Klopp Dan Van Dijk Memenangi Anugerah EPL Untuk Disember 2018

Jurgen Klopp meraih Anugerah Pengurus Terbaik Bulanan manakala Virgil Van Dijk meraih Pemain Terbaik Bulanan.

Kedua dua figura itu menerima anugerah tersebut di Melwood untuk mengiktiraf pencapaian yang dilakukan pada bulan terakhir 2018.

The Reds memenangi semua perlawanan yang berlangsung pada bulan Disember dengan telah menjaringkan 22 gol dan hanya dibolosi 3 gol untuk menduduki tangga teratas EPL buat masa sekarang.

Van Dijk telah bermain dalam kesemua perlawanan tersebut, membantu pasukan mencatatkan 4 perlawanan tanpa bolos serta menjaringkan gol ketika menentang Wolves dalam saingan liga.

Klopp menewaskan Nuno Espirito Santo, Manuel Pellegrini, Mauricio Pochettino dan Maurizio Sarri untuk anugerah tersebut.

Manakala Virgil Van Dijk pula menewaskan rakan sepasukan Mo Salah, Felipe Anderson, Eden Hazard, Harry Kane, Marcus Rashford dan Son Heung Min.

Kali terakhir Klopp meraih anugerah ini adalah pada September 2016. Manakala kali terakhir Liverpool menerima dua anugerah sekaligus untuk pengurus dan pemain adalah pada Mac 2014, dengan Brendan Rodgers bersama sama Luis Suarez dan Steven Gerrard meraih anugerah tersebut.

ADMIN

Tahniah Klopp dan Van Dijk. YNWA.

Sumber : Liverpool FC

Post Author: Mohd Nuruzzaman