Klopp : Sesiapa Yang Meraikan Kecederaan Kevin De Bruyne Adalah Seseorang Yang Kejam!

Jurgen Klopp percaya Manchester City mampu mengharungi perlawanan EPL tanpa kehadiran pemain tengah tersebut.

Kevin De Bruyne mengalami kecederaan lutut ketika sesi latihan Manchester City yang menyaksikan beliau bakal tersisih dari kancah perlawanan selama 3 bulan.

De Bruyne meraih anugerah sebagai Pemain Terbaik Man City pada 2017 2018 namun gagal menyaingi Mo Salah untuk Anugerah Pemain Terbaik EPL walaupun kelab itu memenangi kejuaraan liga pada musim lepas.

Beberapa pihak mendakwa ianya satu kelebihan buat Jurgen Klopp dan anak buahnya untuk mencabar kejuaraan yang dimiliki Man City, namun Klopp berpendapat terlalu awal untuk kelab itu mencabar kejuaraan liga.

Selain itu beliau turut mengecam pihak tersebut yang seolah olah “meraikan” kecederaan yang dialami pemain Belgium itu.

Menurut Klopp menerusi Sky Sports :

“Saya berpendapat seseorang seperti itu, yang berfikiran seperti itu adalah seorang yang kejam!”

“Saya bukan seperti itu. Saya mengharapkan beliau pulih dari kecederaan dan kembali bermain. Saya suka pemain seperti ini. Saya pernah mahu mendapatkan khidmat beliau semasa di Dortmund namun Mourinho enggan melepaskan pemain itu kepada saya!”

De Bruyne telah terlibat dalam kancah Piala Dunia hingga ke peringkat separuh akhir bersama Belgium, tidak diturunkan ketika aksi menentang Arsenal minggu lepas dan Klopp percaya Man City mampu mengharungi perlawanan tanpa kehadiran “Raja Assist” itu.

Beliau menambah :

“Musim yang baik buat beliau bersama Man City dan Belgium. Saya merasai itu”.

“Man City mempunyai banyak pilihan. Dan sentiasa mempunyai pilihan. Riyad Mahrez boleh bermain di pelbagai posisi”.

“Bernardo Silva boleh bermain di posisi itu, Foden boleh bermain di sana dan begitu juga Ilkay Gundogan”.

“Tiada siapa di Man City risau akan keadaan mereka, mereka mempunyai ramai pilihan. Kami tidak mahu fokus kepada pasukan lain kerana kami ada banyak perkara yang perlu diselesaikan di sini”.

City akan melayani kunjungan Huddersfield di halaman mereka sendiri dan mampu memintas Liverpool jika mencatatkan kemenangan ke atas kelab itu.

Liverpool hanya akan turun bermain untuk aksi EPL pada awal pagi Selasa.

ADMIN

Man City semestinya mempunyai kekuatan mereka sendiri untuk mengharungi liga tanpa Kevin De Bruyne.

Klopp pernah berminat rupanya ….

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman