Klopp Salahkan Serangan Punca Liverpool Tewas

Aksi Klopp ketika perlawanan di Burnley (kredit: getty image)

Jurgen Klopp menegaskan perancangan perpindahan pemainnya tidak akan berubah meskipun Liverpool tewas kepada Burnley.

Klopp berkata:

Jika satu perlawanan mampu mengubah pemikiran saya, maka saya adalah sangat bodoh”

“Adakah saya akan keluarkan wang? Jawapannya saya sendiri belum tahu. Kita akan lihat”

Bila ditanya adakah Klopp akan membeli midfielder baru, Klopp berkata:

Saya tahu kamu semua mahukan left-back. Tapi midfielder?”

“Kami ada Emre Can di bangku simpanan. Lucas Leiva tiada di sini. Emre ada masalah dengan belakangnya. Tapi dia panadkan badan dan ok. Licas tiada di sini dan kamu bertanya tentang midfielder?”

Klopp mengaku dia agak marah apabila Liverpool lepaskan dua gol. Tetapi isu serangan adalah lebih besar dari pertahanan.

Keseluruhan permainan diterangkan melalui dua gol itu”

“Kami boleh berkata yang mereka jaringkan dua gol dan kami mampu jaringkan lima. Mereka hanya ada dua peluang yang baik, kami ada 500 tapi ianya 2-0. Tetapi ia adalah tugas kami untuk menerima apa jua keputusan.”

“Saya tidak sukakannya. Saya sangat marah terutama gol pertama. Ianya tak patut”

“Saya tidak marah pada separuh masa kerana ianya tidak perlu. Jika kemarahan adalah patut, jadi saya akan marah”

“Esok, bila saya rasa saya perlu marah, saya akan lakukannya. Tetapi adakah saya akan bertanya kepada Clyney ‘bagitahu aku kenapa kau berada semasa hantaran pertama’. Tidak. Saya tidak akan lakukannya”

“Bila kemarahan membantu, saya akan marah”


Ketika ditanya tentang gol yang dibolosi, Klopp berkata:

Saya tahu kita berbincang tentang ini dan akan terus bercakap tentang ini. Tetapi ianya bukan salah pertahanan, ianya salah serangan. Kami kehilangan bola di saat yang salah dan bang!”

“Kamu boleh bercakap kami patutnya bersedia dalam pembangunan kami dan kesilapan ini tidak patut berlaku. Semestinya dalam latihan kami tidak akan menghantar bola terus kepada pihak lawan. Tetapi kami lakukannya dalam perlawanan, letakkan diri kami dalam tekanan dan ini lah yang berlaku”

“Tetapi ini perlawanan pertama. Kami ada 36 lagi. Masih banyak”

“Saya fikir selepas minit ke 75, pemain Burnley akan muntah di atas padang, tetapi mereka tidak. Dan kami yang hilang tumpuan, tidak memaksa mereka”

“Ianya bukan hari buruk. Cuma satu pengalaman yang kami tidak mahu”


(sumber: Liverpool ECHO)

Related posts