Lebih Sekadar Kawan Ibarat Cinta Pandang Pertama Definisi Hubungan Wagner & Klopp

Kempen Perlawanan | Apa Kata Lawan : Hubungan Wagner Dengan Klopp Ibarat Cinta Pandang Pertama

Bos Huddersfield, David Wagner memberitahu FourFourTwo pertemuan dengan Jurgen Klopp ibarat, ‘cinta pandang pertama’.

Pasangan ini mula diperkenalkan pada tahun 1991, apabila Wagner yang berusia 19 tahun ketika itu menjadi rakan sepasukan Klopp di Mainz, dan mereka tetap menjadi kawan baik sehingga ke hari ini.

Mereka mula menjadi rakan lebih kurang selepas pertemuan pertama itu. Terus menjadi rakan sebilik, dan menghabiskan setiap detik bersama di persekitaran bolasepak.

Kemudian, mereka bekerjasama pula di Borussia Dortmund, dengan Wagner melatih pasukan simpanan BVB.

Rakan baik ini akan berjumpa untuk pertama kalinya di Anfield, dengan Terriers, kini berada ditangga ke-11 selepas permulaan yang mantap dalam Liga Perdana, hanya tiga mata di belakang Liverpool.

Setelah mencuri mata dari Crystal Palace dan Burnley dalam lawatan mereka ke laman lawan, Wagner sangat berharap pasukannya dapat membantu dia untuk mendapatkan satu daripada kawan baiknya sendiri.

Selepas memimpin Huddersfield dari tangga bawah Championship, sehingga ke tangga teratas dalam dua musim, perbandingan yang tidak dapat dielakkan telah dibuat antara beliau dengan kawan rapatnya Klopp.

Dan beliau sedar, perbandingan itu akan menjadi lebih besar menjelang pertembungan pertama mereka pada 28 Oktober.

Tetapi bekas pemain antarabangsa Amerika Syarikat ini, Wagner menegaskan dia tidak pernah terganggu dengan sebarang percakapan yang mengatakan dia adalah Klopp 2.0.

Yang mana sangat jelas, dia menganggap Klopp sebagai kawan dan bukannya saingan.

Terang Wagner, Klopp adalah kawan beliau, sama seperti di kawan beliau seperti 25 tahun yang lalu.

Bagi beliau sendiri, bukan sesuatu yang luar biasa kerana Klopp adalah seorang pengurus bolasepak. Jika Klopp tukang masak sekalipun, beliau masih akan menjadi kawan Klopp, dan akan masih mempunyai satu hubungan yang sama.

Wagner faham situasi sekarang yang dimainkan media.

Dengan dua kawan baik, bakal berentap dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris.

Jelas Wagner juga, beliau dengan Klopp lebih dari sekadar kawan baik. Boleh dikatakan hubungan mereka lebih mirip seperti ahli keluarga.

Sama-sama bekerja sebagai pengurus bolasepak, bekerja di England dan kini bekerja di Liga Perdana, jarak hanya 60 batu dari satu sama lain.

Jadi cerita ini hebat untuk diperkatakan media.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : FourFourTwo

#ynwa
#oncearedalwaysared🌹

Post Author: Sepet LMreds