Klopp Bercakap Tentang Sikap Terbuka Peminat Terhadap Karius

Selepas perlawanan persahabatan terakhir pra-musim, yang mencatatkan kemenangan buat Liverpool di Anfield.

Klopp sangat gembira dengan penerimaan peminat yang menyambut baik kemunculan semula Karius, yang menggantikan Alisson.

Kata Klopp, atmosfera Anfield begitu indah sekali.

Malah, beliau turut mendengar beberapa kata daripada ayah kepada anaknya, yang pertama kali menyaksikan perlawanan Liverpool di Anfield.

Yang mana seorang ayah begitu bangga sekali menceritakan tentang Klopp dan Liverpool kepada anaknya.

Terdapat begitu ramai sekali kanak-kanak di stadium, yang datang untuk menyaksikan hero-hero mereka beraksi. Tidak malu Klopp, dengan aksi yang dipersembahkan hebat dan permainan yang menarik oleh Reds, boleh menjadi satu ingatan yang baik buat kanak-kanak pelapis muda peminat Liverpool ini.

Bercakap pula tentang penerimaan baik Anfield kepada Karius, Klopp berkata ianya sangat membantu. Bukan setakat untuk Karius semata, malah buat keseluruhan pasukan Liverpool.

A post shared by LORIS KARIUS (@lorisk21) on

Walaupun Klopp tidak berkesempatan lagi bercakap dengan Karius selepas perlawanan, kerana beliau segera menyertai sesi beramah mesra dengan peminat, tapi Klopp yakin yang Karius kembali bersemangat kini.

Sememangnya ini yang amat Klopp harapkan. Selepas ketidakcemerlangan Karius dalam beberapa perlawanan sebelum ini, sehingga menjadi mangsa terbaru bagi peminat Liverpool untuk dikecam hebat. Tapi akhirnya, peminat kembali bersatu menerima Karius dengan berlapang dada.

Hakikatnya, Klopp sangat terharu dan menyukainya. Peminat masih berdiri teguh dibelakang pemain Liverpool dan kepada Liverpool sendiri khasnya.

Dengan penerimaan baik peminat kepada Karius, secara tidak langsung ia juga membantu Alisson. Yang menunjukkan kepada Alisson, Anfield adalah satu tempat sangat istimewa.

Ia turut mewakili satu isyarat yang sangat besar.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Liverpool FC

#ynwa
#oncearedalwaysared🌹

Post Author: Sepet LMreds