Lallana Positif, Terlepas Sertai Skuad England Kini Tumpuannya Terarah Kepada Liverpool

Yakin dengan setiap yang berlaku itu, terdapat sesuatu yang lebih baik didepan.

Begitulah pemikiran positif Adam Lallana kini. Redha tidak dapat sertai skuad kebangsaan England, walaupun hanya selangkah sahaja lagi, namun kerana masalah kecederaan menghalang niat beliau.

Katanya, pemulihan beliau dalam masalah kecederaan yang beliau alami di musim lalu kini terbawa sehingga ke musim ini, walaupun secara dasarnya telah pulih dengan sepenuhnya.

Setelah terlibat sama dalam perlawanan pra-musim Liverpool, dan ada dimasukkan sebagai pemain gantian dalam 4 perlawanan terkini PL, tetap tidak dapat untuk membawa beliau lulus dalam sesi latihan pertama bersama England.

Namun, itu tidak menjadi satu halangan buat Lallana. Kerana tumpuannya kini lebih terarah kepada Liverpool.

A post shared by Adam Lallana (@officiallallana) on

Yang mana, beliau akan lebih bersedia kini untuk diturunkan bersama skuad Reds menghadapi perlawanan domestik mahupun cabaran Liga Juara-Juara.

Sangat jelas, untuk bulan September ini sahaja, jadual perlawanan begitu padat buat skuad bimbingan Klopp ini, jadi ini peluang untuk Lallana menonjolkan aksi hebat beliau, seterusnya cuba merebut kembali nama dalam skuad England untuk rehat antarabangsa yang berikutnya.

Musim masih panjang, banyak lagi sumbangan yang boleh dilakukannya. Kini, tumpuan beliau untuk Liverpool, cuba merebut seberapa banyak minit perlawanan.

Dengan melakukan yang terbaik, dan memberikan segala-galanya untuk rakan sepasukan, pengurusan dan juga buat penyokong.

Tidak kiralah, kelab mahupun negara adalah 2 perkara yang paling penting buat Lallana.

Lallana kini kembali ke Melwood dengan satu semangat baru yang membuak-buak. Namun dalam masa yang sama tidak akan lupa untuk tetap memberi sokongan padu kepada skuad Gareth dari jauh.

Mendoakan mereka yang terbaik, demi menjadi kebanggaan buat negara, England.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Instagram

#ynwa
#oncearedalwaysared🌹

Post Author: Sepet LMreds