Klopp Mahu Membuat Perubahan Dan Xherdan Shaqiri Akan Diberi Debut Penuh

Bos Liverpool itu mengakui bahawa pemain sayap telah melakukan segalanya untuk bermain dan mungkin akan menurunkan kembali Naby Keita dibahagian tengah. 

Jurgen Klopp mengakui Shaqiri amat penting untuk mendapatkan debut penuh dimana bos Liverpool itu ingin membuat perubahan bagi perlawanan menentang Southampton di Anfield.

Pemain antarabangsa Switzerland itu telah berjaya membuat tiga penampilan dari bangku simpanan setelah berpindah dengan yuran £13 juta dari Stoke City.

Klopp ditanya mengenai impak yang dibawa Shaqiri :

“Sangat meriah, sangat positif.”

“Ia bukan hanya dari prestasinya tapi dari segi seorang lelaki dibilik persalinan.”

“Semua orang sukakan Shaqiri, itulah perihal tentang dirinya walaupun tanpa minit permainan dan sebenarnya lebih banyak kesilapan dari saya berbanding beliau.”

“Secara jujurnya, dia telah melakukan segalanya demi untuk bermain. Saya telah melakukan keputusan yang berbeza tetapi masa untuknya akan tiba, saya pasti.”

Naby Keita kemungkinan akan diturunkan kembali dan Klopp harus memutuskan sama ada menurunkan Roberto Firmino dan merehatkan Daniel Sturridge yang menjaringkan gol pada penampilan pertamanya pada musim ini ketika mengalahkan PSG.

Esok adalah perlawanan ketiga dalam tujuh perlawanan Liverpool dalam tempoh 23 hari dan Klopp berkata mencampurkan skuadnya dalam perlawanan mungkin akan mengejutkan pasukan pihak lawan.

“Sekarang ini, kami akan menggunakan kesemua pemain kami.”

“Mereka dalam keadaan yang bagus. Nada melihat Daniel tapi bukan hanya Daniel sahaja yang ingin bermain tetapi mereka yang lain juga turut sama. Mereka semua ingin bermain!”

“Mereka ingin beraksi dan ianya adalah sesuatu yang perlu kami lakukannya. Sepatutnya kami tidak perlu mudah untuk dijangka dan mereka akan berkata: “Baiklah, mereka bermain 4-3-3, itulah tiga penyerang mereka, dua daripada penyerang mereka akan berada di bahagian tengah dan garisan dihadapan akan sentiasa sama.”

“Ya, ianya bagus dan kami perlu mencipta sesuatu dimana mereka tidak perlu hanya di tekan daripada bangku simpanan tetapi perlu ditekan untuk memberi prestasi yang terbaik diatas padang.”

“Kami perlu beri mereka peluang tetapi sekiranya mereka berada didalam keadaan yang bagus. Kemudian saya yang akan memutuskan siapa yang akan bermula.”

Persaingan sebegini amat penting bagi pasukan yang sedang mengejar kejuaraan demi untuk mengekalkan momentum kemenangan dan menjadi pasukan pencabar sebenar.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : ECHO

Post Author: Nazz Carra