Klopp Mahu Kekalkan Harry Wilson : ‘Of Course We Had To Keep The Boy !’

Jurgen Klopp mengeluarkan kenyataan, yang semestinya Liverpool sangat berkehendak untuk mengekalkan Harry Wilson di Anfield.

Pemain Wales berusia 21 tahun itu telah menandatangani perjanjian baru, untuk 5 tahun lagi bersama The Reds.

Harry Wilson Menandatangani Kontrak Jangka Masa Panjang Yang Baru Bersama Liverpool

Klopp mengakui yang beliau begitu gembira sekali untuk mengekalkan ‘finisher’ itu di Anfield sehingga 2023.

Bagi Klopp, perkembangan Wilson dalam beberapa tahun kebelakangan ini sangat luar biasa hebat, sudah tentu Liverpool akan menjaga pemain muda tersebut.

Dan sekarang adalah masanya untuk Klopp melihat apa yang Liverpool boleh lakukan dengan Wilson, yang pasti ianya sangat baik setelah mengetahui masa depan jangka panjangnya adalah di Liverpool.

Jelas Klopp juga, Wilson adalah seorang ‘finisher’ yang hebat, yang mana merupakan perkara yang paling sukar untuk dipelajari, dan dia mempunyai kepakaran yang mantap yang dapat menghidu dalam tujuan menjaringkan gol.

Dan berita ini, sesungguhnya sangat mengembirakan Klopp.

Admin :

Sedikit sedutan ‘highlight’ Harry Wilson vs Chester untuk perlawanan persahabatan pertama Liverpool pra musim 18/19.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Liverpool FC

#ynwa
#oncearedalwaysared🌹

Post Author: Sepet LMreds