Kemungkinan ‘Lineups’ vs Burnley Di Turf Moor

Dengan perlawanan vs Bournemouth akan datang pada hari Sabtu, diikuti oleh pergolakan berprofil tinggi vs Napoli dan Man United minggu depan, nampaknya keputusan yang tepat untuk merehatkan Mane dalam pertembungan awal pagi ini.

Setelah Mane selesai dijahit kakinya akibat pembedahan kecil kerana kecederaan yang ditanggung semasa Derby Merseyside, bijak untuk membenarkan No. 10 itu pulih dengan sepenuhnya menjelang penentuan Liga Juara-Juara.

Begitu juga, pertembungan dengan Burnley ini adalah masa yang tepat untuk merehatkan Robertson dan Firmino, yang merupakan pemain yang paling banyak digunakan oleh Klopp setakat musim ini.

Moreno tersedia untuk menggantikan Robertson di pertahanan kiri, dan sudah biasa bermain bersama-sama dengan barisan pertahanan Klopp yang lain.

Merehatkan Mane dan Firmino memerlukan perubahan kepada formasi 4-3-3, dengan Naby Keita jelas boleh dipercayai dapat memberikan tentangan kepada lawan dalam mengemudi bahagian tengah dengan tiga pemain.

Klopp juga boleh memilih untuk membawa masuk James Milner, bersama dengan Keita dan Gini Wijnaldum yang mana telah membuktikan sebelum ini, trio ini berjaya pada minggu-minggu awal musim.

Dan tidak berkemungkinan juga untuk Klopp turut sama menurunkan Origi selepas menjadi hero Derby Merseyside, namun pilihan yang lebih bijak mungkin berpihak kepada Daniel Sturridge:

Kebarangkalian ‘line-up’ Liverpool vs Burnley – 1.

Alisson ; Alexander-Arnold, Gomez, Van Dijk, Moreno ; Wijnaldum, Milner, Keita ; Salah, Shaqiri, Sturridge.

===============================

Jika Klopp mengekalkan untuk tetap menggunapakai formasi 4-2-3-1, dia mungkin dikehendaki untuk mencuba dengan pilihan penyerangnya yang ada bagi menyokong Salah dalam serangan.

Dengan menggunakan Milner dan Keita di bahagian tengah yang lebih tradisional, mereka boleh bekerjasama di samping Xherdan Shaqiri.

Jika ya, Henderson yang kembali boleh mengambil tempatnya semula bersama dengan Fabinho di bahagian tengah, seterusnya menjadikan ‘double six’, yang mana Klopp pernah mencadangkannya sebelum ini ketika bercakap tentang kemungkinan untuk menurunkan kedua-dua mereka semasa perlawanan pra musim.

Dan dengan perubahan lain di bahagian pertahanan, sama ada Matip atau Dejan Lovren menjadi ‘centre-back’, dan Gomez berpotensi untuk bertukar tempat ke pertahanan kanan.

Ini hanyalah sekadar teori, dalam memberikan penyelesaian kepada pasukan fizikal seperti Burnley, walaupun sudah semestinya pasangan ‘centre-back’ sejati Liverpool Gomez dan Van Dijk tidak seharusnya diusik.

Kebarangkalian ‘line-up’ Liverpool vs Burnley – 2.

Alisson ; Gomez, Matip, Van Dijk, Moreno ; Fabinho, Henderson ; Milner, Keita, Shaqiri ; Salah.

===============================

Perlawanan ini terbukti menjadi salah satu perlawanan untuk pasukan Klopp cuba mendapatkan kemenangan, seterusnya membawa pulang tiga mata yang maha berharga itu.

Peluang juga buat pemain kedua utama Liverpool untuk membuktikan kehebatan dan aksi mempesona mereka masing-masing. Dengan jadual Liverpool kembali padat, setelah undian pusingan ke-3 FA Cup diumumkan.

Harap segalanya menjadi mudah buat Liverpool dalam menghadapi Burnley yang kini merupakan pasukan kedua terakhir di kedudukan liga, namun semoga Liverpool dijauhkan sikap baik hati seperti ‘Robinhood’ ..

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : This is Anfield

#ynwa
#oncearedalwaysared🌹

Post Author: Sepet LMreds