Kisah Xherdan Shaqiri – ‘Now I Got My Own Army Guy’

Diceritakan oleh Xherdan Shaqiri sendiri. Kisah perjalanan hidup beliau.

‘Now I Got My Own Army Guy’

Rumah tidak panas. Hanya terdapat pendiang api yang besar. Ia adalah sebuah rumah lama, yang sangat lama di sebuah ladang di Basel. Saya langsung tidak pernah untuk memikirkan tentang itu (pada ketika itu). Kerana saya sentiasa memastikan agar diri saya panas dengan berlari kesana sini seperti orang gila. Abang saya, orangnya yang selalu mengadu tentang suasana sejuk, kerana biliknya berada di tingkat atas, jauh dari pendiang api. Dia terpaksa tidur bersama lima selimut pada musim sejuk.

Pelarian

Keluarga saya telah meninggalkan Kosovo sebelum perang meletus, ketika itu saya berumur empat tahun, dan mereka berusaha untuk mencipta kehidupan yang lebih baik di Switzerland bersama saya dan dua orang abang saya. Bukanlah sesuatu yang mudah. Ayah saya tidak bercakap bahasa Swiss Jerman, jadi dia perlu mencuci piring di restoran. Dia akhirnya mendapat kerja pembinaan di jalan raya. Ibu saya bekerja sebagai tukang cuci di pejabat di bandar. (Saya menjadi pembantu vakumnya, dan abang-abang saya membersihkan tingkap.)

Switzerland, taraf hidupnya sangat mahal bagi sesiapa pun, dan bertambah sukar buat ibu bapa saya kerana mereka perlu menghantar wang yang banyak ke rumah ahli keluarga kami yang masih berada di Kosovo. Pada mulanya, kami boleh lakukan penerbangan pulang di setiap tahun untuk melihat mereka. Malah, ibu saya selalu membebel, :

Di atas kapal terbang, kamu sentiasa menjadi budak nakal ! Sentiasa cuba memanjat kerusi dan sentuh orang di belakang kita ! Kamu langsung tidak boleh duduk diam kan !

Tetapi apabila peperangan bermula, menjadi sesuatu yang mustahil untuk kami membuat penerbangan pulang, dan seterusnya menyukarkan lagi kehidupan ahli keluarga saya yang masih berada di sana. Rumah bapa saudara saya dibakar, dan terdapat begitu banyak sekali penderitaan. Ayah saya akan cuba menghantar wang sebanyak yang mungkin, jadi kami tidak mempunyai lebihan wang ketika saya meningkat dewasa, kecuali mungkin sesuatu hadiah yang diberikan pada hari lahir.

Idola

Kisah lucu, sebenarnya … Ronaldo adalah idola saya. Yang sebenar-benarnya Ronaldo. Melihat cara dia bermain, ia seperti satu panahan sihir tepat kepada saya. Semasa perlawanan akhir Piala Dunia 98, apabila dia cedera dan Brazil kalah kepada Perancis, saya menangis dan menangis kerana saya berasa sangat sedih. Bukan kerana apa, tapi menangis kerana dia. Saya rasa sebak. Hari ulang tahun ketujuh saya adalah tiga bulan selepas Piala Dunia tersebut, dan saya terus berkata kepada ibu saya setiap hari selama tiga bulan itu, :

Saya hanya mahu jersi kuning Ronaldo buat hadiah hari jadi saya. Tolonglah, dapatkan saya jersi itu.

Jadi, bila tiba hari jadi saya, ibu memberi sebuah kotak kepada saya. Saya membukanya, dan ianya adalah jersi kuning Ronaldo. Walaupun ianya bukan juga jersi ‘copy ori’. Dengan tidak mempunyai logo di atasnya. Ia hanyalah semata baju kuning dengan nombor 9 berwarna hijau. Yang ibu beli dipasar. Ibu bapa saya tidak mempunyai wang untuk membeli yang original, tetapi itu semua tidak penting bagi saya. Hari itu, merupakan hari yang paling bahagia dalam hidup saya. Saya memakainya setiap hari selama 10 hari, dan saya juga mempunyai seluar pendek kuning yang saya pakai bersamanya.

