‘Kesilapan Karius, Tiada Siapa Menyukainya, Tapi ..’ – Klopp

Bercakap kepada media selepas perlawanan persahabatan pra musim Liverpool yang kedua vs Tranmere awal pagi tadi.

Dengan kemenangan 3-2 Liverpool, peminat lebih suka untuk memperkatakan tentang kesilapan Karius terhadap gol pertama dari pihak lawan, Tranmere.

Demikian juga di sidang media, Klopp ditanya tentang perkara tersebut.

Jelas Klopp, tiada siapa yang menyukai dengan jaringan gol tersebut, yang merujuk kepada gol pertama dari Tranmere akibat daripada kesilapan yang dilakukan Karius, tetapi jika dilihat pada gol kedua Tranmere juga, ianya berpunca daripada kesalahan Millie bersama dengan Chirivella.

Dengan itu, Klopp membandingkan, dua pemain bola sepak yang cemerlang telah membuat kesilapan tersebut, yang mana lebih besar ?

Semestinya bagi Klopp, mengatakan kesilapan dari kedua-dua pemain Liverpool itu lebih besar jika dibandingkan dengan Karius, tetapi umum tidak mempersoalkannya.

Turut akui kesilapan Karius, tetapi menurut Klopp kita tidak boleh memulakan selalu cerita selepas setiap kali kesilapan dilakukan.

Kesalahan, kesilapan pasti akan berlaku, Klopp sendiri tidak suka, begitu juga Karius telah lagi tidak suka.

Namun, ia tetap akan berlaku, jadi kita harus teruskan dan buat yang terbaik dari semua situasi ini dengan cuba mempelajari kesilapan, kesalahan tersebut dan memperbaikinya.

Begitulah kehidupan bola sepak menurut Klopp.

Admin :

Satu yang admin sangat sukakan Klopp, beliau tersendiri, tegas dan sangat positif. Ego dia berupaya mematangkan skuad Liverpool dan juga mentaliti kita sebagai peminat Liverpool. #ijkwt

‘Erro’ yang dilakukan Karius ..

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Liverpool FC

#ynwa
#oncearedalwaysared🌹

Post Author: Sepet LMreds