Kenapa Simon Mignolet Akan Terlepas Kem Latihan Di Perancis

Ketiadaan pemain Belgium ini telah membuat spekulasi terhadap masa depannya di Anfield.

Liverpool tidak pernah mempunyai niat untuk memasukkan Simon Mignolet dalam skuad mereka untuk kem latihan pra-musim mereka di Perancis minggu ini.

Spekulasi masa depannya di Anfield setelah pulang dari Belgium dimana dia tidak termasuk dalam senarai 29 pemain yang menuju ke Evian pada hari Isnin.

Bagaimanapun, rancangan itu sentiasa mengikuti penyertaan Mignolet dalam Piala Dunia awal bulan ini.

Penjaga gol itu adalah salah satu daripada empat pemain Reds yang telah berjaya ke separuh akhir di Rusia, oleh itu beliau dijangka tidak akan melaporkan diri untuk kembali ke Melwood pada 5 Ogos selepas rehat tiga minggu.

Jordan Henderson dan Dejan Lovren akan menyertai Mignolet ketika kembali pada hari Ahad, sehari selepas perlawanan persahabatan Liverpool menentang Napoli di Dublin.

Trent Alexander-Arnold, akan kembali pada awal hari ini dan akan terus bersama skuad di Perancis.

Walau bagaimanapun, Mignolet dijangka akan meninggalkan Liverpool pada beberapa minggu akan datang dan sedang memikirkan pilihannya, dimana pasukan dari Turki, Besiktas di antara beberapa kelab yang berminat.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds

Sumber : ECHO

Post Author: Nazz Carra