Klopp Beri Liverpool Lebih Dari Sekadar ‘Passion’

Jürgen Klopp telah menjadi pengurus Liverpool FC sejak Oktober 2015, menggantikan Brendan Rogers.

Klopp telah meninggalkan Borussia Dortmund dengan rekod cemerlang 179 kemenangan, 69 seri dan 70 kekalahan.

Dengan kedatangan Klopp ke England, berjaya membantu meremajakan semula Liverpool, dengan gaya permainannya yang ‘popular’, dikenali sebagai ‘gegenpressing’.

Istilah ini secara kasarnya diterjemahkan sebagai ‘membalas tekanan’.

Pada asasnya, ia adalah idea kepada, sebaik sahaja pasukan kehilangan bola, mereka akan menekan pihak lawan agar memberi kembali bola, dengan itu mengurangkan peluang serangan balas.

Ceritera Klopp : Gegenpressing Ala Heavy Metal | Episod 4

Gaya yang Klopp bawa bersamanya ini dari Jerman, telah menyemarakkan lagi perhatian peminat terhadapnya.

Walaupun Liverpool belum mampu lagi untuk memenangi kejuaran Liga Perdana sejak ketibaannya di Anfield, sehingga sekarang Liverpool teguh menggungguli antara 6 kelab teratas liga.

Bersama dengan Klopp, Liverpool telah capai ke ‘final’ Liga Juara-Juara, Piala Liga dan juga Liga Europa.

Walau bagaimanapun, untuk cabaran Piala FA, Klopp tidak berjaya untuk membawa Liverpool masuk melebihi pusingan ke-4.

Keghairahan peminat Liverpool dalam sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada kelab, diiktiraf seluruh dunia sebagai antara yang terbaik, dengan suasana di Anfield seringkali dipuji untuk perkara yang sama.

Dan sejak kedatangan Klopp, semangat para pemain di padang juga telah berubah.

‘Passion’ Pemain ..

Para pemain baru pakat memilih untuk beraksi dengan menyarung jersi Liverpool, walaupun sedar akan hakikat harus berjuang untuk mendapat tempat. Yang mana jelas, persaingannya begitu sengit sekali, tapi tetap berjalan dalam suasana yang sihat.

Perjanjian dengan Liverpool adalah sekali merangkumi tanda yang menunjukkan pemain itu akan beraksi hebat buat Liverpool.

Pemain-pemain muda turut juga dipinjamkan ke kelab yang lain, adalah komitmen Liverpool dalam mengembangkan lagi bakat-bakat muda akademi dalam mencari pengalaman dan belajar untuk menjadi lebih baik lagi.

Dari seusia 6 tahun, kanak-kanak yang bersemangat tinggi dan berbakat dalam bidang bola sepak, boleh menyertai akademi kelab Liverpool, dan menunjukkan kemahiran mereka bermain bola sepak.

Yang terbaik akan diserap masuk menjadi pemain pasukan utama, kelab kegemaran sejak dari zaman kanak-kanak mereka.

Gaya permainan yang dibawa oleh Klopp ke Liverpool, memberi lebih banyak dari sekadar semangat sahaja kepada pasukan.

Yang mana, ia memberi galakan untuk mencapai impian, bagi memacu aksi persembahan Liverpool terus ke hadapan. Dan akhirnya, matlamat untuk memenangi kejuaraan Liga Perdana dan juga Liga Juara-Juara, akan terlaksana.

Kontrak Klopp bersama Liverpool adalah sehingga tahun 2022, yang memberi masa kepada ‘bos’ hebat ini mencapai segala yang diinginkan oleh peminat dan para penyokongnya.

Impian sepanjang hayat. 🏆

Inilah yang membawa Klopp ke Liverpool dan ianya lebih daripada sekadar semangat.

‘In Jurgen Klopp we trust.’

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Last Word On Football

#ynwa
#oncearedalwaysared🌹

Post Author: Sepet LMreds