“Live Screening & Bersahur” Sempena Final UCL Di 10th Street Cafe, Kota Kinabalu, Sabah

Peminat Liverpool sekitar Kota Kinabalu dan Sabah secara amnya dijemput untuk menyaksikan perlawanan siaran langsung ‘layar besar’ dan bersahur pada 27 Mei 2018 ini.

Acara ini merupakan kali keduanya yang dianjurkan oleh Peminat Liverpool Sepanggar Reds setelah perlawanan menentang Man United tempoh hari, dan sekali lagi pihak pemilik restoran dan ahli Sepanggar Reds bersetuju untuk mengadakan sekali lagi ‘live screening’ khas ini bersempena dengan perlawanan akhir UCL melibatkan Liverpool dan juga Real Madrid.

Untuk peminat Liverpool yang beragama Islam, pastikan juadah untuk bersahur juga disediakan pada kadar bayaran yang berpatutan sekaligus memeriahkan perlawanan ini yang akan berlangsung tepat pada jam 2.45 pagi waktu tempatan.

Berikut adalah beberapa foto mengenai kawasan persekitaran restoran milik saudara Adam Morello ini dan beberapa aktiviti lepas yang melibatkan penyokong Reds.

Ahli ahli Sepanggar Reds
Keadaan di luar cafe bersama ahli ahli Sepanggar Reds
Latar belakang restoran bersama sama pemilik cafe, saudara Adam Morello
Lokasi The 10th Street Cafe menerusi Goggle Map.

Untuk pertanyaan lanjut, anda boleh berhubung dengan pemilik The 10th Street Cafe, saudara Adam Morello di talian 014 – 3735450.

ADMIN

Admin turut berada di sana bagi untuk beramah mesra dan membantu pihak penganjur bagi memastikan kelancaran aktiviti ini.

Jumpa anda di sana dan sama sama memeriahkan malam kegemilangan Eropah di 10th Street Cafe. YNWA.

Related posts