Liverpool 1 Crystal Palace 0 : Analisa Perlawanan

Mari kita merungkai kembali analisa keseluruhan yang telah diberikan khas untuk peminat Liverpool.

Sebelum itu, jika anda terlepas analisa berdasarkan statistik, klik:

https://www.liverpoolmalaysianreds.com/liverpool-1-crystal-palace-0-analisa-statistik/

BARISAN YANG DITURUNKAN

Jurgen Klopp membuat kejutan setalah melakukan 5 pertukaran sekaligus memberi ‘kata-kata nista’ oleh peminat. Pada awalnya, Paul Joyce menyatakan bahawa Sadio Mane bakal tidak diturunkan, ianya memberi ‘kegelisahan’ kepada peminat terutama pemain Football Fantasy.

Ya, Klopp menukarkan Sturridge, Milner untuk digantikan dengan Emre Can dan Mo Salah untuk bahagian serangan. Manakala untuk bahagian pertahanan, menukarkan Klavan untuk Lovren, Gomez untuk Arnold dan Robertson untuk Moreno.

Bagi Palace, ketiadaan Zaha kerana cedera memberi kelebihan kepada Liverpool kerana ‘kelajuaan’nya mungkin beri satu impak besar kepada Liverpool. Rata-rata Palace menurunkan pemain yang terbaiknya di pimpin oleh Christian Benteke di barisan serangan.

FORMASI

Liverpool menggunakan formasi 4-3-3 dengan Hendo sebagai ‘deep playing playmaker’ di bahagian tengah. Milner menjadi ‘box to box player’ dan Wijnaldum lebih ‘advance’. Di bahagian serangan Sturridge memimpin bahagian serangan dibantu oleh Sadio Mane dan Roberto Firmino yang meng’apit’nya di kiri dan kanan bahagian serangan.

Untuk pertahanan pula, Gomez diberikan tanggungjawab bersama Robertson untuk mengemudi bahagian bek kanan dan kini. Klavan merupakan direct ‘replacement’ kepada Lovren.

Bagi Palace, mereka menggunakan formasi 3-4-3 dengan Milihovejic diletakkan sebagai ‘false center back’ di tengah-tengah pertahanan. Selebihnya, Benteke mengemudi barisan serangan dengan bentuk ‘anak panah’ atau ‘christmas tree’.

TAKTIKAL

Liverpool merekodkan 740 hantaran dengan 600 daripadanya adalah hantaran yang pendek. Hanya rekodkan 20 hantaran lintang dan 2 through pass.

Berbanding dengan Palace yang mana hampir 100 hantaran adalah hantaran panjang daripada 200 hantaran keseluruhannya. Ini menunjukkan bahawa Palace bermain lebih ‘direct’ atau istilah lama ‘long ball’ pada keseluruhan perlawanan.

Liverpool dominan untuk melakukan serangan di sebelah kiri terutama menggunakan khidmat Robertson dan Milner. Berbanding Palace yang lebih menggunakan keseluruhan padang.

ANALISA KESELURUHAN

ANALISA 1 : ROBERTSON MUNGKIN ‘MATCH OF THE MATCH’ YANG SEBENAR

Mungkin kebanyakan peminat akan mengatakan MOTM pada kali ini jatuh kepada Sadio Mane kerana pengaruh ‘gol’ memberikan 3 mata kepada Liverpool.

Tetapi secara keseluruhannya anda, ada perspektif yang berbeza.

Robertson melakukan debutnya daripada pembelian di Hull pada musim ini. Bertujuan untuk mengatasi masalah bek kiri kerana sebelum ini dipelopori oleh James Milner. Dalam perlawanan ini, Robertson telah rekodkan 134 hantaran dengan 87% ketepatan hantaran. Ini adalah hantaran terbanyak yang dilakukan oleh pemain Liverpool.

Bukan itu sahaja, Robertson telah rekodkan 20 hantaran lintang. Mujurlah Joel Matip tidak berjaya menanduk atau menanduk sambil ‘pejam mata’. Jika tidak pasti Robertson merekodkan ‘asisst’ untuk perlawanan ini.

Robertson juga berjaya lakukan 1 terjahan, 1 ‘interception’ dam 1 ‘clerance’ yang penting untuk membantu bahagian pertahanan.

Tampak secara pemerhatian kasar, Robertson mempunyai ‘sense of tactical’ yang lebih baik daripada Moreno. Tahu untuk naik ke atas bantu serangan dan lebih memberi keutamaan dalam aspek pertahanan.

Jika sekurang-kurangnya prestasi Robertson ini kekal, maka anda boleh menarik nafas lega untuk bahagian pertahanan bek kiri.

ANALISA 2 : SADIO MANE LEBIH “DISUKAI’ BERBANDING COUTINHO?

