Kisah Fernando Torres Di Liverpool Yang Menyayat Hati & Dikhianati

Apabila malam menyinsing, suhu semakin menurun dan angin meniup seluruh bandar Madrid. Namun dari di tebing Sungai Manzanares, di Stadium Vicente Calderón, terdapat api yang sentiasa membakar.

Kasih sayang Torres dengan kelab Atletico Madrid bukanlah kepalang. Kerana ianya adalah sebahagian dirinya dan rakyat Atletico menjadikan Torres sebagai wira.

Ianya agak mencabar untuk memberi takrifan tentang bagaimana rakyat Atletico menganggap Torres sebagai wira di tempatnya.

Cukuplah menganggap bahawa gol kemenangan Euro 2008, kejuaraan yang tidak dimiliki sejak 44 tahun, adalah kejayaan kepada Atletico. Ianya bukan kerana Torres menjaringkan gol, namun, kerana Torres merayakan kejayaannya dengan bendera Atletico.


Goal Fernando Torres Final Eurocup 2008 Spain… oleh mohd-zahari

MONOLOG

7 tahun dan 1 bulan selepas Torres meninggalkan Caledron pada 2007 untuk ke Liverpool, kehadiran atau kehilangan Torres tidak begitu dirasakan.

Atletico memenangi La Liga setelah menewaskan Real Sociedad dengan 3-0 dikala itu, kekuatan pasukan terletak kepada kesatuan dan kekuatan.

Bukannya seorang bintang dan ianya berjaya ditonjolkan oleh Diego Simeone adalah pasukan adalah ‘raja’ dalam padang.

Waktu tersebut memang terselah bahawa Atletico tidak memerlukan Torres.

Beliau bukanlah El-Nino lagi dan hanyalah seorang bapa berusia 32 tahun dan memiliki 3 orang anak yang telah berakhir zaman kegemilangannya.

Ketika itu, Torres berada bersama AC Milan secara pinjaman, Atletico mempunyai pilihan perpindahan untuknya memandangkan kontraknya akan tamat pada musim tersebut.

Dan ianya terpulanglah kepada Diego.

Sehari selepas itu, penulis berjumpa dengan Torres tentang prospek untuk bersama kelab Atletico, kelab yang disertainya sejak remaja, kelab profesional sebagai debut pertamanya ketika itu berusia 17 tahun dan kelab yang menjadikannya kapten termuda pada usia 19 tahun.

Ketika itu, Torres tidak membincangkan teralu banyak tentang perpindahannya. Ianya mungkin kerana hilang ‘selera’ untuk berpindah seperti ketika usianya.

Dan mungkin disebabkan pengalaman yang lalu tatkala berpindah daripada Liverpool ke Chelsea. Torres tidak memikirkan sangat masa depannya.

Hari demi Hari – anda harus melihat kehidupan tidak terlalu jauh kehadapan, antara bait pertama yang diutarakannya.

Di Atletico, kasih sayang terhadapnya tidak berpisah disebabkan Torres berpindah ke luar Sepanyol dan peminat mengetahui tentang mengapa Torres berpindah (kerana perkembangan kariernya).

Perpindahan Torres ke Liverpool diterima oleh peminat kerana Liverpool bukanlah musuh Atletico. Dan Torres mengingatkan sekali lagi bahawa,

Liverpool menewaskan Real Madrid pada perlawanan akhir Eropah tahun 1981.

Real Madrid adalah musuh Atletico.

Di Liverpool, pada waktu moden ini, tiada seorang pemain luar England yang mengetahui tentang kelab Liverpool sedalamnya. Selaku kapten Atletico, Torres memakai lilitan kapten yang tertulis perkataan ‘You’ll Never Walk Alone’.

Dalam musim pertamanya, beliau menjaringkan 33 gol dalam 46 perlawanan. Dalam tahun 2008, Liverpool dianugerahkan sebagai Bandar Kebudayaan Eropah dan Torres merasakan kehadirannya di Liverpool bakal membantu menjadi Liverpool sebagai bandar kosmopolitan.

Pada musim panas tersebut, dalam iklan pengeluar kasut Nike, rumah Torres dicatkan dengan warna merah dan kuning sebagai lambang warna Sepanyol.

Pertambahan kedai menjual makanan Sepanyol, baju berteraskan warna merah dan kuning, warna jalan, berkibarnya bendera Sepanyol dan juga tarian Salsa milik kebudayaan negera Sepanyol di sepanjang jalan.

Walaupun mengalami kecederaan yang panjang, lagu Torres dinyanyikan di pub kadang-kala lebih awal daripada lagu Gerrard yang menandakan bahawa Torres adalah hero kepada rakyat marhein Liverpool yang merupakan pemain luar England dalam kelas tersendiri.

Namun, pada 2011, Torres meninggalkan Liverpool ke kelab yang memiliki kekayaan luar biasa, dan memiliki banyak kejayaan telah meningkatkan rasa perseteruaan dalam bola sepak.

Torres menyatakan beliau masih jika menutup mata seorang diri, masih boleh mengingati bagaimana perasaannya ketika keluar daripada pagar Liverpool buat kali terakhir sebagai pemain Liverpool.

Sebuah kumpulan gangster memaki hamunya dan kumpulan yang membakar bajunya berada di kamera televisyen.

Bekas pemain Liverpool, John Alridge yang bekerja dengan radio tidak dapat menyebut namanya dan hanya mengatakan ‘orang seterusnya’ ketika Liverpool bertandang ke Stamford Bridge seminggu selepas itu.

Dalam perlawanan itu, kumpulan penyokong Liverpool membawa sepanduk ‘Orang Yang Khianat Akan Bejalan Sendirian’.

Torres telah dibaling dengan pemetik api rokok di penjuru peminat Liverpool dan melengkapkan hari yang malang buat Torres apabila Chelsea tewas dengan Liverpool 1-0.

Ianya agak mengujakan bahawa Torres bersetuju untuk berjumpa penulis.

Torres tidak melakukan banyak temuramah selain daripada sesi yang menceritakan mengapa dirinya berpindah daripada Liverpool ke Chelsea (mengundang kemarahan).

Setelah bertanyakan dengan wakilnya, mereka bersetuju untuk diadakan temuramah bagi meneutrasikan pembelian termahal British bernilai 50 juta.

EKSPLORASI PENULIS

Penulis terbang ke Madrid ke kawasan penginapan Torres di Majadahonda, 15 batu daripada bandar Madrid. Kawasanya nyaman, dan udara yang segar. Terdapat komplek yang agak mewah dan apartment dengan kebun di dalamnya.

Dari kejauhan, kelihatan banjaran dan puncak bukit Navacerrada. Kelihatan Torres baru sahaja tamat berlatih.

Orang yang pertama datang adalah Antonio Sanz, penasihat yang paling lama bagi Torres. Pertama kali penulis berjumpa dengannya adalah ketika Torres menyertai Liverpool.

Agen pemain bola sepak selalunya mempunyai riak wajah dan perlakuan yang tidak menyenangkan. Namun, penulis selesa dengan Antonio kerana sikap gila-gilanya dan percakapan yang berterus terang.

Pada hari Torres meninggalkan Liverpool, penulis berjumpa dengannya di kelab dan kelihatan riak mukanya kesedihan.

Belum sempat dijawabnya persoalan itu, Antonio mempunyai panggilan telefon. Selepas sahaja panggilannya dijawab, penulis telah diarahkan untuk menemuramah pemain Liverpool yang baru iaitu, Luis Suarez.

Bagaimanakah rasanya jika Suarez dan Torres dapat bersama?

Sebelum temuramah ini dimulakan, penulis tidak mengetahui lagi apakah yang mahu diceritakan.

Namun, Antonio mengatakan bahawa ianya adalah idea yang terbaik untuk Torres untuk menceritakan dengan lebih dekat tentang kisahnya.

Anda tanyalah sahaja kepadanya, tanya apa-apa sahaja. Beliau mahu bercerita, kata Antonio kepada penulis.

Torres keluar dengan berpakaian jeans dan trainer sambil memperkenalkan diri. Perbualan dilakukan berdekatan dengan kantin.

FERNANDO TORRES DI BANDAR MADRID

Soalan pertama yang ditanya adalah pasti, ianya satu keputusan yang besar ketika meninggalkan Atletico dan ke Liverpool. Sambil bersandar kepada meja dan mengatakan,

Saya mempunyai banyak tawaran daripada kelab Inggeris sebelum saya menyertai Liverpool. Manchester United adalah kelab yang mahu memiliki saya. Tetapi saya tidak mampu membuat keputusan kerana agak sukar meninggalkan Atletico.

