Khabar Tentang Buvac – Tunggu Pengesahan

Hakikatnya, nama Zeljko Buvac masih lagi tersenarai di laman web kelab.

Dan pasti, kelab perlu untuk membuat pengumuman ?

Apakah Echo akan mewakili kita semua bagi mendapatkan pengesahan rasmi pada bila-bila masa mulai sekarang, tidak lama lagi ?

Yang jelas, menurut kata James Pearce, tidak akan ada sebarang pengumuman daripada kelab sehingga, perletakan jawatannya telah dipersetujui bersama.

Malah, JP sendiri merasakan yang ianya akan berlaku sebelum ini, tetapi jelas ia telah diseret sekali dengan penglibatan peguam.

JP turut menjangkakan yang Buvac berkemungkinannya tidak akan kembali lagi ke Liverpool.

Secara rasminya, dia masih penolong jurulatih yang pertama tertera di laman web kelab. Pekerjaan itu sebenarnya kini telahpun diisi oleh Pep Lijnders, tetapi beliau tidak dapat diberikan gelaran tersebut sehingga perpindahan Buvac disahkan.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Liverpool Echo

#ynwa
#oncearedalwaysared🌹

Post Author: Sepet LMreds