Siapa yang memerlukan Coutinho jika anda dapat lihat Sadio Mane melakukan aksi ini setiap minggu bukan? Sadio Mane tetap menjadi tunjang. Jika dilihat melalui statistik, Mane hanya merekodkan 78 hantaran dan hanya 81% ketepatan dengan hampir 10 kali kehilangan bola- merupakan tertinggi untuk pemain Liverpool.

Tetapi, daripada satu sudut yang lain, Mane lakukan segalanya yang terdaya untuk Liverpool tanpa rasa penat, bosan atau cepat mengalah.

Jika dilihat daripada sudut gol tersebut dijaringkan, ianya mempunyai elemen ‘composure’, ‘alertness’ dan ‘aggresive’, Jika Sadio Mane tidak terus melakukan larian maka mungkin sia-sia sahaja peranan Solanke ‘pressing’ dan merampas bola. Jika Sadio Mane melakukan ‘straight line run’, mungkin Mane akan berada dalam perangkap ofsaid. Bukan stakat keazaman sebenarnya, tetapi tertmasuk kebijaksanaan dalam bola sepak untuk line ‘in depth run’ supaya tidak terperangkap dalam ofsaid.

Ini adalah rekodnya terbaik bagi Mane kerana kali pertama ‘back to back’ score dalam jersi Liverpool sejak berpindah ke Anfield musim lepas.

Di harapkan banyak lagi akan berlaku nanti.

ANALISA 3 : ‘ROTATION’ & ‘SQUAD DEPTH’

Anda tidak akan menang sebarang piala dengan hanya mempunyai 11 pemain terbaik di dunia sekalipun. Ini kerana setiap pemain akan melalui tempoh kecederaan, penggantungan, penurunan prestasi atau moral dan apa sahaja.

Oleh yang demikian, anda memerlukan sekurang-kurangnya 18 pemain terbaik dalam skuad anda untuk dilakukan rotasi.

Pada kali ini, perlawanan Hoffenheim menjadi satu lagi fokus utama Jurgen Klopp sebenarnya. Disebabkan itu, berlakulah 5 pertukaran yang tidak disangka-sangka langsung berlaku.

Pun begitu, ‘rotation’ yang dilakukan menunjukkan ‘squad depth’ kita sekurang-kurangnya lebih baik daripada musim lepas. Liverpool walaupun mengggunakan ‘debutant’ seperti Robertson atau ‘kelahiran semula’ Joe Gomez, termasuk ‘comeback’ daripada Milner sebagai pemain tengah, ini menunjukkan Liverpool agak kuat berbanding musim lepas.

Saya tidak berani katakan kumpulan ini mempunyai kekuatan untuk juara sebarang piala jika dibandingkan dengan Chelsea, Man City, Arsenal, Man Utd atau Spurs. Cukuplah sekadar mengatakan ‘squad depth’ kita lebih bagus daripada Liverpool 2016/17.

ANALISA 4 – BUKAN HENDO TIDAK EFEKTIF, HANYA WIJNALDUM SAHAJA ‘AGAK TIDAK BERPRESTASI BAIK’

Dalam 3 pemain tengah, tentunya Milner ‘terselamat’ daripada netizen yang mengkritiknya. Rata-rata semuanya mempertikaikan fungsi Wijnaldum sebenarnya. Agak benar daripada pemerhatian dan statistik bahawa Wijnaldum agak ‘diam’ sekalilagi dalam perlawanan ini. Prestasi yang ‘sejuk’ untuk 3 perlawanan berturut=-turut. Dan ada juga mempertikaikan fungsi Wijnaldum diturunkan. Kesemua itu tampak benar.

Berdasarkan statistik, Wijnaldum rekodkan hanya 37 hantaran, yang hanya Sturridge (33) dan Mignolet (27) sahaja lebih rendah daripadanya. Sebagai seorang pemain tengah yang lebih ‘advance’ secara puratanya pemain tengah termasuk Firmino & Mane berjaya melakukan sekitar 60 – 90 hantaran. Nampak jelas bahawa Wijnaldum seolah-olah ‘tiada dalam padang’. Wijnaldum juga tidak melakukan sebarang keypass atau cross selain daripada hanya 1 gelecek yang berjaya dilakukan.

Untuk membantu pertahanan, Wijnaldum hanya rekodkan 1 sahaja tanpa sebarang clearance atau interception mahupun ‘block’.

Berbanding dengan Henderson, fungsinya lebih kepada mengawal perlawanan atau ‘controller’ dalam padang. Tugasan utamanya adalah untuk menahan asakan lawan dan merupakan punca kepada serangan daripada Liverpool.

