Klopp Menjelaskan Isu Kecederaan Trent Alexander Arnold Dalam Perlawanan Menentang Brighton

Beliau mengesahkan bahawa pemain itu mengalami kecederaan buku lali semasa sesi memanaskan badan yang memungkinkan beliau tidak diturunkan semalam.

Trent Alexander Arnold mengalami kecederaan itu dan memaksa petugas perubatan Liverpool segera melakukan rawatan terhadap beliau selepas itu.

Namun apa yang mengejutkan bahawa beliau “sempat pulih” untuk mengambil tempatnya di posisi bek kanan dan bermain selama 90 minit penuh perlawanan untuk membantu mengukuhkan kedudukan Liverpool di persada liga.

Menurut Klopp menerusi sidang media selepas perlawanan :

“Saya tidak tahu mengenai itu. Ianya satu situasi di akhir sesi memanaskan badan. Saya terdengar beliau terpijak bola – namun saya tidak melihatnya. Saya melihat beliau sudah terbaring. Jika anda melihat beliau sudah terbaring, ianya memberi petanda yang kurang baik”.

“Kemudian doktor memberitahu saya mengenai sesuatu pada buku lalinya. Sungguh menyakitkan buat beliau. Beliau melakukan larian pecutan namun namun saya tidak sukakan apa yang saya lihat kerana bila beliau cuba berhenti, beliau nampak terhincut hincut jadi saya berpendapat ianya tidak cukup bagus”.

“Dalam perjalanan ke bilik persalinan, Trent memaklumkan kesakitan itu senakin berkurangan. Dan doktor melakukan rawatan selepas itu. Beliau menyatakan ianya sudah melegakan, semuanya OK, doktor membalut kakinya dan beliau diturunkan selepas itu”.

“Saya tidak tahu mengenai kecederaan itu dan saya berharap ianya tidak berlarutan. Saya berharap kecederaannya tidak begitu lama”.

ADMIN

Jadi memang benar Trent mengalami kecederaan dan bermain dalam kecederaan semalam. Namun beliau begitu bagus dari minit ke minit perlawanan.

Sumber : Liverpool FC

Post Author: Mohd Nuruzzaman