Lallana vs Keita; Pilihan Klopp vs Peminat

Peminat Liverpool yakin bintang The Reds, Naby Keita bakal memainkan peranan yang lebih besar seperti sebelum-sebelum ini, namun ada antara mereka yang tidak mengharapkan perkara yang sama dari Lallana.

Keita yang versatil, agresif dan kegemaran Klopp sebelum ini, tidak boleh dinafikan bahawa ramai gemar dan mahukan dia diganti bermain dalam barisan serangan yang pantas dan padu.

Bagaimanapun, bos Liverpool itu percaya Lallana mempunyai peranan yang lebih besar untuk bermain buat masa akan datang dan dia mungkin bakal diturunkan dalam perlawanan menentang Wolves kerana Lallana dipercayai telah fit sepenuhnya.

“Adam (Lallana) sebenarnya dalam bentuk yang luar biasa. Dalam latihan itu sudah dekat, (sama ada) adakah kita memulakannya atau tidak.

“Adam adalah pemain yang selalu mahu, dia akan bermain empat perlawanan sehari jika dia boleh. Dia berada di peringkat terbaik sejak saya mengenalnya.

“Dia akan mempunyai sebahagian besar dalam musim kita, saya pasti.”

Peluang untuk pemain-pemain ini (Keita & Lallana) untuk mendapatkan lebih banyak masa permainan bergantung pada perlawanan Piala FA nanti, oleh itu, masing-masing menumpukan perhatian untuk menang pada pagi nanti.

Admin: Pemain cekap berusia 30 tahun atau pemuda tangkas berusia 23 tahun. Jangan risau, semestinya Klopp akan turunkan pemain yang betul-betul bersedia untuk perlawanan pagi nanti. Liverpool akan bertemu Wolves hari Selasa ini pada pukul 3.45 pagi waktu Malaysia.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : This Is Anfield/Echo

Post Author: Wade Wilson