Hendo 98 hantaran, ketiga tertinggi untuk pasukan. Yang menjadi kerisauan banyak peminat adalah kerana penurunan hantaran yang dilakukan oleh Henderson. Sebelum ini, secara purata hantaran tepat Hendo adalah 82%. Dan untuk perlawnaan lepas, Hendo hanya merekodkan 74% sahaja. Pun begitu, daripada statistik memang ada penurunan. Tapi daripada dimensi persepektif yang lebih besar, peranan Hendo bukan hanya melakukan ‘side pass’ sahaja.

Pada masa kini, Hendo ditugaskan untuk menghantar bola lebih jauh ke hadapan dan ke sayap demi untuk membuka ruang dan serangan. Bukanlah seperti musim terdahulu yang mana Hendo akan melakukan hantaran yang lebih ‘mudah’ sahaja. Kebanyakan hantaran di arahkan ke ‘corner flag’ mencari Mane atau Firmino (salah juga) atau terus mencari Sturridge (Firmino jika formasi asal). Dalam pada itu, Hendo berjaya rekodkan 1 keypass dan 1 cross.

Apa yang mustahak lagi, Hendo melakukan 4 terjahan daripada 5 yakni 80% peratusan terjahan berjaya dilakukan. 3 interception dan 2 block, masing-masing adalah yang tertinggi untuk pasukan Liverpool selain tambahan 1 clearance.

Jika anda masih ‘pesimis’ data yang diberikan tidak akan membantu mengubah persepsi anda. Dan benar bahawa Hendo agak muram dalam 2 perlawanan lepas. Bagi perlawanan ini, Hendo meningkatkan permainan dan ‘one of best performer’ (no 4 terbaik bersama Milner) jika dinilai daripada rekod statistik rating, Whoscored.

ANALISA 5 – PERTUKARAN TAKTIKAL KLOPP MENGHASILKAN GOL

Pada awalnya memang Liverpool menggunakan formasi 4-3-3, jika anda perasan, Klopp menukarkan Sturridge dengan Salah dan memasukkan Solanke untuk Wijnaldum. Ini pada asasnya menukar sedikit corak formasi menjadi 4-2-4 atau 4-2-2-2 untuk mengasak pertahanan Palace.

Milner dan Hendo bertukar ‘role’ dengan Hendo lebih terkahadapan manakala Milner lebih ke ‘bawah’. Solanke dan Firmino berada di ‘top’, dan Salah bersama Mane masning-masing melakukan ‘harrasment’ di kiri dan kanan bahagian serangan.

Palace menggunakan taktikal 3-4-3 dengan menggunakan wing back bagi membentuk 5 backline untuk bertahan. Namun, secara puratanya. Palace menggunakan taktikal 4-5-1 dalam kebanyakan waktu. Milihovejic digunakan sebagai ‘false CB’ yang mana pemain ini bukanlah ‘pure CB’. pemain ini akan menjadi pemain tengah dalam kebanyakan waktu dan hanya turun kebawah membentuk 3 CB jika bertahan.

Secara keseluruhannya, taktikal ini berjaya hinggalah Klopp menukar Lovren demi untuk memberi kestabilan di bahagian belakang supaya tidak lagi kehilangan 2 mata lagi. Klopp berjaya menewaskan ‘compact tactical’ yang direncanakan oleh Frank De Boer.

ANALISA 6 : PERANAN JOE GOMEZ & MILNER AKAN MENJADI LEBIH BESAR

Joe Gomez lakukan debutnya dalam kesebelasan utama untuk perlawanan kompetitif Liverpool selaku bek kanan buat pertama kalinya. Sebelum ini, Joe Gomez sering menjadi ‘2nd choice’ untuk bahagian bek tengah atau bek kanan.

Dengan prestasi pada malam tadi, pastinya anda tidak akan takut sekiranya Joe Gomez diturunkan lagi.

Sama seperti Gomez, Milner telah mungkin 3 kali diperkenalkan sebagai pemain tengah dan tidak lagi sebagai bek kiri. Waktu ini Milner mungkin bukanlah kesebelasan utama jika Coutinho dan Lallana telah pulih daripada kecederaan masing-masing.

Namun, sekurang-kurangnya melihat kepada keseimbangannya bersama Hendo, mungkin boleh menjadi satu senjata nanti pada masa akan datang.

Secara keseluruhannya, Liverpool ‘deserved’ untuk menang dan sebenarnya Palace ‘tidak deserved’ untuk kalah. Tetapi untuk kali ini, mungkin Liverpool lebih ‘bertuah’ mendapatkan gol dan memenangi 3 mata penting. Dan ini mungkin disebabkan k’kesabaran’ yang tinggi menjadi kunci utama dalam perlawnaan ini.

Related posts