Torres juga ceritakan tentang Atletico,

Ketika masih budak, saya tidak pernah memikirkan selain daripada Atletico. Saya hanya fikirkan tentang bermain bersama pasukan utama Atletico, menjaringkan gol dan memenangi kejuaraan dengan Atletico. Saya tidak pernah merasakan saya mahu berpindah keluar.

Selepas itu, beliau menambah,

Ketika itu, situasi agak sukar. Atletico baru naik daripada liga dan mempunyai masalah kewangan.

Saya tidak pernah bermain di Eropah. Apa yang saya fikirkan adalah bantu Atletico untuk layak ke Eropah dan berpindah.

Torres menambah lagi,

Ianya adalah sesuatu yang baik untuk saya. Dan saya merasakan ianya baik untuk Atletico juga.

Pada ketika itu, pasukan dibina dengan berpaksikan kepada saya. Dan pasukan tidak akan menjadi kuat dengan hanya seorang pemain.

Pemergian Torres mungkin beri kebaikan kepada kelabnya.

Dengan pemergian saya, pasukan akan berbelanja dengan lebih bagus untuk mendapatkan pemain baru dan menjadi lebih kuat.Ianya bagus untuk saya dan juga istimewanya bagus untuk kelab. Itulah yang saya fikirkan ketika itu.

Torres dan Rafa pada awalnya,

Kami layak ke Eropah dan Benitez menelefon saya. Sekurangnya saya meninggalkan kelab pada waktu yang bagus (layak ke Eropah). Liverpool telah bermain 2 perlawanan akhir Eropah dalam masa 3 tahun. Di sana ada Alonso dan Reina bersama Benitez (rakyat Sepanyol). Ianya pasti memudahkan saya untuk selesa di sana.

Torres ceritakan mengapa Liverpool menjadi pilihan,

Perhubungan dengan peminat adalah satu yang saya titik beratkan. Ianya sangat sukar untuk meninggalkan Atletico tetapi bukan sesuatu keputusan yang sukar untuk memilih Liverpool.

Ini adalah sedutan daripada buku penulis, Simon Hughes’  Ring of Fire: Liverpool Into The 21st Century: The Players’ Stories. Buku ini mula dijual pada 20 April 17 dan boleh di dapati di  sini. Anda mempunyai peluang untuk memenangi senaskah buku ini daripada 5 yang diberikan secara percuma dengan mengisi borang ini.

TORRES : ATLETICO ADALAH SEGALANYA

Sejak daripada remaja, Torres dilihat sebagai orang yang biasa daripada pekan yang biasa menjadi seorang pemain bola sepak yang luar biasa serta seorang yang tidak berubah sikap (sombong).

Disebabkan itu, peminat menyayanginya.

Pada usia 7 & 8 tahun, Torres bermain bola sepak dengan bilangan pemain yang sedikit (small side sala games). Torres sering sahaja menjaringkan 14 atau 15 gol.

Jose Camacho adalah orang memiliki kedai alat sukan, ditempatnyalah Torres membeli kasutnya yang pertama.

Ketika Torres menjaringkan gol yang ke 100 untuk Atletico, Torres mendedikasikan jersinya kepada Manuel Brinas.

Ini adalah orang yang pertama kali dilihatnya lebih 20 tahun yang lepas ketika sesi pemilihan bakat remaja untuk dimasukkan ke akademi Atletico.


Selepas Jaringkan 100 Gol, Torres Hadiahkan… oleh mohd-zahari

Brinas ditugaskan untuk membina semula akademi remaja Atletico ketika pemecatan Jesus Gil.

Dalam jumlah lebih kurang 200 orang, Torres bermain selama 20 minit dalam 2 pasukan. Jurulatih akan memberikan markah daripada 10 markah yang diperuntukkan.

Berikannya 10 markah (menunjuk) ke arah Torres.

Jika boleh berikannya 10 dan tambah 1.

Torres merupakan penyokong Atletico. Beliau pernah ditawarkan untuk ke Real Madrid selepas itu. Dan juga pernah dilamar oleh Pengarah Bola Sepak Arsenal dan Inter Milan.

Bagi aspek kewangan, ianya adalah memberi pulangan kepadanya. Namun, Torres tidak mahu merasa seperti ‘alien’ ketika berada di tempat lain, terutama ketika berada di pasukan yang dimusuhi oleh kelab kesayangannya.

Apabila saya menewaskan Real Madrid ketika bersama Liverpool, ianya adalah kali pertama bagi saya. Saya tidak pernah menewaskannya.

Dengan Atletico, kami tidak dapat menewaskannya. Perasaan yang puas apabila menang di Bernabue sebagai pemain Liverpool.

Torres menceritakan tentang pengalaman menewaskan Real Madrid di Anfield,

Kemudian, Real datang ke Anfield dan kami menewaskannya 4-0. Saya tidak boleh mengawal diri saya untuk merayakan gol dihadapan penyokongnya.

Ianya sangat istimewa.


Liverpool vs Real Madrid 4 0 UCL 2008⁄2009 All… oleh mohd-zahari

Menewaskan Real Madrid (dengan pasukan Atletico seperti mana sebelum temuramah ini dilakukan) adalah sesuatu yang berbeza.

Sebagai seorang peminat Atletico, mengalahkan Real Madird adalah satu kemestian,

Ianya adalah satu tekanan apabila anda tidak dapat kalahkannya selama 8 tahun dan berlaku ketika tahun pertama karier profesional saya. Saya adalah watak utama dan semuanya seolah menyalahkan saya (secara tidak langsung).

Michael Robinson, penyerang yang bermain untuk Liverpool, yang menjadi terkenal sebagai komentator di Televisyen Sepanyol memberi gelaran bahawa Atletico adalah seperti ‘anjing yang dipenuhi lalat’.

Anda tidak boleh membantu mereka, tetapi anda akan cintakan mereka. Atletico boleh bertahan dengan baik. Atletico boleh menyerang dengan baik.

Michael Robinson menambah,

Walaupun mereka tidaklah bagus mana, namun, apa yang bagusnya mereka ini adalah mereka akan berikan seluruh dan segalanya apa yang dimilikinya (dalam padang).Anda tidak akan dapat menolak untuk menyayangi mereka.

Walaupun mendapat tekanan dan rekod yang teruk menentang Real sebelum Torres berpindah, kasih sayang peminat Atletico  membawa mereka juga ke kancah Liga Segunda setelah buat pertama kalinya tergelincir daripada liga utama sejak 1934 sebelum debutnya.

Peminat sayangkan Torres kerana berkembang (sebab berpindah) menjadi seorang pemain yang ‘mengawal dunia’ ketika zamannya.

Tetapi (torres) tidak pernah melupakan peminatnya (Atletico) serta berpegang pada janji untuk dikotakan untuk tampil semula sebagai pemain Atletico pada hari akan datangnya.

Penulis menanyakan kepada Torres, apakah maksud Atletico dalam dirinya.

Atletico adalah segalanya bagi saya. Ketika saya kecil, saya hanya menonton perlawanan Atletico, tidak ada perlawanan yang lain. Saya juga menonton bersama datuk, bapa dan abang saya di stadium.

Menceritakan sebagai peminat Atletico,

Kadang kala, saya datang seorang diri (ke stadium) menaiki tren dan seterusnya bas metro selama 1 jam dari Fuenlanbrada (tempat menginap Torres). Kemudian saya akan pulang semula ke rumah sendirian.

Akademi di Atletico,

Kehidupan saya, pengajian saya semuanya di Atletico. Semuanya yang berlaku, rekod, perlawanan, dan ianya satu perkara yang mampu meruntun emosi untuk dipandang ke belakang atau mengenang kembali hari pertama saya menyertai Atletico.

Debut di perlawanan trial,

Saya masih ingat ketika berumur 10 tahun dan bermain dalam perlawanan trial yang terakhir untuk menentukan saya cukup bagus untuk Atletico atau tidak. Ianya sangat menggentarkan hati. Itu 20 tahun yang lepas. Mampu membuatkan saya tersenyum. Anda nampakkan saya tersenyum.

Nasib Torres berubah,

Sejak hari tersebut, saya tidak jangkakan semuanya ini akan berlaku. Untuk menjaringkan 100 gol ianya satu perkara yang terlalu besar untuk dipercayai. Ianya sangat-sangat mengusik jiwa terutama melihat reaksi orang ramai. Mereka tahu saya adalah salah seorang daripada mereka sebelum ini.


