Liverpool 1 Crystal Palace 0 : Analisa Statistik

Liverpool telah mendapatkan 3 mata penuh di Anfield untuk kemenangan pertama liga pada musim ini. Statistik keseluruhan adalah seperti berikut:

STATISTIK PASUKAN

Untuk ini 5 pemain yang berprestasi tinggi adalah seperti berikut:

5 PEMAIN TERBAIK

‘Rating’ yang dikeluarkan melalui Whoscored:

‘RATING PEMAIN’

TAKTIKAL LIVERPOOL

Pada amnya Liverpool bermain dengan 4-3-3. Membuat 5 pertukaran dengan menggantikan Robertson untuk Moreno, Klavan untuk Lovren, Sturridge untuk Emre Can, Gomez untuk Arnold dan Milner untuk Salah.

Walaupun Robertson melakukan pertukaran untuk bek kiri dan kanan, namun, ‘approach’-nya masih sama. Robertson lebih ke hadapan atau ‘attacking’, tetapi Gomez akan ‘sedikit’ defensif di belakang.

Masih menggunakan Jordan Henderson sebagai ‘deep playing playmaker’ dan bukan ‘pure DM’ seperti Matic. Manakala Milner akan mengawal atau ‘cover’ untuk Henderson di bahagian tengah.

‘Front 4 yang lain’ seperti Wijnaldum, Firmino, Mane, Sturridge akan bertukar-tukar posisi untuk melakukan ‘penetration’ di bahagian tengah atau di kawasan kotak penalti.

Manakala Crystal Palace menggunakan formasi 3-4-3 dengan Ward serta Aanholt bertindak sebagai wing-back membentuk formasi 5 back line terutama ketika menyerang. Ianya bagi mengekalkan keseimbangan dan ‘mengawal’ serangan daripada Liverpool khasnya.

Pun begitu, pada keseluruhannya, Crystal Palace membentuk formasi 4-5-1 atau 5-4-1 dimana Milosevic adalah benar-benar berada di tengah dan bukanlah bertindak sebagai ‘pure CB’. Pada asasnya, Milosevic akan bertindak sebagai ‘DM’ dalam ‘line up’ di back line.

HANTARAN

Jika dilihat Liverpol lakukan sekitar 740 hantaran dan hanya 22 kali hantaran lintang dan 2 ‘hantaran through pass’. Merekodkan hanya 56 hantaran ‘long ball’ sahaja selebihnya (660) adalah hantaran pendek.

Di sini dapat dilihat bahawa Liverpool akan sentiasa untuk melakukan hantaran yang ‘mudah’ dan ‘less risky’ untuk pengawalan bola di padang. Memang benarlah Jurgen Klopp memanipulasikan keadaan padang yang baru.

Hantaran tersebut pula 50% tertumpu di bahagian kiri yang ditunjangi oleh Robertson dan Milner khasnya.

Berbanding dengan Crystal Palace yang hanya merekodkan 287 hantaran, 94 daripadanya adalah hantaran panjang atau ‘long ball’ dan 6 daripadanya adalah hantaran lintang.

Ini menunjukkan bahawa Crystal Palace lebih gemar untuk melakukan ‘direct approach’ atau ‘direct tactical’ dimana bola akan dihantar ke hadapan dengan lebih jauh. Ini adalah ‘traditional England Tactic’ pada asasnya, walaupun Frank De Boer adalah boleh dikatakan mempunyai ‘total football minded’.

Pun begitu, itu mungkin memanipulasikan kekuatan sedia ada yang daripada Christian Benteke, dan kelajuan Puncheon dan Townsend.

STATISTIK PEMAIN ELEMEN SERANGAN & BERTAHAN

KEY PERFORMER

ANALISA STATISTIK

RAGNAR KLAVAN ‘RATING TERTINGGI’ , MATIP HANYA ‘BIASA

Mungkin dalam banyak penilaian, ramai tidak akan memberi kredit yang tinggi kepada Klavan. Namun, untuk debut bersama Liverpool dalam musim ini, Klavan dirasakan perlu diberi penghormatan.

Jumlah yang tertinggi untuk perlawanan dimiliki oleh penjaga gol Crystal Palace, yang mana Klavan merupakan kedua tertinggi serta paling terbaik dalam rating pemain Liverpool.

Apa yang dapat dilihat paling ketara adalah Klavan memenangi beberapa elemen statistik:

Perebutan Udara : 7 (1st)
‘Clearance’ : 4 (1st)
Peratusan Hantaran Sempurna : 92% (1st)

Selain itu, Klavan telah rekodkan 1 terjahan daripada 2 yang dilakukan (50%), 3 gelecek (2nd) dan jumlah hantaran ketiga tertinggi dengan 96 hantaran.

Matip mungkin secara statistiknya tidak begitu menonjol dengan hanya merkodkan 90 hantaan, 88 % hantaran tepat (2nd), dan 1 keypass. Walaupun mencuba untuk lakukan 6 terjahan, tetapi hanya rekodkan 1 terjahan yang berjaya. Untuk interception dan clearance keduanya Matip rekodkan satu setiap elemen.

Mungkin yang boleh dibanggakan adalah dalam elemen perebutan diudara, apabila Matip merekodkan 6 perebutan yang dimenanginya, kedua terbanyak untuk pasukan Liverpool. Untuk elemen serangan 1 percubaan, jika anda ingat ketika tandukan, mungkin ‘Matip’ memejam mata ketika itu.

ANDREW ROBERTSON & GOMEZ MILIKI PERLAWANAN SEMPURNA

Debut yang dilakukan oleh Robertson secara statistiknya dan permerhatian kasar adalah sempurna. Mana tidaknya, Robertson telah rekodkan hantaran terbanyak dengan 134 hantaran, 87% (3rd) hantaran tetap dengan 10 hantarannya adalah hantaran lintang, jumlah hantaran tertinggi selepas Milner dengan 6 hantaran. Dengan merekodkan 3 keypass yang terbanyak di pasukan, ini menjadikan Robertson begitu ampuh untuk serangan.

Untuk pertahanan pula, Robertson hanya berjaya rekodkan 1 terjahan daripada 3 yang dilakukan. Pun begitu, telah lakukan 1 rampasan bola dan satu ‘clearance’. Tidak mempunyai sebarang rekod dalam perebutan bola diudara.

Ini menjadikan Robertson agak ampuh bagi membantu serangan dengan kestabilan yang lebih tinggi dan tidak terlalu ‘advance’ hingga sering daripada ‘radar untuk bertahan’. Robertson mempunyai pemikiran ‘taktikal’ yang baik, terutama untuk naik dan turun mengikut situasi.

Rakan sepasukannya di bek kanan, turut melakukan debutnya. Gomez berjaya lakukan 1 dribble dan 1 keypass untuk eklemen serangan.

Manakala untuk bertahan, Gomez melakukan terjahan yang sempurna 100% yang tertinggi untuk pasukan dengan 4 terjahan (3rd). Tambahan 1 rampasan bola dan 1 pengeluaran bola di kawasan berbahaya termasuk 1 kemenangan di udara.

WIJNALDUM ‘AGAK TERUK’, HENDO & MILNER BANTU SESAMA LAIN

Jika dilihat secara taktikalnya, Wijnaldum diletakkan lebih terkehadapan dalam membantu serangan. Pun begitu hanya berjaya lakukan 2 shot an hanya 1 on target.

Jumlah hanyara yang kedua terendah selepas Sturridge tanpa dihitung penjaga gol dengan hanya 37 hantaran. Kesempurnaan hantaran sebanyak 32% tidak memberi banyak makna yang besar.

selebihnya 1 gelecek yang berjaya dilakukan. Mungkin Wijnaldum boleh berbangga dengan rekod 100% tackle tetapi hanya melakukan 1 terjahan berbanding Hendo ( 4 daripada 5) dan Milner (1 daripada 3). Ditambah 1 ‘block’ tanpa sebarang interception dan clearance.

Walaupun Hendo dilihat tidak ‘sempurna’ di mata peminat, namun, sebenarnya Hendo ‘agak efektif’untuk menyerang dan bertahan. Hendo telah lakukan 1 rembatan daripada 1 (100%) dengan 98 hantaran, ketiga tertinggi dalam perlawanan. Walaupun tampak peratusan hantaran hanya 77%, tetapi jika dinilai daripada ‘cara hantaran’ ianya lebih kepada ‘hantaran serangan’ atau ‘direct pass’ kepada Sadio Mane, Firmino atau Sturridge. Selebihnya menambah 1 hantaran lintang dan 1 ‘keypass’.

Bagi elemen untuik bertahan, inilah yang terbaik untuk Hendo. Berjaya rekodkan 4 terjahan, kedua tertinggi dalam pasukan daripada 5 terjahan keseluruhan. Melakukan 3 interception yang tertinggi di pasukan dan 2 block turut tertinggi i perlawanan.

Hendo dan Milner masing-masing merekodkan 2 kemenangan perebutan di udara.

Untuk Milner, berjaya rekodkan 1 rembatan daripada 2 rembatan dengan jumlah hantaran kedua tertinggi selepas Robertson. Selain itu, Milner juga rekodkan hantaran kedua tertinggi dengan 6 hantaran, juga selepas Robertson.

Kelihatan Milner lebih efektif membantu serangan dan Hendo agak efektif membantu bahagian pertahanan.

SADIO MANE & FIRMINO BAGUS, HANYA STURRIDGE ‘KURANG MENYENGAT’

Untuk serangan Mane dan Firmino melakukan jumlah percubaan yang sama dan ‘on target’ yang sama dengan 3 daripada5 yang teringgi untuk pasukan. Berbanding Sturridge hanya rekodkan 1 daripada 2 rembatan. Ketiga-tiga pemain ini hanya merekodkan hantaran sekitar 60-80 hantaran, tetapi Sturridge kelihatan agak teruk dengan hantaran sebanyak 33 sahaja (78% kesempurnaan hantaran).

Hanya bahagian gelecek, Sturridge boleh mendabik dada kerana mempunyai jumlah yang terbanyak sama seperti Mane dengan 4 berbanding Firmino, kedua terbanyak dengan 3 (bersama Robertson). Kedua pemain ini turut merekodkan jumlah melepas bola yang besar masing-masing Sadio (10) dan Sturridge (5).

Hanya Mane merekodkan jumlah hantara lintang dengan 3 berbanding ketiga-tiga pemain yang lain. Sturridge juga rekodkan 1 ‘keypass’ berbanding Mane dan Sturridge masing-masing rekodkan 1 sahaja keypass.

Bagi elemen bertahan, Firmino telah berjaya lakukan 1 terjahan daripaada 5 berbanding Sturridge. Mane pula rekodkan100% tackle (1 daripada 1). Dan kesemua pemain ini kurang melakukan bentesan yang tepat.

PENUTUP

Secara keseluruhannya, Liverpool berhak menang walaupun disipilin yang tinggi ditunjukkan oleh Crystal Palace ‘tidak berhak’ untuk kalah dalam perlawnaan ini.

Post Author: Bos LMreds