Terdapat detik yang menarik di antara Carlo Ancelotti dan Mohamed Salah, selepas tiupan terakhir wisel tanda perlawanan sudahpun tamat.
Pengurus Napoli dan ‘King Egypt’ berbalas pelukan selepas tamat perlawanan, dalam keadaan yang cukup harmoni, malah disaksikan Klopp dari belakang.
Diceritakan, yang Ancelotti bersalam dengan Salah sebelum meminta jersi tersebut.
Salah membuka jersi beliau, lalu menyerahkannya kepada bos Napoli, seumpama satu penghormatan yang hebat.
ف لقطه تاريخيه مدرب العاشره كارلو انشيلوتي يطلب تشيرت محمد صلاح بعد المباراه pic.twitter.com/73dNGiq0Ne
— MoSalah Supporters (@PicasooMomo22) October 3, 2018
Salah giving Ancelotti his shirt after the game 📸 #LFC pic.twitter.com/Cs2X8t7UKU
— Anything Liverpool (@AnythingLFC_) October 4, 2018
Mo Salah gave Ancelotti his shirt after the game – never seen a player give a top to a coach before! Can tell the Egyptian is trying really hard – he just needs a break at the moment 🌟 pic.twitter.com/BbTekIHaqY
— Empire of the Kop (@empireofthekop) October 4, 2018
Salah, sekali lagi terpukul hebat, akibat dari kekalahan Liverpool diminit-minit terakhir perlawanan, selepas Napoli memastikan tiga mata kekal dilaman sendiri.
Pemain Terbaik Liga Perdana pada 2017/18 ini, kini sedang menghadapi kemarau gol.
Walaupun demikian, walaupun gagal untuk menjaringkan gol secara tetap seperti musim lalu, Salah kekal menjadi seorang tokoh yang sangat popular di Anfield.
Seorang peminat cilik Liverpool bernama Lewis Dunlop, menerima jersi Salah dalam keadaan yang cukup menyentuh hati ramai pihak.
Wayne Dunlop membawa anaknya ke perlawanan Liverpool menentang Southampton, dan peminat muda berusia lapan tahun itu memegang sepanduk daripada kertas, dan menjerit kepada Salah ketika dia menghampiri orang ramai, dengan peminat Liverpool itu menangis setelah pemain berusia 26 tahun itu menyerahkannya jersi bernombor 11 kepadanya.
Memang sangat menyentuh hati ramai pihak, lihat dibawah ..
@MoSalah I cannot thank you enough mo.. Brought my lad to tears (and me)…. These are moments in life that hold more value than i can explain.. A day my son Lewis will never forget @LFC pic.twitter.com/8h1h8z0ens
— Wayne dunlop (@BiggyAL1981) September 22, 2018
Malah, pemain antarabangsa Mesir itu juga turut sama membalas komen terhadap muat naik video oleh Dunlop, yang telah ditandakan nama beliau dalam video tersebut.
Sangat berkelas tinggi Salah. Cara beliau mendekatkan diri dengan pemain ke-12 Liverpool.
😊😊❤️
— Mohamed Salah (@MoSalah) September 22, 2018
Bercakap kepada SPORTbible juga, Dunlop memberitahu, ianya adalah sesuatu yang nyata, yang berlaku kepada beliau dan anaknya.
Sesuatu yang terindah, yang akan beliau kongsikan bersama kepada generasi beliau yang akan datang.
Admin :
Dengan kebaikan yang Salah ada, Allah tidak uji buat mereka yang mampu untuk menghadapinya.
Kita doakan Salah kembali menjaringkan gol, sekerap yang beliau lakukan di musim lalu ..
Kenapa Salah memberi jersi beliau kepada Ancelotti ? Hahaha lu pikirlah sendiri .. 🤣
Biasa, satu simbolik penghormatan, mungkin ! Tiada isu disitu.
Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Sports Bible
#ynwa
#oncearedalwaysared🌹