Fernando Torres – 12 Year Old (WONDER KID) oleh mohd-zahari

KEGEMBIRAAN TORRES YANG TERTINGGI

Pada 2007, kekalahan kepada Barcelona sebanyak 6-0 menyebabkan Torres berfikir sejenak mengenai masa depannya di Atletico.

Barcelona merasakan Atletico adalah pasukan yang sukar ditanding pada waktu tersebut sebenarnya.

Torres berjalan bersama dua anjing Bulldognya di Madrid dan secara tiba-tiba telefonya bergetar dan satu nombor telefon yang tidak diketahuinya sedang berada dipanggilan.

Selalunya, Torres hanya membiarkan telefonnya apabila panggilan dariapda nombor yang tidak dikenali.

Namun, Torres merasakan telefon tersebut adalah didaftarkan dari England. Ianya berikut mengetahuinya daripada rakan baiknya iaitu Pepe Reinda atau Cesc Fabregas.

Namun sebaliknya ianya adalah Rafel Benitez.

Pada awalnya, Benitez mempunyai 5 orang potensi pemain yang lain. Ianya termasuklah:

  • pemain Inter Milan, Julio Cruz,
  • pemain Palermo ; Amauri, Alberto,
  • pemain AC Milan, Alberto Gilardino dan,
  • pemain Porto, Lisandro Lopez.

Namun, Fernando Torres adalah keutamaan utamanya.

Saya tidak ingat apa yang dikatakan. Samada Hai, ini adalah Rafa atau Hai ini adalah Benitez.

Pengurus Liverpool itu sedang bercuti di Portugal setelah kekalahan dalam Perlawanan Akhir Liga Juara menentang AC milan . Benitez sedang fokus untuk merekrut penyerang yang akan membantu pasukan untuk mendapat Liga Perdana Inggeris.

Saya terkejut dan saya tidak percaya apa yang saya dengar.

Saya rasakan, wow!

Kelab ini boleh dapatkan sesiapa sahaja di dunia ini telah menelefon saya. Mereka mahukan saya.

Benitez menyatakan dalam temuramahnya setelah perlawanan akhir di Athen pada 2007 bahawa Tom Hicks dan George Gillet tidak membantunya untuk mendapatkan pemain baru dengan cepat.

Torres ketika itu sedang bercuti di Tahiti bersama Ollala menerima panggilan beberapa minggu selepas itu yang mengarahkannya untuk pulang ke Eropah secepat mungkin sebelum terbang ke Merseyside.

Pemeriksaan perubatan mengambil masa 2 hari dan tiada seorang pun ketahui saya berada di bandar (Merseyside). Kelab telah mengatur untuk meletak saya di apartment di Albert Dock dan memberikan saya DVD serta buku tentang sejarah Liverpool.

Liverpoool sebagai kelab terbaik di Eropah ketika itu,

Saya tahu Liverpool adalah satu kelab terbaik di Eropah. Tetapi saya tidak sangka bahawa tekanan yang diterima sehinggalah saya tiba di Liverpool. Namun, ianya adalah tekanan yang baik.

Perpindahan Kehidupan Bukan Sekadar Ke Kelab Sahaja,

Anda menjadi bukan sahaja dibeli oleh satu kelab bola sepak, tetapi anda adalah pembelian untuk satu bandar. Jutaan peminat melihat anda dan ianya adalah pembelian rekod tertinggi ketika itu.

Jika Torres merasakan tekanan, sebenarnya Torres tidak tunjukkannya. Gol pertamanya hadir setelah perlawanan kedua liga dengan jaringan 1-1 ketika menentang Chelsea.

Bagaimana Torres melepasi kawalan dan membuat penyudah adalah satu matador yang mengalahkan gergasi Tal Ben Haim ketika itu.

3 tahun selepas itu, Torres jaringkan gol dalam semua perlawanan yang besar ; menentang Man Utd, Everton dan Arsenal termasuk dalam perlawanan Liga Juara Eropah juga.


Fernando Torres: Gol Pertama Liga Bersama… oleh mohd-zahari

PASUKAN IDAMAN EROPAH

Dalam 142 penampilan, Torres merekodkan 81 gol, yang banyak memecahkan rekod ketika itu. Lebih cepat mencipta 100 gol berbanding Roger Hunt.

Mempunyai pandangan dan kepintaran yang tajam, menilai kawasan yang ingin ‘dicerobohi’nya, dan mengetahui di mana gol untuk disepakkan bola kearahnya menjadikan Torres seperti pembunuh bagi pasukan lawan.

Dengan melihat video perlawanan Liga Perdana, Torres menserasikan diri dengan lawan dan akan menewaskan atau menyerang balas mengikut permainan lawan.

Secara pantasnya, Torres menjadi seorang pemain yang setiap budak hingusan ingin jadi dan semua gadis-gadis ingin mendampinginya.

Torres seperti Serigila dalam kotak penalti dan bakal melakukan ‘pusingan’ atau gelecek yang bakal menewaskan pertahanan. Pemain ini menjadi salah seorang penyerang terbaik yang pernah dimiliki oleh Liverpool.

Saya tahu saya tidak akan dapat merasai semula apa yang saya rasakan ketika berada di Anfield lagi. Walaupun di dalam mimpi. Di sini, di Atletico, saya berada di rumah saya. Saya membesar di sini, saya peminat di sini, saya sertai akademi dan saya juga menjadi pemain di sini.

Peminat sayangkannya,

Ianya sangat normal jika ramai orang sukakan anda kerana anda adalah salah seorang daripada mereka. Anda mungkin boleh lakukan kesalahan dan mereka akan memaafkan anda. Di Liverpool, tiada alasan untuk hubungan seperti ini untuk mekar di sana.

Kuasa Pembelian Liverpool,

Berapa banyak pemain yang Liverpool tandatangani? Anda boleh mewakili Liverpool dan berada di sana. Setelah beberapa tahun, tiada sesiapa yang masih ingatkan diri anda dan apa yang anda lakukan di sana.

Torres disayangi walaupun bukan dari kalangan Scouser,

Saya beruntung.

Mereka tidak perlu mempunyai sebab tersebut (seperti Atletico) untuk menyukai saya tetapi mereka menyebabkan saya merasa seperti pemain yang lain daripada lain (istimewa).

Apa yang membantu Torres adalah Steven Gerrard ketika itu berada di sana. Memiliki bakat yang hampir sama dan juga perwatakan introvert (lebih pendiam & pemalu) yang hampir sama.

Seseorang yang mempunyai pengalaman yang sama menjadi kapten untuk kelab sendiri pada umur yang begitu muda.

Saya sangat kagum pemain yang mampu menunjukkan contoh dengan perbuatan dan bukan hanya kata-kata sahaja. Kami mempunyai Carragher yang sering bercakap untuk menjadikan semua orang sentiasa waspada dan itu sangat penting.

Carragher,

Di bilik persalinan, Carragher adalah suara ‘yang besar’. Dan di padang, Carragher akan kotakan apa yang dikatakannya dengan perbuatan.

Dan tibalah Steven G,

Stevie sangat berbeza dan ianya lebih sama seperti saya; mengetuai daripada perbuatan dan tauladan.Stevie sering sahaja menjadi orang yang pertama untuk berlatih. Boleh bermain bola lebih baik daripada orang lain. Jika Stevie rasakan dia perlu menyepak seseorang, dia akan lakukan.

The Scouser,

Apabila anda melihat mereka berdua (Stevie & Carragher) bekerja dengan gaya tersebut, anda perlu mencontohinya. Jika pemain utama telah tunjukkan segalanya, anda tidak boleh berikan kurang daripada itu. Itulah standard yang ditetapkan.

Persamaan Stevie & Torres

Ya, Stevie lebih kurang perwatakan hampir dengan saya; lebih pemalu dan pendiam. Tetapi di padang, ianya berbeza. Anda dapat rasakan aura berada di sekelilingnya. Anda boleh rasakannya sebagai rakan sepasukan. Pihak lawan juga akan merasakannya kerana mereka tahu apa yang bakal dihadapinya.

Kesefahaman di anatara Stevie & Torres

Stevie faham dan tahu semuanya tentang saya. Saya hanya perlu berlari ke kawasan yang perlu dan apa yang akan dilakukan olehnya adalah mencari saya. Dan dia akan lakukan (hantaran bola), samada hantaran pendek atau panjang.

Gerrard Sebagai Pelengkap Torres

Gerrard adalah pemain yang melengkapkan diri saya dan saya tidak akan mungkin dapat mencari pemain sepertinya lagi.


Steven Gerrard reaction to Fernando Torres… oleh mohd-zahari

Gerrard juga ada memberi ekspetasi yang kreatif terutama ketika Torres menjadi calon akhir untuk Ballon d’Or.

Dalam 2008, saya pergi ke Switzerland untuk Ballon d’Or. Messi memenangi dan Ronaldo menjadi tempat kedua. Saya berada di tangga ketiga.

Pada awalnya saya tidak sangka saya dicalon. Wow, ada jet peribadi dan saya sangat terkejut.

Stevie sentiasa katakan kepada saya,

Jangan risau, kamu akan menang, sudah tentu.

Dia katakan kerana memang dia rasakannya begitu (Torres menang). Saya rasa Stevie gila.

Anugerah Ballon D ‘or

Saya tidak pernah terfikir yang saya akan menerima jemputan untuk majlis ini.

Namun, ayat daripada Gerrard mengatakan bagaimana dia rasakan terhadap Torres di kelab dan prestasi yang ditunjukkan oleh saya sebenarnya dibantu oleh rakan-rakan.

Kata-kata Gerrard,

Gerrard mengatakan bahawa saya boleh menjadi yang terbaik di dunia dan saya rasakan perasaan ini kerana semua orang di Liverpool mempunyai perasaan begitu terhadap saya.

Meraka merasakan tiada apa yang mustahil, semua pasti boleh dimaterialisasikan.

Naratif 2 musim pertama Torres telah didokumentasikan di Liverpool.

Pemain yang datang ke Liverpool, jaringkan gol dan disayangi oleh ramai Kop.

Liverpool tidak mendapat kejuaraan liga tetapi terlalu hampir untuk mengapainya sejak 19 tahun yang lepas. Dalam masa yang sama, sangat kuat dalam Liga Juara Eropah.


Torres menikmati kehidupan di Woolton dengan baik, di mana jika beliau ingin keluar atau ke kedai, tidak akan dikerumuni oleh peminat.Peminat akan sentiasa menghormati dan berikan ruang untuk mereka.

Jeritan dan lambaian sudah memadai.

Merseyside akan sentiasa berikan Torres untuk bernafas dan menjalani kehidupan yang normal tidak seperti di Madrid.

Di Madrid ianya sangat sukar kerana anda tidak boleh mempercayai sesiapa dan semua ingin mendekatinya.

Mungkin kerana Torres tidak mewakili pasukan terkuat (Real Madrid) dan 80 peratus daripada yang mendekatinya adalah peminat Real Madrid.

Cerita 18 bulan yang terakhir Fernando Torres di Anfield sangat kabur.

Ada versi laporan yang tidak tepat terutama pada akhir minggu yang menyebabkan Torres dilaporkan menerima tawaran daripada Chelsea sebelum memohon untuk keluar secara rasmi (transfer request) secara lisan dan bertulis.

Saya tunjukkan berita ini kepadanya, dan dia hanya diamkan diri sahaja hinggalah semua perpindahan (sebelum perpindahannya) diceritakan mengikut memorinya.

Torres memulakan kisahnya dengan menceritakan perbezaan yang ketara skuad Liverpool pada 2007 ketika dirinya menyertai Liverpool dengan pasukan Liverpool 3 1/2 tahun seterusnya.

Torres menjawab dengan berhati-hati namun tanpa sebarang perkataan yang tersekat.

Ketika saya merancang untuk ke Liverpool, ianya disebabkan Liverpool terlalu hampir untuk menjadi pasukan terbaik di Eropah.

Tetapi situasinya bertukar dengan drastiknya (Sambil Torres berhenti bercakap seketika).

Liverpool menukar objektif

Ketika itu, saya percaya bahawa kami adalah pasukan terbaik di Eropah. Kami hanya tidak bernasib baik untuk memenangi Liga Perdana. Kami sangat-sangat hampir. Kami kalah dalam Liga Juara Eropah peringkat Separuh Akhir.

Xabi & Macherano,

Saya rasakan kami adalah team yang sangat bagus anda boleh lihat pemain itu. Seorang berpindah ke Real Madrid (Xabi Alonso) dan seorang di Barcelona (Javier Macherano). Keduanya bermain pada peringkat prestasi yang tertinggi.

Asas pemain di Liverpool yang kuat,

Kami adalah pasukan idaman dan pasukan ini sedang membina ketika itu. Tetapi asasnya telah ada. Jika kami kekalkan mereka, saya percaya kami mampu menentang semua orang; Reina, Carragher, Agger, Skrtel, Alonso, Macherano, Gerrard dan saya.

Liverpool pasukan terbaik di eropah,

Ianya adalah satu pasukan yang kuat dan terbaik. Kami akan menjadi pasukan yang sukar untuk ditentang atau menang dengan kami. Kami tidak terlalu jauh untuk menjadi pasukan terbaik di England dan di Eropah. Kami harus kekalkan pasukan ini.

Perubahan Pemilik,

Semuanya berubah apabila pemilik kelab mula bercerita untuk menjual. Sekarang mentaliti kelab berubah ke arah yang lain. Alonso dijual, Macherano di jual dan Benitez juga keluar. Tidak semua duit penjualan tersebut digunakan untuk membeli pemain.

Slogan yang hanya slogan,

Kelab berkata, ‘Kami masih mahu menjadi yang terbaik dan mahu menang’. Tetapi,meraka ke arah yang berlainan. Selepas saya tinggalkan Liverpool, semua orang tinggalkan dan saya dapat rasakan saya tidak akan menang apa-apa di sana. Ianya sangat sukar kerana saya sangat gembira. Saya tidak pernah lebih gembira sejak berada di Liverpool.

Inilah kebenarannya,

Tetapi saya rasa dikhianati. Itulah kebenarannya.

Torres mengakui bahawa bukanlah dirinya sahaja yang patut dipersalahkan. Namun, dia sering dipersalahkan dalam kenyataan akhbar.

Torres katakan bahawa pada Julai 2010, dia mengetahui bahawa Chelsea dan Man City berminat dengannya.

Torres kemudiannya berjumla dengan Christian Purslow, Pengarah Urusan Liverpool ketika itu, untuk berbincang mengenai kebimbangannya tentang arah tuju kelab ini.

Musim sebelumnya, Liverpool berada di tangga ke-7 dibawah Rafael Benitez, dan ianya menyebabkan Benitez keluar.

Purslow diambil oleh Tom Hicks dan George Gillett pada 2009 setelah pemergian Rick Parry.

Keutamaanya adalah berbincang untuk baki 350 juta pinjaman kelab terhadap bank Royal Bank of Scotland dan ianya akan menguruskan semua urusan kelab sehinggalah Ketua Pengarah Operasi dilantik.

LIVERPOOL DI LANDA BANKRUPSI

Purslow adalah pemegang ijazah sarjana muda dalam bahasa moden dan mediaval selain karier tentang pelaburan.

Benitez tidak berada di situ; kelab memecatnya. Saya baru pulang daripada Piala Dunia dan bercakap dengan Purslow ketika bercuti. Dia datang dengan Roy Hodgson yang ingin bercakap dengan saya.

Torres ceritakan pendapatnya,

Saya ceritakan pandangan saya tentang apa yang berlaku sekarang; sangat hampir untuk menang, tetapi sekarang pemain yang bagus telah keluar. Apakah masa depan kelab ini.

Penjualan kelab dalam progres,

Purslow menerangkan bahawa Liverpool dalam proses untuk dijual kepada pemilik baru dan tiada seorang pun akan berpindah pada akhir musim ini kerana kelab akan memiliki harga yang lebih tinggi jika mempunyai pemain pada ketika itu.

Purslow katakan Torres tidak akan dijual,

‘Kami tidak boleh menjual anda’ kata Purslow. Saya katakan bahawa kami tidak akan menang dengan pembelian dan saya risaukan kita akan terkebelakang dengan cepat. Saya terangkan bahawa ketika saya mahu menyertai kelab ini, mood kelab ini berlainan dan Benitez berikan saya cita-cita yang tinggi yang menyebabkan saya datang ke sini.

Perpindahan disekat,

Puslow katakan bahawa tiada sesiapa yang akan berpindah. Sekiranya proses penjualan selesai kami akan bercakap dengan pemilik yang baru dan selesaikan perkara ini. Jika say mahu berpindah juga, saya boleh.

