Klopp : Saya Bertanggungjawab 100% Di Atas Penyingkiran Liverpool

Beliau tidak dapat menggambarkan perasaannya setelah menyaksikan Liverpool tumpas 1 – 2 kepada Wolves.


Menurut Klopp menerusi BT Sport :

“Persembahan yang sangat teruk”.

“Ia bermula dengan buruk dan ia tidak menjadi lebih baik selepas itu”.

“Tiada perkara baik yang perlu dibincangkan mengenai perlawanan tadi. Sangat sukar untuk dijelaskan”

“Permulaan yang meyakinkan buat Wolves. Mereka bermula baik, kami alpa serta tidak bersedia dan melakukan kesilapan”.

“Kami cuba untuk bermain lebih baik di separuh masa pertama namun tidak berhasil. Kami mencuba lagi di separuh masa kedua, lebih baik dan sepatutnya lebih baik lagi namun tidak perlu diperkatakan lagi”.

“Saya bertanggungjawab penuh di atas kekalahan ini. Anda belajar sesuatu dari pemain yang mengalami situasi seperti ini”.

Jurgen Klopp kecewa dengan persembahan anak buahnya. Sumber : TIA

ADMIN

Sesuatu yang boleh dipuji dari segi keperibadian bos Liverpool ini.

Beliau tidak teragak agak untuk menyatakan kesilapannya daripada menyalahkan orang atau pasukan lain.

Adakah anda masih berada di belakang Klopp? Saya masih percaya pada beliau. YNWA.

( Sumber : TIA)

Post Author: Mohd Nuruzzaman