Klopp Menjanjikan Banyak Perkara Yang Akan Datang Daripada Naby Keita.

Keita yang dibeli dengan harga tinggi dikatakan bergelut untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru, namun menunjukkan impaknya pada kemenangan 3-0 ke atas Bournemouth pada sabtu lalu.

Jurgen Klopp percaya banyak yang akan datang daripada Keita selepas beliau menunjukkan aksi yang menjanjikan ketika kemenangan ke atas The Cherries.

Banyak perkara besar yang dijangka daripada pemain berusia 24 tahun itu selepas tiba di Anfield pada 2018 pada saga perpindahan beliau ke Liverpool dari RB Leipzig.

Beliau tiba di Anfield setahun selepas deal tersebut berjaya diselesaikan kerana mematuhi permintaan pihak RB Leipzig untuk meminjamkan Keita selama setahun disana.

Keita juga mempunyai tenaga yang diperlukan untuk memenuhi keinginan bos Liverpool tersebut, namun agak bergelut untuk menghasilkan persembahan terbaik semenjak ketibaannya di Merseyside.

Klopp ditanya mengenai peranan Keita.

“Anda memerlukan prestasi yang baik.”

“Separuh masa kedua ketika menentang West Ham United adalah bagus manakala pada separuh masa pertama bukanlah tidak bagus namun pada separuh masa kedua beliau sangat bagus.”

“Jika anda terjatuh dalam lubang yang kecil, anda perlu memastikan untuk keluar dari lubang tersebut dengan sendiri. Itulah apa yang dia lakukan pada separuh masa kedua dan sangat meyakinkan agar perlawanan kali ini (Bournemouth) akan langkah seterusnya untuk beliau.”

“Ianya sangat bagus untuk menonton perlawanan tersebut dan penonton mula menghargai beliau.”

“Dia terlibat dalam banyak situasi, menghantar bola menerusi pemain tengah yang padat. Ianya bagus dan banyak perkara akan tiba daripada beliau. Ianya satu perkara yang bagus.”

Keita masih menunggu untuk gol pertamanya untuk Liverpool dan hanya berjaya mendapatkan 1 bantuan gol dalam 22 penampilannya buat The Reds.

Perlawanan yang besar hampir tiba dan beliau akan diberi peluang untuk membuktikan diri beliau sekali lagi.

Perlawanan akan datang adalah menentang Bayern Munich pada 19 Februari di Anfield dan seterusnya menentang Manchester United pada 24 Februari di Old Trafford. Dua perlawanan besar menanti pemain dan penyokong Liverpool.

Sumber : Goal. com

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds

Post Author: Nazz Carra