Lazar Markovic Bakal Meninggalkan Liverpool – Destinasi Moscow

Beliau mungkin akan ke ibu negara Russia dengan Lokomotiv dan Spartak menunjukkan minat untuk mendapatkan pemain tersebut.

Markovic merupakan pemain yang tidak diperlukan dalam skuad Klopp di dalam pasukan, dan telah menerima hakikat bahawa beliau harus berpindah ke kelab lain Januari ini bagi memulakan semula perkembangan karier bolasepak beliau.

Liverpool menerima tawaran mana mana kelab yang mahukan khidmat pemain berusia 23 tahun ini, dengan kontrak beliau memasuki 18 bulan terakhir di Melwood.

Selain itu West Bromwich Albion, yang akan berdepan dengan skuad The Reds Sabtu ini dalam kempen FA Cup juga mempertimbangkan pilihan untuk mendapatkan khidmat beliau.

Markovic berpindah dari Benfica ke Liverpool dengan harga £20 juta pada 2014, namun persembahannya gagal menambat hati Jurgen Klopp.

Beliau telah menjaringkan 3 gol dari 34 penampilan pada 2014 2015, tetapi kali terakhir beliau bermain untuk Liverpool adalah kemenangan ke atas QPR pada Mei 2015.

Markovic akhirnya dipinjamkan ke Fenerbahce dan juga Sporting Lisbon, dan dipinjamkan sekali lagi ke Hull City pada pertengahan musim lepas.

Harapan beliau untuk mendapatkan perpindahan tetap ke Hull City tidak menjadi kenyataan apabila kelab itu disingkirkan dari Liga Perdana musim lepas.

Terdapat minat dari Watford, Fiorentina dan Zenit St Petersburg pada musim panas lepas, namun kelab itu tidak dapat memenuhi permintaan Liverpool yang mahukan £16 juta dari pemain tersebut atau mendapatkan secara pinjaman.

Satu satunya penampilan beliau bersama Liverpool musim ini adalah ketika aksi Carabao Cup pada September dan hanya memanaskan bangku simpanan.

Setakat ini Markovic masih berlatih bersama skuad utama Liverpool tetapi tiada bayangan beliau akan menjadi perancangan Klopp musim ini dan beliau mahukan cabaran baru di kelab lain.

ADMIN

Jika itu kehendak Liverpool dan beliau, mungkin beliau akan dilepaskan sebelum pintu perpindahan ditutup.

Sumber : James Pearce – Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman