Ligue 1 Membuka Siasatan Mengenai Aduan Mario Balotelli

Bekas penyerang Liverpool ini dikatakan telah menerima cemuhan berbau perkauman oleh penyokong Dijon.

Menurut laman rasmi Ligue 1, difahamkan hasil siasatan itu dijangka selesai pada 15 Mac 2018.

Kelab Nice menyatakan bahawa Mario Balotelli telah dilayangkan kad kuning akibat mengadu kepada pengadil bahawa beliau telah dicemuh secara perkauman ketika perlawanan menentang Dijon pada 10 Februari. Namun pengadil perlawanan Nicolas Rainville mendakwa beliau tidak mendengar apa apa penghinaan atau cemuhan yang datang dari penyokong Dijon.

Beliau telah dilayangkan kad kuning pada minit ke 74 perlawanan, dengan keputusan perlawanan itu berakhir dengan kemenangan tuan rumah 3 – 2.

Pada Januari 2017, beliau turut menyatakan aduan yang serupa dari penyokong Bastia bahawa sebahagian penyokong tersebut telah melaungkan bunyi seperti monyet ketika perlawanan tersebut.

Balotelli adalah anak kepada imigran Ghana yang berhijrah ke Itali.

ADMIN

Let’s Kick Out Racism Out Of Football.

Sumber : Sky Sports

Post Author: Mohd Nuruzzaman