Leroy Rosenior : Liverpool Akan Terlepas Untuk Mendapatkan Ryan Sessegnon

Bekas pemain Fulham ini turut mendakwa Spurs akan berjaya mendapatkan pemain muda tersebut.

Liverpool sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan pemain muda berusia 17 tahun yang kini bersama Fulham itu.

Pemain bek kiri dan juga pemain sayap kiri itu telah menarik perhatian beberapa kelab ternama England berikutan aksi memberangsangkan pemain muda itu bersama kelab beliau sekarang.

Setakat ini pemain itu telah menjaringkan 12 gol daripada 32 perlawanan di Liga Championship, walaupun lebih banyak beraksi di bahagian pertahanan.

Sebelum ini beliau telah dikaitkan dengan beberapa kelab sebelum menandatangani kontrak profesional bersama Fulham – dan sekarang timbul lagi cerita bahawa pemain itu bakal meninggalkan kelab tersebut.

Liverpool juga telah menamatkan pemburuan terhadap pemain itu apabila beliau berhasrat untuk kekal di London buat masa sekarang.

Namun Leroy Rosenior berpendapat perbincangan dengan beberapa kelab mungkin akan berlaku – dan menyatakan bahawa Spurs akan berjaya mendapatkan pemain tersebut.

Menurut Rosenior dalam Totally Football Show :

“Saya berpendapat penjanjian bakal termeterai untuk Ryan telah berlaku dengan pasukan itu telah mendapatkan beliau”.

“Khabar angin menyatakan beliau akan ke Spurs. Namun kelab lain masih berpeluang untuk mendapatkan khidmat beliau”.

“Beliau kekal di Fulham sebelum berpindah musim panas depan. Masa depan beliau sudah tertulis”.

ADMIN

Difahamkan daripada James Pearce – Echo, apabila Ryan Sessegnon berhasrat untuk kekal di Fulham maka Liverpool beralih ke pemain sasaran seterusnya iaitu Andrew Robertson.

Jadi adakah ianya masuk akal dengan 2 pemain bek kiri sedia ada + 1 pemain muda? Tidak sama sekali.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman