robertson membuat Virgil van Dijk tertawa dengan kata-kata spontannya.

Sememangnya City akan menjadi perlawanan yang sengit kepada Liverpool, tetapi akui Robertson, Reds ditahap prestasi terbaik sekarang, dengan komitmen 100 peratus juga diberikan, akan memastikan persediaan cukup untuk menghadapi City nanti.

Diakhir temubualnya, Robertson telah diserahkan piala ‘Man of the Match’, tetapi bukan kepada dia, walaupun turut mempamerkan aksi yang sangat-sangat bertenaga ketika vs Arsenal.

Piala tersebut adalah anugerah yang sebenarnya untuk diberikan kepada rakan sepasukan, Roberto Firmino, yang menjaringkan hatrik terhadap The Gunners. Robertson hanyalah orang perantaraan sahaja, kerana Firmino tidak melakukan temubual selepas perlawanan.

Apabila diminta untuk menyampaikan anugerah itu kepada Firmino, Robertson berkata, :

Tidak ada masalah … seperti selalu pun .. !

Beliau berkata sambil berlalu, kebiasaan yang sering beliau lakukan. 😂😂😂

Virgil van Dijk, yang ditemubual bersama dengan Robertson pun tergelak besar, dengan cepat menariknya lalu memeluk bek kiri itu sambil berlalu pergi.

Reaksi tersebut telah membangkitkan lagi rasa geli hati dikalangan para penyokong Liverpool, yang bertindak balas di media sosial dengan komen-komen yang kelakar.

Admin : 

Robertson tetap yang terbaik di hati kami semua, peminat Reds. 💪

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Mirror

#ynwa
#oncearedalwaysared🌹

Post Author: Sepet LMreds