Kisah Sebenar Mengenai Masa Depan Loris Karius

Peminjaman Loris Karius ke Besiktas selama 2 tahun takkan dipendekkan masa pinjaman beliau.

Sumber mengatakan dimana kelab dari Turki itu ingin mengembalikannya semula ke Anfield pada Januari ini.

Bagaimanapun, difahamkan bahawa tiada kes dan tiada dialog yang terjadi diantara kedua-dua belah pihak baik pihak Liverpool ataupun pihak Besiktas.

Walaupun sekiranya Besiktas ingin menghentikan perjanjian ini dan mengembalikan semula Karius lebih awal pada bulan Ogos ini, ia juga tiada pilihan yang termaktub dalam perjanjian peminjaman diantara dua kelab ini.

Liverpool bersetuju dengan perjanjian pinjaman 2 tahun termasuklah yuran sebanyak £2.25 juta dari Besiktas. Besiktas diwajibkan untuk membeli Karius dengan harga £7.25 juta pada 2020 sekiranya menemui kriteria yang dikehendaki. Ia juga termasuklah jumlah penampilan dan Besiktas dapat layak ke untuk kejohanan Eropah.

Reds juga akan turut memperolehi 20% dalam klausa penjualannya sekiranya Karius menjadi pemain Besiktas secara kekal.

Karius setuju untuk ke Besiktas dalam misi mengembalikan semula karier nya selepas mimpi ngeri perlawanan akhir Liga Juara-Juara menentang Real Madrid dan juga kehadiran penjaga gol berharga £65 juta dari Roma, Allison Becker.

Dia telah mengekalkankan dirinya sebagai penjaga gol utama di Besiktas sejauh musim ini dan kelab tersebut tidak memberi petunjuk yang mereka tidak berada dalam keadaan tidak gembira dengan prestasinya.

 

Sebagaimana sumber mengenai Karius, ada juga sember yang turut mengatakan Besiktas mahu menandatangani Divock Origi hanya sebagai pemain pinjaman.

Namun Liverpool berkenan mahu melepaskan pemain Belgium ini tetapi jika terdapat tawaran yang mencapai £20 juta, Origi sejauh ini masih belum beraksi untuk Reds pada musim ini selepas kembali dari peminjaman di Wolfsburg.

Walaupun Klopp jelas mahu melepaskan pemain yang tidak termasuk dalam rancangannya namun beliau berkeras bahawa setiap pemain mempunyai harganya tersendiri.

Liverpool ketika sebelum Jurgen Klopp mengambil alih jelas amat mudah dibuli oleh kelab lain terutamanya ketika proses jual beli pemain. Ini termasuklah beberapa yang dilepaskan namun dengan harga yang tidak munasabah atau dengan lebih tepat jauh lebih murah daripada harga yang sepatutnya.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : ECHO

Post Author: Nazz Carra