Saya satu-satunya warganegara asing di sekolah saya, dan saya tak merasakan yang mereka, kanak-kanak Swiss tersebut faham kenapa saya begitu taksub dengan bola sepak. Di Switzerland, bola sepak hanyalah sekadar sukan. Ia bukannya sebuah kehidupan seperti di tempat lain. Saya teringat, empat tahun kemudian, ketika Ronaldo muncul di Piala Dunia 2002 dengan potongan rambut segitiga itu, saya pergi ke pendandan rambut dan berkata, :

Buatkan saya rambut Ronaldo.

Tetapi, saya mempunyai rambut kerinting yang berwarna perang pada waktu itu, jadi ianya satu perkara yang gila-gila. Saya pergi ke sekolah dan semua pelajar melihat saya dengan kehairanan, seolah-olah berkata, :

Apa hal dia ni ? Apa yang telah dia lakukan ?

Zaman Kanak-Kanak

Saya tak peduli. Saya hanya menjadi saya. Sekolah saya berada di satu kawasan bandar yang bagus suasananya, tetapi rumah saya hanya lima minit berjalan kaki dari satu kawasan bandar yang sangat teruk dan itulah tempat bermain bola sepak yang terbaik. Ibu saya sentiasa merayu supaya saya tidak pergi, tetapi saya akan berjalan kaki ke sana setiap hari selepas tamat waktu sekolah untuk bermain bola. Saya tahu umum memikirkan yang Switzerland adalah sebuah negara yang menarik, ya kebanyakannya tempat memang menarik pun, tapi untuk taman ini sangat ‘sempoi’. Semua pasukan selepas digabungkan menjadi seperti Bangsa-Bangsa Bersatu. Ada Turki, Afrika, Serbia, Albania, semuanya. Dan bukan setakat bola sepak, semua orang akan melepak di sana, jadi secara tidak langsung akan ada yang menari hip-hop gaya Jerman, ada yang menari rap dengan gaya bebas, dengan ramai gadis-gadis berada di padang sementara perlawanan berlangsung.

Bola sepak adalah permainan bola yang sebenarnya. Seperti, dapat melihat lelaki ditumbuk sepanjang masa. Saya, tidak pernah ditumbuk, kerana saya tidak banyak bercakap. Sentiasa berdiam diri. Tetapi bermain di taman itu sangat-sangat membantu saya kerana saya adalah seorang kanak-kanak yang kecil (boleh bayangkan 😆), dan saya belajar bagaimana untuk bermain dengan mereka yang begitu serius bermain bola sepak, bukan sekadar bermain-main.

Bermula Kerjaya

Apabila saya berusia 14 tahun, saya bermain untuk pasukan remaja FC Basel, dan kami berpeluang untuk bermain di Piala Nike di Prague. Masalahnya ialah saya terpaksa bercuti untuk beberapa hari persekolahan, dan apabila saya bertanya kepada guru saya, dia berkata tidak. Di Switzerland, guru-guru sangat serius mengenai persekolahan. Saya hanya terfikir untuk menipu, dengan mengatakan saya sakit.

Kerana itu, saya berpakat dengan ibu saya untuk beliau menulis nota kepada pihak sekolah dengan mengatakan yang saya demam dan selsema, oleh itu saya dapat pergi ke Prague untuk kejohanan tersebut. Saya bermain dengan sangat baik, dan itulah kali pertama saya melihat kanak-kanak dari negara lain yang melihat saya dengan begitu teruja sekali. Mereka seakan begitu mengkagumi permainan saya. Saya dapat rasakan, satu perasaan yang hebat pada ketika itu.

Kami pulang ke rumah dan saya datang ke sekolah pada hari Isnin, dan kamu tahu tak, saya masih berpura-pura seperti saya berada dalam kesakitan. Dan guru saya segera berkata, :

Xherdan, datang ke sini. Mari, mari sini.

