Klopp Terpegun Dengan Reaksi Milner Di Bilik Persalinan

Jurgen Klopp mendedahkan keadaan di bilik persalinan setelah Milner dikeluarkan dari padang semasa perlawanan menentang Crystal Palace pada Sabtu lalu.

Liverpool menyaksikan kelebihan dalam kedudukan Liga Perdana dengan memperoleh kemenangan yang sangat sukar ke atas pasukan Roy Hodgson di Anfield.

Milner yang bermain sebagai bek kanan pada hari itu, dikeluarkan dari permainan pada babak akhir selepas dilayangkan dua kad kuning dalam masa 10 minit.

Berikutan insiden itu, Jurgen Klopp mendedahkan bahawa pemainnya, Milner (berada dalam perasaan) ‘ kecewa yang sepenuhnya’ di bilik persalinan, sambil darah masih mengalir pada kedua lutut, mengingatkan dia bahawa dia mempunyai pasukan wira yang sebenar’.

“Lelaki-lelaki ini sudah bersedia untuk melakukan itu, mereka adalah pejuang sebenar, sekumpulan pejuang yang betul-betul, saya suka itu, mereka semua sepakat memberikan sepenuhnya atau (memberikan) apa sahaja,” katanya kepada laman web Liverpool.

“Millie (James Milner) duduk di dalam bilik persalinan, (dengan perasaan) benar-benar kecewa kerana kad [merah] diikuti kedua-dua lutut yang berdarah – di mana anda boleh mendapatkannya (jika bukan) dari perlawanan yang hebat?”

Merseysiders, yang selesa dengan empat mata mendahului liga telah bertolak ke Dubai pada hari Isnin untuk kem latihan cuaca panas, kerana mereka tidak mempunyai sebarang perlawanan pada hujung minggu ini selepas tersingkir dari Piala FA awal bulan ini.

Klopp betul – dia sememangnya mempunyai para pejuang, dan mereka perlu berjuang habis-habisan selama beberapa bulan lagi kerana mereka sedang berusaha untuk menundukkan juara bertahan, Manchester City.

Klopp akan menjadi ikon di Anfield sekiranya beliau berjaya membawa kembali hari kemuliaan buat The Reds yang berada dalam kemarau piala selama ini.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : HITC/DailyStar

Post Author: Wade Wilson