Tiada sesiapa berikan semangat,

Tiada siapa pun katakan pada saya, ‘Kami mahu kekal dan menjadi Stevie’. Mesej yang saya dapat adalah,’Kami akan jual kelab ini dan anda boleh berpindah’.

Pemilik tidak kisah dengan kualiti skuad,

Ini maknanya pada saya, orang yang menguruskan kelab ini tidak begitu ambil kisah dengan Liverpool dan hanya pentingkan diri sendiri sahaja. Mereka mahu selamatkan diri mereka dan Macherano dijual.

Torres faham bahawa Hodgson dipilih pada posisi dan keadaa yang begitu sukar. Torres sukakan Hodgson secara luar walaupun hubungan dengannya tidaklah terlalu rapat.

Ianya agak kesian kerana Hodgson adalah pengurs yang bagus dan seorang yang budiman. Mereka (pemilik) tidak berikannya peluang untuk bekerja (secara bebas). Mereka bawa semua rakyat Australia (satu Tim Medikal) yang akan mengawal semuanya termasuk siapa boleh bermain dan siapa yang tidak.

Hodgson disekat,

Hodgson tidak boleh menggunakan pemain yang diingininya. Sejak pra-musim hinggalah bulan Januari ketika Hodgson dipecat, ianya adalah satu mimpi ngeri. Ianya bukan sekadar saya, tetapi kepada semua orang dan Hodgson juga.

Hodgson Tidak Diberi Kuasa Sepenuhnya,

Dia tidak diberikan kuasa sepenuhnya untuk berkerja – situasi yang membuatkannya lebih sukar daripada orang lain (pengurus lain). Semuanya adalah satu yang caca-merba. Kami tidak bagus dan dipertengahannya kelab ini dijual.

Kemudian, Torres sedar bahawa duit Hick dan Gillet yang membuatkan Torres berada di Liverpool. Namun, beliau tidak mempunyai sebarang hubungan dengan mana-mana daripada keduanya.

Saya tidak rasakan ianya satu yang penting siapakah pemilik di England dan di Liverpool. Apa yang penting adalah anda meletakkan orang yang bertanggung jawab di Liverpool – perlulah orang yang betul dan mengetahui apakah maksud sebenar Liverpool itu.

Pendapat tentang Pemilik Kelab,

Saya percaya semua pemilik kelab mempunyai bisnes yang lain. Apa yang mereka perlu buat adalah berikan duit untuk bersaing dengan pasukan lain.

Torres Tidak Kisah Kepada Pemilik,

Tidak kiralah apa jawatan namanya – presiden, pengurus operasi – anda perlu memahami apa itu Liverpool dan perasaanya. Anda perlu mendengar kata peminat dan pemain serta lakukan sesuatu mengikut aturan yang betul seperti standard yang telah ditetapkan daripada sejarah yang lalu.

Pentingnya orang yang faham tentang kelab,

Anda perlu seorang yang faham dengan Liverpool, kerana pemilik hanya merasakan ianya satu perniagaan dan tanpa sesiapa memberi tahu kepada mereka maklumat yang betul dan tepat, pasti ianya tidak akan berjaya.

Ok, jika mereka (pemilik) itu berada di Liverpool ianya akan membantu mereka namun, jika mereka bukan berada di Liverpool, letakkan seorang yang mengetuainya dan faham tentang bola sepak dan kelab.

ERA PEMILIK YANG BARU

Pemilikan yang membeli Liverpool iaitu New England Sports Ventures yang berasal daripada Boston telah menukar namanya menjadi Fenway Sports Group dan menyebabkan penyingkiran Hick.

Kesemua jawatan penting termasuk pengerusi Martin Broughton dan Purslow telah meletak jawatan walaupun Purslow kekal menjadi penasihat lebih lama.

Liverpool distruktur dengan arah yang berlainan seorang yang dipanggil Pengarah Sukan (Sporting Director) memangku tanggungjawab Purslow.

Tugas utamanya adalah untuk merekrut dan menjual pemain. Damien Comolli, seorang berbangsa Perancis, telah diberikan jawatan tersebut setelah kejayaan yang banyak ketika berada di Tottenham Hotspur.

Saya berjumpa dengan Comolli dan bercerita tentang apakah yang saya gusarkan serta apakah yang sedang berlaku. Kemudian dia turut katakan, ‘Tidak, tidak, kamu tidak akan berpindah kerana kami tidak mempunyai pemain untuk bermain’.

Sekali lagi dia tidak katakan kepada saya, ‘Kamu tidak boleh berpindah kerana kami perlukan kami dalam projek’.

Respon Comolli,

Ianya seperti, ‘Ok, kami akan cari pemain baru dan mungkin kamu boleh berpindah’. Ianya katakan bahawa mereka tidak mahu kekalkan saya. Mereka akan mencari orang lain. Tetapi apa yang penting terpaksa menunggu hingga musim panas.

Pembelian Suarez,

Comolli katakan Liverpool akan membeli Luis Suarez. Disebabkan Luis Suarez bukan seorang penjaring yang banyak, saya perlu kekal hingga ada peganti.

Suarez & Polemik Menjaringkan Gol,

Suarez adalah pemain yang berada di belakang penyerang, dan tidak boleh jaringkan gol yang banyak. Seolah-olah mereka menandatangani Suarez dan merasakan Suarez tidak mampu jaringkan gol..?

Torres ketika ingin mengingati semula kisah-kisah untuk diceritakan turut menyelitkan satu senyuman dan mengatakan Suarez adalah pemain yang terbaik sebaris dengan Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.

Comolli katakan kepada saya bahawa pemilik baru (FSG) mempunyai idea yang berbeza dalam pelaburan (kelab). Mereka mahukan pemain yang muda dan membina sesuatu yang baru.

Strategi baru,

Saya rasakan ianya perlukan masa. Ianya mungkin 2,3,4 atau 10 tahun. Saya tidak pasti berapakah masanya. Saya berumur 27 tahun, saya tidak mempunyai banyak masa.

Torres mengharap sesuatu,

Saya mahu menang. Boleh anda lihat setelah 5 tahun, mereka masih membina skuad dan sama posisinya seperti sebelum saya tinggalkan Liverpool.

Dengan kedudukan Liverpool yang berada di pertengahan liga, FSG lakukan satu keputusan untuk memecat Hodgson pada Januari 2011 dan menggantikan dengan Kenny Dalglish hingga akhir musim.

Ada yang menyanyikan lagu ‘Hodgson For England” pada perlawanan di tempat lawan menentang Blackburn Rovers.

Rejimnya menjadi satu sejarah sebagai pengurus paling pendek dalam sejarah kelab.

SETELAH HODGSON, DALGLISH MEMEGANG RODA PANDUAN

Dalglish dilihat sebagai pemain terbaik sepanjang zaman Liverpool. Juga pernah membawa Liverpool memenangi piala 21 tahun yang lampau dan mempunyai status yang tinggi di Merseyside.

Torres sukakan Dalglish dan setelah perlantikan sebagai pengurs, Torres meluahkan perasaan tidak berpuas hati terhadap perbincangan Purslow dan Commoli.

Pada satu mesyuarat, Torres menzahirkan bahawa beliau tidak pernah memohon unuk keluar dan ianya lebih kepada bergerak pada arah yang berlainan.

Liverpool memerlukan dana untuk pembelian pemain muda yang tidak diketahui tahapnya, ianya mungkin bernilai jika difikirkan dari sudut kewangan untuk menerima tawaran daripada kelab lain, dengan duit tersebut Liverpool akan membina pasukan yang lain.

Seminggu selepas itu, Liverpool telah berbincang secara rahsia dengan Chelsea dan semakin perbincangan itu hampir pasti menjadikan Torres sebagai pemain paling mahal dalam sejarah Liga England.

Maka kisah di media mula dicipta bahawa Torres telah memohon secara ‘lisan’ untuk berpindah.

Torres percaya bahawa ianya dibocorkan oleh kelab dan ianya adalah serangan yang rapi untuk menggunakan nama saya;

menjadikan dirinya ‘orang yang bertanggungjawab’ (bukan pemilik/pengurus yang mahukan wang) dalam perpindahan ini dan kelab sangat seronok untuk merealisasikan perpindahan ini.

Ketika Chelsea membuat bidaan yang pertama ketika perlawanan menentang Wolverhampton, saya bercakap dengan Dalglish dan Steve Clarke (penolong pengurus).

Torres bercakap dengan Dalglish Tentang Commoli,

Saya rasakan Commolli mahukan saya untuk berada dalam mesyuarat tetapi saya katakan saya hanya mahu bercakap dengan jurulatih. Sekali lagi saya katakan bahawa, saya tinggalkan kelab untuk memenangi sesuatu dan sekarang, kelab sangat jauh untuk memenangi apa-apa.

Torres rasa ditipu,

Saya katakan juga ditipu, kerana mereka katakan mereka tidak akan jual pemain yang bagus, yang mana akhirnya Macherano dijual. Saya katakan tawaran Chelsea adalah bagus dan ianya bantu saya untuk meingkat dan kelab akan menerima ganjaran di bahagian kewangan.

Dalglish mahu Torres kekal,

Dalglish katakan dia tidak mahu saya keluar dan dialah sahaja yang katakan begitu. “Saya perlukan anda” itu katakan, walaupun dia tidak katakan sebarang sebab, mungkin penyebabnya adalah seperti yang Comolli katakan.

Persefahaman di antara Dalglish & Torres,

Sebelum keluar daripada bilik mesyuarat, saya rasakan kami telah mendapat kata sepakat. Ianya satu perbincangan yang sangat sukar dan keduanya menghormati satu sama lain. Ianya tiada masalah.

Sekali lagi, Dalglish mahu Torres kekal,

Dalglish katakan bahawa ianya sangat istimewa tentang apa yang telah dilakukan oleh saya di kelab dan jika boleh Dalglish mahukan saya kekal.

Samada saya kekal atau berpindah, ideanya adalah anda perlu menjadi normal seperti sedia kala. Saya perlu lakukan semuanya pada laluan yang betul.

Prestasi ketika itu,

Saya jaringkan 2 gol menentang Wolves, saya bermain dengan OK menentang Fulham 3 hari kemudiannya di Anfield.

Perbincangan dalam senyap,

Dalglish katakan dia tidak mahu saya berpindah dan dalam masa yang sama, Torres tahu bahawa Liverpool sedang berbincang dengan Chelsea, dan mungkin (apa yang dikatakan oleh Dalglish) tidak benar.’

Manipulasi media,

Apa yang saya tidak jangkakan adalah bagaimana mereka memanipulasi media dan merubah persepsi terhadap saya.

Torres sebagai kambing hitam,

Mereka mepertontonkan bahawa sayalah yang bersalah seorang. Saya telah bercakap dengan Dalglish tentang situasi saya dan saya rasakan semua telah faham. Saya tidak gunakan agen. Mereka tahu apa yang saya rasakan.

Torres rasa ditipu,

Saya mahu kemenangan dan Liverpool tidak seperti sekurangnya seperti beberapa tahun lepas (ketika kendalian Benitez). Anda boleh lihat apa yang berlaku kepada Liverpool setelah beberapa tahun ini – saya tidak salah (pandangan).


Torres shirt burning oleh mohd-zahari

Saya katakan City punyai skuad yang kuat, United satu pasukan yang mampu menang, dan Chelsea juga termasuk Tottenham.

Kita terlalu jauh berbanding mereka. Saya ceritakan juga perbincangan dengan Purslow ketika musim panas lepas bahawa saya kekal kerana saya tidak mahu menjadi penyebab mengapa Liverpool tidak dapat dijual kepada pemilik yang baru.

Torres berterus terang,

Saya juga terangkan kepadanya tiada siapa mahukan saya untuk kekal dengan sebab yang betul – yakni berkaitan dengan bola sepak.

Peranan Commoli,

Saya katakan Comolli telah beritahu bahawa saya boleh berpindah pada akhir musim ini. Dia tidak berminat untuk saya kekal di sini selamanya. Saya katakan saya mempunyai peluang – pada Januari – saya tidak tahu samada Chelsea, City atau Munich akan datang semula kepada saya.

Peluang kepada Torres,

Saya tahu musim tersebut tidak begitu baik – Liverpool berada di tangga ke 10 ke bawah. Siapa tahu apakah yang akan berlaku? Saya mempunyai peluang untuk berpindah dan kelab mempunyai tawaran yang sangat baik.

Harapan Torres,

Namun, jika anda mahukan saya untuk kekal disini selamanya, katakan kepada saya. Jika Liverpool mahu bina semula skuad yang kuat, saya akan kekal, tiada sebab saya akan keluar, tetapi saya tidak rasakan ini akan berlaku, kerana saya tidak percaya idea Comolli.

Torres keliru,

Saya tidak pasti adakah dia betul-betul faham tentang Liverpool atau tidak.

Dengan penjualan Torres, Comolli mempunyai banyak wang untuk digunakan dan ianya akan memberi pengaruh kepada kelab setelah bebarapa bulan berada di kelab.

Sebenarnya Dalglish juga menyebabkan Torres berasa jauh hati.

Saya memandang tinggi kepadanya. Saya tahu Dalglish adalah salah seorang pemain yang terbaik dalam sejarah kelab dan semua orang sukakannya.

Saya rasakan dia juga mempunyai kuasa untuk menukar situasi. Saya tidak faham mengapa Dalglish tidak gunakan kuasa itu.

Kecewa dengan Dalglish,

Jika Dalglish mahukan duit lebih untuk membeli pemain, saya rasakan mereka (pemilik) akan berikannya. Jika Dalglish maklumkan kepada pemilik bahawa dia mahukan saya kekal, saya pasti pemilik akan kekalkan saya.

Dia datang dan pasukan bermain dengan lebih baik. Saya sudah mulakan jaringkan gol. Taktik yang dimahukannya lebih bagus daripada pemian yang kami ada. Steve Clarke juga adalah jurulatih yang bagus dan lakukan tugas dengan baik.

Media,

Kisah di media yang mengatakan saya mahukan untuk berpindah telah keluar. Ianya membuatkan saya lebih sukar untuk kekal dan percayakan orang di Liverpool. Seseorang perlu ceritakan (yang sebetulnya). Kerana saya tidak lakukannya.

TORRES PERGI KERANA DIKHIANATI

Kejadian Torres mengamit memori kepada apa yang berlaku kepada Javier Mascherano ketika berpindah ke Barcelona pada Ogos.

Setelah menjadi pemain terbaik dalam perlawanan pembukaan menentang Arsenal, dilaporkan Mascherano tidak mahu bermain menentang Man City.

Penulis keliru adakah cara Liverpool dengan tidak memberikan kredit atau memburukkan nama pemain dalam penjualan untuk menampakkan nama kelab lebih bagus dan ianya mungkin akan diterima oleh peminat.

Kisah yang keluar di media menyebabkan pandangan semua orang bertukar termasuk saya. Ianya tidak benar.

Mengapa Torres berpindah dari Atletico,

Yang sebenarnya saya berpindah daripada rumah saya (Atletico) ke kelab untuk menang sesuatu. Ketika saya tinggalkan Liverpool, tiada satupun budaya atau mentaliti kejuaraan yang tinggal.

Apa yang sangat sukar sebenarnya, hubungan saya dengan kelab sangatlah rapat. Di sebabkan itu, saya cuba untuk bercakap dengan kelab secara terus.

Torres bercakap terus tanpa agen,

Saya katakan sekali lagi, saya tidak gunakan agen. Saya berjumpa Purslow, kemudian Comolli dan Dalglish semuanya secara bertentang mata. Saya cuba terangkan kepada setiap seorang daripada mereka mengapa saya tinggalkan Atletico dan datang ke Liverpool pada awalnya.

Saya cuba untuk terangkan bahawa anda tidak akan menang jika anda jual pemain terbaik anda. Tiada seorangpun berikan satu jawapan yang bagus – jawapan dalam aspek bola sepak (bukan kewangan).

Sengaja dimanipulasikan,

Ianya seperti sayalah yang mahu tinggalkan dan ke  Chelsea dan saya tidak sayang dengan Liverpool lagi. Ianya seperti saya tidak mahu berlatih dan disebabkan itu saya mohon untuk berpindah.

Saya diperlihatkan sebagai orang yang khianat. Ianya tidak seperti yang kami bincangkan. Liverpool tidak mengakui bahawa mereka telah lakukan sesuatu yang salah terhadap seluruh tim. Mereka mahu carikan seorang yang bersalah (kambing hitam).

Peminat Liverpool rasakan saya pengkhianat kerana sertai Chelsea tetapi pandangan Torres bahawa Chelsea adalah hanya satu pilihan yang ada ketika itu.