Dia melambai saya dan menarik keluar surat khabar dari meja beliau.

Dia menunjukkan kepada saya, lalu berkata, :

Ohh, sakit ya ?

Sambil memulas telinga saya yang comel kemerah-merahan itu. 😆 Ok, admin tambah yang ni.

Dan di muka depan suratkhabar tersebut, terdapat foto saya tersenyum, memegang trofi kejohanan.

Saya hanya memandangnya, sambil mendepa tangan saya di udara, seperti ini 🤷. Ibarat, tangan dibahu, mata tengok atas. 😂

Menjadi Tumpuan

Saya mula mendapat banyak perhatian selepas kejohanan itu, tetapi wang masih menjadi masalah pokok bagi keluarga saya, kerana kedua abang saya juga bermain bersama Basel. Yang mana, setiap kali kami hendak pergi ke sesuatu kejohanan, kami terpaksa membayar untuk tiga orang sekali. Apabila saya berumur 16 tahun, kami dikenakan bayaran untuk kem latihan yang bertempat di Sepanyol. Pada satu malam ayah datang kepada kami, dan berkata yang beliau tidak mampu. Segalanya adalah mustahil.

Jadi, atas inisiatif sendiri, saya dan abang-abang saya keluar mencari kerja untuk mendapatkan wang bagi membayar untuk ke kem latihan tersebut. Saya pergi ke kawasan kejiranan dengan memotong rumput selama tiga minggu, dan salah seorang abang saya, saya sendiri tidak tahu sebenarnya apa yang dia lakukan secara tepatnya. Yang saya tahu ialah dia bekerja di kilang dengan memakai cermin mata keselamatan yang besar. Entah bagaimana, kami mendapat duit serentak pada saat terakhir, dan kami dapat pergi ke Sepanyol. Dan saya masih ingat pada ketika itu, saya berasa takut yang amat sangat. Bukan kerana takut saya tidak dapat pergi, tapi lebih kepada takut jika rakan-rakan sepasukan saya tahu yang kami tidak mampu untuk membayarnya.

Umum sendiri sedar bagaimana situasi sekiranya menjadi bahan ejekan kawan-kawan. Terutamanya di peringkat umur 16 atau 17 tahun. Selepas latihan, semua rakan-rakan sepasukan saya akan mengambil makanan dari kiosk, tetapi saya dan abang-abang oleh kerana tidak mempunyai wang, kami akan reka beberapa alasan untuk segera pulang ke rumah. Tapi itu secara tidak langsung menjadikan saya lebih lapar tapi dengan cara yang berbeza. Saya lapar untuk bermain dengan menentang yang terbaik, selalu.

Selepas setahun kemudian, ketika berusia 17 tahun, saya mendapat panggilan untuk menyertai pasukan utama Basel. Saya masuk dalam perlawanan 20 minit sebelum tamat perlawanan, dan saya merasakan yang saya telah melakukannya dengan begitu baik sekali. Saya muncul keesokan harinya untuk latihan, dan jurulatih pasukan remaja kami berkata, :

Apa ni ? Apa yang kamu fikirkan ?

Saya lalu berkata, :

Apa yang kamu cakapkan ni ?

Dia berkata lagi, :

Saya baru bercakap dengan pengurus pasukan utama. Dia mengatakan apa yang kamu lakukan hanyalah ‘dribbling’. Dan, kamu kembali ke pasukan kedua. Itu sahaja.

Saya terperanjat. Saya fikir saya telah dibuang dari Basel.

Dua minggu kemudian, mereka memecat pengurus. Seorang pengurus baru datang. Dia memanggil saya untuk pasukan utama, dan sejak itu saya langsung tidak pernah toleh ke belakang lagi. Agak kelakar, kerana dia meletakkan saya di bahagian ‘left back’, hakikatnya saya suka menyerang dan mencipta peluang. Jadi, kerana itu pemain pertahanan seringkali menjerit kearah saya menyuruh saya kembali ke bawah.

