Klopp Bersedia Untuk Menggunakan Jarak 11 Hari Antara Perlawanan Dengan Membawa Pasukannya Berlatih Di Luar Negara

Jurgen Klopp memberikan kenyataaan mengenai keputusan kalah mati FA Cup tempoh hari dan berkongsi mengenai rancangannya menjelang rehat 11 hari buat Liverpool

Liverpool mendapat hadiah yang tidak dijangka berikutan kekalahan Piala FA (menentang Wolverhampton Wanderers pada pertengahan minggu lalu). Selepas menentang Palace hujung minggu kelak, The Reds mempunyai masa rehat selama 11 hari sebelum bertemu Leicester pada 31 Januari nanti.

Jurgen Klopp merancang untuk memanfaatkan kelebihan itu kerana dia bersedia untuk membawa pemainnya ke luar negara untuk melengkapkan latihan musim panas sebelum mereka kembali berjumpa Leicester City, West Ham dan kemudian Bournemouth sebelum pertandingan pertama Liga Juara-Juara 16 terakhir di Anfield menentang Bayern Munich.

“Rehat yang kami peroleh pada hujung Januari akan 100% membantu para pemain yang mengalami kecederaan,” kata pengurus Jerman tersebut. Saya berharap Dejan (Lovren) dan Joe (Gomez) untuk pulih. Bagi Adam (Lallana) mungkin agak awal tetapi kami mempunyai beberapa pemain dan mereka memerlukan masa.”

“Kami sudah mempunyai Joel (Matip) kembali (dia berada di bangku simpanan semasa melawan Brighton) tetapi dia juga akan menggunakan masa ini untuk penyembuhan tulang dan semuanya membantu dan semuanya kelihatan baik untuk kami dengan cara itu.”

Bukan itu sahaja kelebihan Liverpool, tetapi The Reds akan bermain lima kali sebelum kembali ke bola sepak Eropah (UCL) manakala pesaing Liverpool, Manchester City mempunyai lapan perlawanan yang pasti dan mungkin menjadi sembilan permainan sebelum perlawanan pertama mereka menentang Schalke pada 20 Februari.

Walau bagaimanapun, pengurus itu sering merungut akan kekurangan masa (latihan dan persediaan) yang dapat dihabiskan di padang (Melwood). Kami (selalunya) tidak berlatih, kami hanya pulih dan bermain,” adalah frasa cliché dari bos The Reds semasa musim sejuk di Merseyside.

Kini Klopp akan dapat apa yang dia mahukan selepas Liverpool tersingkir lebih awal dari Piala FA.

Liverpool menang 1-0 ke atas Brighton Sabtu lepas dan mempunyai perbezaan 7 mata dengan City (namun City belum memainkan perlawanan EPL ke 22 mereka). Liverpool bakal bertemu Crystal Palace di laman sendiri pada 19 Januari ini (2300 waktu Malaysia) dan Leicester City pada 31 Januari juga di Anfield (0400 waktu Malaysia)

 

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Echo/ Mirror

Post Author: Wade Wilson