Leon Goretzka Akan Membuat Keputusan Kariernya Pada Januari Nanti

Leon Goretzka menyatakan bahawa dirinya dalam ‘fas terakhir’ untuk membuat keputusan ke atas kariernya.

Pemain tengah Schalke ini bakal menamatkan kontrak bersama kelab itu pada musim panas akan datang, namun, destinasi kelab seterusnya masih tidak diputuskan oleh pemain antarabangsa Jerman ini.

Juventus, Bayern Munich, Liverpool, Tottenham, Arsenal dan Manchester United kesemuanya sedang memantau perkembangan pemain ini yang juga bolehlah dikatakan salah satu bakat muda terbaik di Bundesliga.

Schlake juga masih tidak berputus asa ke atas pemain ini dan dilaporkan telah menawarkan kontrak baru bernilai £150,000 seminggu untuk kekalkannya di Gsenkirchen.

Di tanya tentang masa hadapannya, Goretzka menjawab,

“Saya harus bertanyakan kepada dirinya tentang langkah seterusnya yang perlu dilakukan saya. Saya terpaksa untuk memikirkan berjuta perkara. Saya seorang yang teliti dalam membuat keputusan. Saya akan memikirkan semua senario. Jadi saya perlukan masa.”

Leon Goretzka ternyata tidak menyatakan apakah ‘objektif’ utamanya dalam perpindahan seterusnya samada duit, kelab, piala, negara, cuaca atau apa sahaja sebagai kecenderungannya untuk membuat keputusan lagi.

“Tiada sebarang garis masa (untuk membuat keputusan). Tetapi saya rasakan ianya di peringkat terakhir. Keputusan terakhir nanti adalah pada Januari nanti.”

Pada bulan lepas, pembantu Jerman, Oliver Bierhoff memberi pandangan tentang Goretzka yang akan menyertai beberapa nama bintang Jerman lain akan ke Liga Perdana Inggeis sebagai destinasi seterusnya.

GELSENKIRCHEN, GERMANY – OCTOBER 23: Leon Goretzka of Schalke shoots on goal during the Bundesliga match between FC Schalke 04 and 1. FSV Mainz 05 at Veltins-Arena on October 23, 2016 in Gelsenkirchen, Germany. (Photo by Dean Mouhtaropoulos/Bongarts/Getty Images)

Bercakap daripada segi kewangan, di Liga Perdana Inggeris sememanganya memiliki kewangan yang lebih kukuh berbanding Bundesliga seperti yang dinyatakan dalam temuramah bekas pemain Jerman itu sebelum ini bersama The Guardian.

Kami merasakan England, bukan hanya kepada jumlah wang yang dimiliki daripada penajaan televisyen, sahaja. Bakat muda seperti Leroy Sane dan Leon Goretzka yang berpindah ke England, tetapi ianya juga akan mengurangkan kualiti di liga sahaja. Namun, ianya akan memberi kesan kepada permainan kami nanti (skuad kebangsaan Jerman).”

Situasi Leon Goretzka adalah sama dengan pemain Liverpool, Emre Can yang turut akan menamatkan kontraknya bersama Liverpool pada Julai nanti. Dalam masa yang sama, Emre Can masih ‘tidak membuat keputusan’samada ingin meneruskan kontrak baru atau berpindah. Perbincangan masih dijalankan.

Ditulis oleh: Mohd Zahari (Bos LMreds)

Untuk (klik): Sila Like Facebook Liverpool Malaysian Reds &  Layari Web Liverpool Malaysian Reds

Related posts