Kisah Sebenar Disebalik Lagu Allez Allez Allez & Kenapa Ianya Kini Menjadi Satu ‘Adat’ Bagi Liverpool Untuk Menyanyikannya

Ianya adalah sesuatu yang sangat istimewa.

Wajib mendengarnya dari penyanyi asal lagu tersebut, Jamie Webster, dan Dan Nicolson, yang mereka alunkan pada malam ‘BOSS’.

Kisah perjalanan Liverpool ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara musim lalu, diceritakan dengan begitu baik sekali.

Ianya diolah dengan cukup sempurna oleh pencipta lagu ini, demi satu kenangan yang indah lagi mengasyikkan dalam perjalanan ke perlawanan yang berlangsung di Kiev.

Versi cemerlang Allez Allez Allez dari Jamie Webster dan juga rakan senegaranya Dan Nicolson, telah menunjukkan yang mereka merupakan antara peminat tegar bagi Reds. Secara tidak langsung lagu ini menggambarkan tidak sedikit pun sokongan akan menjadi pudar. Malah, semakin dan menjadi lebih hangat daripada biasa.

Dari Ukraine, ke Amerika Syarikat, dan kemudian ke Dublin, Jamie dan Dan telah mengalami pasang surut, jatuh bangun dalam mencipta pengalaman untuk beberapa bulan ini menjadi penyokong setia skuad merah Liverpool.

Kedua-dua mereka berjaya menjadikan suatu persembahan yang begitu mengkagumkan sekali di Shevchenko Park. Malah, turut diminta untuk mengikuti sama Liverpool dalam lawatan pra-musim ke Amerika dan Ireland.

Ini termasuklah, satu pengalaman yang unik lagi menakjubkan sekali, apabila Jurgen Klopp tidak keberatan untuk turut sama menyaksikan persembahan Jamie, malah turut sama-sama menyanyikan lagu itu.

Allez Allez Allez kini hidup dengan caranya yang tersendiri, dan Jamie serta Dan, yang menjadikan lagu itu terkenal, menjelaskan asal-usulnya dan alasan kenapa lagu begitu mengasyikkan sekali itu, menjadi pilihan utama peminat untuk menyanyikannya.

Mereka juga memberi kredit kepada kelab untuk menggunapakai lagu ini, yang mana ianya kini menjadi seakan satu ‘adat’ bagi generasi muda Liverpool untuk menyanyikannya setiap kali perlawanan Liverpool.

Jelas, ia juga berupaya untuk membantu pasukan Klopp semasa di padang. Lagi, Klopp sendiri kelihatan begitu teruja sekali ketika menyanyikan lagu ini.

Ia adalah cerita kejayaan bagi Scouse yang hebat, yang menggambarkan identiti kolektif yang sedang direplikasi di seluruh dunia.

Jom dengar.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Liverpool Echo

#ynwa
#oncearedalwaysared🌹

Post Author: Sepet LMreds