Liverpool FC have confirmed that Fernando Torres has this evening submitted a transfer request. The request has been rejected. www.lfc.tv

— Liverpool FC (@LFC) January 28, 2011

Saya mohon maaf kepada peminat, kerana mereka akan sentiasa sayangkan Liverpool. Kelab adalah sesuatu yang lebih besar daripada mana-mana pemain.

Disebabkan itu ianya satu yang sukar untuk berpindah dan sangat sukar untuk melihat fakta disembunyikan, yang mana semua orang menuding jari kepada saya.

Faham tentang perasaan peminat,

Saya faham apa yang peminat rasakan, kerana jika saya baca semuanya apa yang peminat tulis ianya pasti berpunca daripada apa yang media tuliskan. Saya tidak mahu rasa begitu.

Kecintaan terhadap Liverpool,

Saya mahu katakan lagi; tiada apa yang menukar perasaan saya kepada Liverpool, kepada peminat, kepada bandar. Sejak hari pertama saya menjejakkan kaki ke sana hinggalah hari terakhir mereka sangat istimewa.

Torres merasakan situasinya diluar kawalan dengan begitu cepat dan seseorang di Liverpool mahukan pengakhirannya di situ.

Dalglish juga sudah hampir sedekad tidak berada di kerusi pengurus untuk mengawal situasi itu serta membuat keputusan,

Manakala FSG diketuai oleh John W. Henry tidak mempunyai pengalaman dalam menangangi perpindahan berpolitik ini. FSG sering sahaja menggunakan khidmat ‘nasihat’ daripada ‘Lembaga’ yang ditubuhkan secara misteri.


Fernando Torres first debut Chelsea match – oleh mohd-zahari

Ketika perbicaraan pertikaian diantara Mill Financial dan bekas pemilik Liverpool, George Gillett serta Royal Bank of Scotland, pada 2016 di mahkamah New York menyatakan bahawa pada 2010, ketika Mill dengan bertarung dengan FSG untuk membeli kelab Liverpool, kedua pemain iaitu Torres dan Pepe Reina dilihat oleh FSG sebagai seorang ‘yang mungkin telah melepasi zaman kemuncaknya’.

John Henry adalah orang terakhir yang saya bercakap dan dia sangat baik, saya tidak boleh katakan sebarang yang tidak baik.

Henry katakan dia tidak mahu saya berpindah, tetapi jika saya mahu berpindah, tawaran yang diterima sangatlah tinggi.

Torres & John Henry,

Saya katakan kepadanya saya tidak mahu bercerita tentang nombor; saya hanya mahu Henry membuat keputusan dan saya akan menghormati setiap keputusan yang dilakukan terhadap saya.

TORRES TAK SANGGUP JARINGKAN GOL DAN HANTAR KEPADA WILLIAN

Perbincangan dengan Steven Gerrard tentang situasi ini adalah satu perbincangan yang paling menakutkan.

Saya berjumpa dengannya sebelum berjumpa Dalglish. Kami berada di bilik persalinan dan duduk bersebelahan. Hanya kami berdua sahaja berada di sana.

Saya terangkan bahawa saya mempunyai tawaran daripada Chelsea dan pasukan tidak begitu baik dalam tahun-tahun terakhir ini.

Bercakap secara ‘getleman’ dengan Dalglish,

Saya tanyakan kepadanya apakah yang dia jangkakan saya akan buat. Stevie katakan kepada saya jangan berpindah dan jangan tinggalkan Liverpool sesekali.

Tetapi akhirnya dia fahami bahawa saya perlu lakukan yang terbaik untuk diri saya; Stevie memahami situasi saya kerana dia berbeza. Ini adalah ayat terbaik daripada kapten yang terbaik.

Hancur hati Steven Gerrard,

Saya tahu Stevie rasa hancur ketika saya berpindah. Saya juga begitu dalam banyak perkara. Saya masih ingat penerbangan daripada Liverpool ke London.

Saya tidak tahu apa yang saya rasa. Saya tidak gembira, saya tidak marah, saya rasakan kosong sahaja.

Perasaan,

Saya berada dalam helikopter dan hari semakin gelap. Saya mula berasa sedih. Saya sangat gembira di sana (Liverpool), sangat-sangat gembira.

Pulang semula ke Liverpool,

Setelah beberapa minggu, saya pulang semula ke Liverpool untuk mengambil peralatan saya. Anak saya lahir di Liverpool.

Selalunya rumah ini akan sibuk, dan anak akan memanggil di pintu. Tetapi kali ini, ianya senyap. Ianya sangat sukar.


Fernando Torres Debut – Chelsea oleh mohd-zahari

Torres gagal untuk memberitahu perasaan dan emosinya ketika melakukan debut untuk Chelsea pada minggu seterusnya iaitu menentang Liverpool.

Jika boleh, Torres tidak mahu berada di sana.

Untuk menentang Liverpool adalah satu benda yang saya paling tidak suka. Terlalu banyak memori dan perasaan.

Reaksi peminat seperti yang saya jangkakan (marah) tetapi ianya terlalu sukar bagi saya. Saya tidak respon dengan baik. Ianya sangat sukar.

Kemudian, mindanya terarah kepada satu perlawanan di Anfield pada tahun 2014, ketika itu, 2 kemenangan lagi sahaja menjadikan kelab menjuarai liga yang pertama sejak 24 tahun.

Ketika itu, Steven Gerrard terjatuh dan menyebabkan Demba Ba melakukan gol pembukaan. Ketika masa kecederaan, ketika Torres dimasukkan dia sedang dalam larian untuk menjaringkan gol.

Dia tidak mampu untuk jaringkan gol menjadi 2-0 dan menghantar ke Willian. Ketika temubual untuk buku ini, inilah soalan yang mahu dielakkannya.

Ianya seolah-olah Torres tidak mampu untuk menjaringkan gol kerana dia tidak sanggup untuk memusnahkan Liverpool untuk meraih kejayaan yang tidak pernah dimilikinya bersama mereka.

Ianya adalah hari yang sangat mencabar. Saya sangat mohon maaf kepada Stevie dan Liverpool. Mereka sangat hampir dan layak untuk menang liga.

Jika mereka menang, saya rasa Liverpool akan cipta sejarah. Ianya satu memori untuk bandar. Sangat sedih melihat peminat di tempat duduk penonton.

Liverpool masih kesayangan Torres,

Saya juga rasakan apa yang mereka rasakan. Tidak kiralah apa yang berlaku, saya masih sayangkan mereka. Saya mohon maaf kepada mereka dan saya tidak pernah berubah perasaan kepadanya.

Atletico adalah kelab saya, tetapi saya masih sokong Liverpool. Saya mahu mereka menang semua perlawanan dan semua trofi.


LIVERPOOL 0 – 2 CHELSEA (27-04-2014) all goals oleh mohd-zahari

Torres terangkan bahawa dia jangkakan akan mendapat platfom yang sama seperti di Liverpool untuk bercakap lebih bebas dan jujur. Tetapi menjadi pemain Chelsea sangat sukar.

Liverpool sangat unik, ianya berbeza dengan Atletico sebagai contoh. Saya dari sini dan saya sayangkan Atletico kerana hati saya di sini.

Tetapi sebagai kelab, Liverpool menjadikan saya sebagai ‘rumah’ walaupun saya bukan datang dari sana.

Hubungan saya dengan pekerja, pekerja pejabat, seluruh pasukan dan peminat sangat istimewa.

Saya tidak pernah rasakan di Chelsea atau di Atletico seperti mana saya rasakan di Liverpool.

Fernando Torres Cedera Di Kepalaoleh mohd-zahari

Di Liverpool saya seperti raja. Saya boleh lakukan apa sahaja. Saya masih ingat bermain perlawanan pertama di Anfield.

Pepe datang dan berkata ‘Lihat suasana – ini adalah tempat yang anda perlu pergi Anda tidak akan dapat seperti ini di Atletico. Selepas perlawanan, saya rasakan saya boleh jaringkan gol dalam setiap perlawanan di Anfield.

Selepas saya saya berada di padang ; goal. Saya seperti terbang. Bukan sahaja disebabkan saya berada di kemuncak prestasi, tetapi suasana di seluruh kelab. Ianya seperti magik.

TORRES RINDUKAN LIVERPOOL & STEVEN GERRARD

Torres mengakui bahawa dia akan memberi respon yang baik jika ‘tenaga’ yang datang itu positif. Di Liverpool, dia rasa disanjung.