Hahaha ! Saya ketawa.

Sertai Piala Dunia

Segalanya menjadi baik buat saya, kerana tertera di kertas dengan mengatakan berkemungkinan saya akan dipanggil untuk Piala Dunia 2010. Saya tidak tahu apa yang perlu difikirkan lagi. Apabila saya dinamakan dalam skuad, ia adalah saat yang sangat emosional. Saya pulang ke rumah untuk memberitahu ibu dan ayah saya, dan mereka sangat gembira.

Ia berlaku sangat pantas. Pada suatu hari saya berusia 16 tahun, dengan bekerja memotong rumput di halaman orang, supaya saya boleh mendapatkan wang untuk membayar tiket ke Sepanyol, dan kemudian saya berusia 18 tahun, naik pesawat ke Afrika Selatan untuk Piala Dunia ?

Saya masih ingat lagi ketika kami bermain menentang Sepanyol, melihat Iniesta di hadapan saya dan berfikir, :

Wow, inilah lelaki yang saya menonton aksinya di TV, dia ada di sana.

‘Now I Got My Own Army Guy’

Tetapi, satu perkara yang saya akan selalu ingat dan sesekali tidak akan melupakannya adalah, ketika kami tiba, kami sampai ke hotel kami dan mereka mempunyai tentera dengan senjata yang besar berdiri di luar pintu bagi setiap bilik. Tentera peribadi untuk melindungi kami. Dan saya merasakan, itu adalah satu perkara yang paling ‘sempoi’ di dunia, kerana …

Bayangkanlah, sebelum ini setahun yang lalu, saya pulang dari taman pada waktu malam ! Dan sekarang saya mendapat tentera saya sendiri ? Untuk melindungi saya. Wow !

Bagi ibu bapa saya, ini adalah saat yang sangat membanggakan bagi mereka, untuk melihat saya bermain di Piala Dunia, kerana mereka datang ke Switzerland tanpa apa-apa dan mereka bekerja keras untuk mencuba kehidupan yang lebih baik demi keberlangsungan hidup anak-anak mereka. Saya fikir media sering salah faham perasaan saya terhadap Switzerland. Saya rasa saya mempunyai dua rumah. Itulah yang mudah. Switzerland memberikan semua apa yang keluarga saya perlukan, dan saya cuba memberikan segala-galanya untuk pasukan kebangsaan. Tetapi, setiap kali saya ke Kosovo, saya juga mempunyai perasaan seperti berada di rumah sendiri. Ianya tentang perasaan.

Pada tahun 2012, apabila kami bermain menentang Albania, saya meletakkan bendera Switzerland, Albania dan Kosovo pada kasut saya, dan beberapa akhbar Swiss mengecam saya dengan bermacam perkara yang negatif tentangnya. Saya telah dikritik hebat kerana itu. Bagi saya ianya sesuatu yang tidak masuk akal untuk umum mempertikaikannya, kerana ia hanyalah berkaitan dengan identiti saya. Perkara yang menarik mengenai Switzerland ialah negara ini begitu terbuka dalam menyambut mereka yang datang akibat dari kemelut peperangan dan kemiskinan, demi mencari kehidupan yang lebih baik.

Switzerland mempunyai tasik dan gunung. Tetapi Switzerland juga mempunyai taman yang sering saya main bola sepak bersama dengan orang Turki, Serbia, Albania, Afrika, dan gadis serta rapper Jerman. Switzerland adalah untuk semua orang.

Apabila saya berlari ke padang pada Piala Dunia 2018, akan mempunyai bendera kedua-duanya, Switzerland dan Kosovo pada kasut saya. Bukan kerana politik atau yang berkaitan dengan politik. Tetapi kerana bendera tersebut menceritakan kisah hidup saya.

Jangan risau, kerana bendera Swiss berada di kaki kiri saya.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : The Players’ Tribune

#ynwa
#oncearedalwaysared🌹

Post Author: Sepet LMreds