Klopp Hampir ‘Menitiskan Airmata’ Ketika Salah Membenarkan Firmino Mengambil Penalti

Roberto Firmino membuat hatrik, dalam kemenangan 5-1 Liverpool keatas Arsenal di Anfield, dan Jurgen Klopp memuji tindakan Mohamed Salah itu sebagai sesuatu yang sangat baik.

Jurgen Klopp berkata, yang dia hampir-hampir nak ‘menitiskan airmata’, sebak sangat beliau rasa dimasa Mohamed Salah membiarkan Roberto Firmino mengambil penalti kedua Liverpool, bagi menyempurnakan hatriknya pada pertembungan vs Arsenal pagi tadi.

Arsenal benar-benar dikalahkan Liverpool di Anfield, walaupun mendahului perlawanan dengan gol awal sumbangan Ainsley Maitland-Niles, dalam masa Reds mengekalkan rekod tanpa kalah dan megah dipuncak liga dengan 9 mata lebih.

Firmino menyerang dengan dua gol, sebelum Sadio Mane dan Salah juga hasil dari sepakan penalti, memberikan Liverpool pula memimpin perlawanan dengan 4-1 pada separuh masa.

The Reds kemudiannya diberi penalti lagi pada separuh masa kedua apabila Sead Kolasinac menjatuhkan Dejan Lovren, tetapi Salah membenarkan Firmino untuk mengambil sepakan penalti tersebut, dan Bobby lantas menyelesaikan hatriknya yang pertama di Liga Perdana.

Tamat perlawanan, Klopp menyuarakan perasaan sebaknya itu, yang ditemubual BBC Sport.

Yang mana, beliau terpaksa menyembunyikan perasaan itu sehingga tamat perlawanan, agar tumpuan dapat diberikan semasa perlawanan masih lagi berlangsung.

Jelas Klopp, yang beliau langsung tidak sangka, Salah memberikan sepakan penalti itu kepada Firmino, sehingga membuatkan beliau terasa mahu menangis, sebab sebak sangat.

Umum mengetahui, betapa Salah begitu mahu untuk menjaringkan gol dengan banyak. Tindakan tersebut sangat-sangat positif sekali.

Dalam masa yang sama juga memuji pasukan Liverpool sendiri, terhadap kebangkitan semula dengan pantas lagi padu.

Tindakbalas Liverpool dalam kebangkitan semula itu, Klopp tafsirkan sebagai berkelas dunia.

Dengan pasukan Liverpool bertindak matang dan mengatasinya dengan tenang, dan positif menyelesaikan kesilapan dengan membiarkan gol awal jaringan Arsenal.

Seterusnya, cabaran Liverpool dalam Liga Perdana adalah menghadapi perlawanan menentang Manchester City pada 4 Januari depan.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : FourFourTwo

#ynwa
#oncearedalwaysared🌹

Post Author: Sepet LMreds