Di Chelsea, Torres rasakan bahawa dia perlu menjustifikasikan nilai perpindahan yang besar dan tidak begitu cerfars.

Di satu sudut, daripada seorang penyerang yang berhantu di planet untuk Liverpool, Torres tidak dapat mencapai tahap seperti mana sebelum ini. Bagi sesetengah orang umpama, “hidup segan mati tak mahu’.

Waktu ini, saya tidak memikirkan untuk menang trofi dan hanya yang penting adalah saya seronok. Saya mengakui bahawa memenangi Liga Juara pada 2012 bersama Chelsea tidak dapat mengubah apa yang dirasinya setiap hari.

Saaran dalam kehidupan,

Saya rasakan target bukanlah satu yang penting dalam hidup, kehidupan seharian yang paling penting.

Di Chelsea, saya tidak bermula dengan baik dengan banyak sebab. Kami menangi hampir semua yang saya mahukan. Tetapi ianya tidak seperti yang saya mahukan.

Rindu dengan Steven Gerrard,

Saya rindukan untuk bermain dengan Stevie dan saya rindukan untuk bermain untuk Liverpool.

Saya masih terasa perlawanan yang banyak kami jalani bersama di mana kami berjuang bersama-sama. Ianya sangat istimewa bagi saya.

Kesetiaan sebuah kelab,

Ianya saya jumpai semula di Atletico iaitu kesetiaan sebuah pasukan. Mungkin kami tidak memiliki nama besar tetapi kami bersaing dan kami raikan setiap kemenangan.

Ianya tak penting siapa yang jaringkan, ianya tak penting jika diakhirnya kami tidak boleh menang, kerana sekurang-kurangnya kami dah lakukan dengan hati kami.

Penulis pernah memberi cadangan kepada Torres untuk tidak bermain dengan kelab yang telah mempunyai reputasi dan memiliki kelab yang mempunyai rasa’ win-win situation’.

Bukanlah daripada Real Madrid atau Chelsea kerana meraka dari London.

Ianya sangat sukar dalam hidup untuk memilih pada waktu terbaik, keputusan terbaik dan tempat yang terbaik. Jika anda berada di satu kelab yang mempunyai segalanya, ianya sangat menarik.

Tetapi itulah cabarannya. Anda tidak akan ketahui tentang kelab itu hinggalah anda berada di sana. Dan ianya telah terlewat untuk anda berpatah balik.


Gerrard hands match ball to Torres oleh mohd-zahari

Ianya menjadikan penulis untuk bertanya’ Fernando, adakah anda menyesal berpindah ke Chelsea?’.

Tidak, kerana saya menang. Inilah saya mahukan ketikan itu. Kerana saya tidak pernah menang apa-apa sebelum ini selain daripada naik ke liga utama bersama Atletico.

Tidak menangi apa-apa bersama Liverpool walaupun terlalu hampir. Sebab utama saya berpindah adalah untuk menang kejuaraan. Saya dapat lakukan. Ianya agak tidak masuk akal jika saya menyesal.

Tetapi mungkin anda rasakan perkara ini (trofi) ini tidak menjanjikan kepuasan.

Kemudian, perbualan bertukar tajuk kepada Stevie.

Soalan ini wartawan tidak pernah tanyakan kepada saya. Saya lihat Stevie berpindah ke MLS dan itu adalah keputusannya.

Saya rasakan begitu baik jika Stevie menghabiskan kariernya di Liverpool seperti Totti di Roma? Mungkin saya perlu lakukan di Atletico. Dari jauh, anda akan menjadi pemain idola selamanya. Semua orang akan ingat anda sebagai orang yang setia.

Tidak patut keluar daripada Atletico?

Kadangkala saya terfikir bahawa saya tidak patut berpindah keluar daripada Atletico -tidak. Mungkin pasukan akan lebih baik jika saya masih ada. Sekarang saya berusia 32 tahun – semua karier saya di satu kelab, menang trofi dan dihormati setiap orang. Apakah lagi yang anda mahukan?

Dan saya juga fikir saya tidak boleh ubah waktu saya ketika berada di Liverpool (merasainya lagi). Saya perlu berubah. Saya dapat rasakan sesuatu yang istimewa, terbaik dan unik.

Waktu paling seronok,

Ianya adalah salah satu waktu terseronok saya sepanjang karier saya sebagai pemain. Merasai kasih sayang daripada satu komuniti yang anda tidak lahir di sana, ianya satu perasaan yang anda sukar terangkan.

Saya sangat dahagakan kejayaan. Saya mahu trofi. Ketika muda semua orang dimotivasikan oleh kejayaan. Ini adalah diri saya ketika itu; seterusnya adalah kemenangan. Saya mahukannya ketika saya berada di Liverpool, tetapi keadaan berubah.

Tiada kesefahaman di padang,

Chelsea tidak berada dalam prestasi yang baik sejak awal. Saya juga tidak mempunyai pasukan yang terbaik untuk saya di padang. Ianya satu organisasi yang bagus, tetapi berlainan personaliti dan bukan untuk saya. Walaupun saya memang mahukan kemenangan.

Hidup di AC Milan,

Saya juga cuba di AC Milan dan ianya juga tidak sesuai dengan saya. Kemudian saya bertukar semula ke Atletico, untuk merasai keseronokan setiap hari walaupun saya tidak bermain secara tetap seperti sepatutnya. Saya seronok dengan apa yang saya lakukan. Ianya lebih penting.

Setelah pulang semula ke Anfield untuk perlawanan amal untuk Steven Gerrard dan Jamie Carragher pada 2015.

Penyokong bersorak ketika nama Torres disebut di khalayak ramak menggunakan corong pembesar suara,

saya rasakan luka lama telah sembuh.

DOSA YANG LAMA MUNGKIN TELAH DIMAAFKAN

Kemudian, lagu,

“His armband proved he was a Red, Torres, Torres;
You’ll Never Walk Alone it read, Torres, Torres,
We bought the lad from sunny Spain,
He gets the ball and scores again, Fernando Torres, Liverpool’s Number 9!”

Mungkin ini adalah waktu yang paling gembirakan saya sejak 5 tahun yang lalu (sambil tersenyum lebar). Dalam perlawanan terakhir saya dengan Chelsea, saya diejek.

Kesakitan yang diubati,

Ianya sangat menyakitkan. Untuk pergi ke sana dan dengar lagu anda dinyanyikan kembali, untuk melihat reaksi peminat dan untuk membuatkan saya berasa aman sekarang.

Saya tahu saya pernah menoreh hati mereka dan ada diantara hatinya hancur. Untuk mendapat memori terakhir di Anfield seperti ini, saya sangat-sangat beruntung.

Torres sangat bijak, sensitif dan alim. Sentiasa memikirkan tentang pilihan yang dilakukannya. Mungkin nampak macam samar pada kesimpulannya. Tetapi pada akhir temuramah ini, Torres memberikan satu perkara yang diceritanya tanpa dimohon oleh penulis.

Dalam musim saya yang terakhir di Liverpool saya mempunyai masalah di lutut. Ianya buatkan saya berhenti bermain dan berlatih dengan waktu terbaik.

Saya sangat mahu bermain di Piala Dunia dan ianya berlaku 2 bulan sebelum pertandingan. Saya sangat inginkan untuk berada dalam skuad. Tetapi saya tidak bermain dengan baik kerana saya balut lutut saya.

Cedera,

Akhirnya saya cedera semula pada perlawanan akhir, jika dilihat dari gambar mungkin anda boleh nampak bagaimana sakitnya;

Selepas itu, saya tidak merasakan begitu lagi (prestasi). Kadangkala saya mahukan sesuatu sangat tetapi anda tidak melakukan keputusan yang tepat. Saya menjadi juara dunia, adakah ianya bernilai? Saya tidak tahu.

Keputusan betul?

Adakah satu keputusan yang baik bertukar dari Liverpool ke Chelsea, di mana saya mempunyai peluang lebih untuk kejuaraan yang lebih besar pada masa itu? Saya tidak tahu.

Ianya tidak dapat dizahirkan, namun, daripada lirikan mata Torres, kebenaran telah terserlah.


Fernando Torres – Goodbye Liverpool oleh mohd-zahari

Kredit : © Simon Hughes 2017. Extracted from Ring of Fire: Liverpool FC into the 21st Century – The Players’ Stories by Simon Hughes, published by Bantam Press.

Related posts

Comments are closed.