Liverpool 1 Crystal Palace 0 : Reviu Perlawanan

Liverpool telah mencatatkan kemenangan pertama untuk musim 2017/18 dengan kemenangan ke atas Crystal Palace.

Lebih manis lagi, ianya dilakukan di padang rumput baru di Anfield.

Bagaimana Hidup Liverpool Tanpa Sadio Mane?

Pemain Senegal berusia 25 tahun sekali lagi menjadi “highlight” dalam perlawanan ini.

Kalau perlawanan pertama menjaringkan gol penyamaan di Vicarge Road, kali ini menjaringkan gol kemenangan bagi Liverpool tatkala Liverpool dalam kebuntuaan.

Jangan juga dilupakan bahawa Sadio Mane jugalah penyebab sepakan percuma, Arnold Trent dan sepakan percuma pantas hingga James Milner jaringkan gol.

Baru sahaja pulih dari cedera dan baru sahaja 3 perlawanan kompwtitif bertukar posisi dengan Salah, Sadio Mane adalah MOTM.

Robertson Tunjukkan Tugas Bek Kiri Efektif

Anda sebenarnya tidak perlu kelajuan semata-mata untuk menjadi Efektif di bahagian Kiri.

Andrew Robertson menunjukkan bahawa anda harus menyempurnakan tugasan utama anda terlebih dahulu, iaitu bertahan.

Robertson dalam debutnya bersama Liverpool Kali ini, menunjukkan “tactical awareness” yang tinggi.

Pemain ini tidak akan berlari kehadapan setiap masa dan hanya akan berlari jika perlu.

Hantaran lintang yang berbahaya, itulah Satu lagi elemen yang tidak dipunyai oleh Alberto Moreno.

Mujur Joel Matip menanduk sambil “pejam” mata, jika tidak, pasti rekodkan ciptaan gol “assist” dalam debut nya.

Ada ketika, Robertson agresif dalam terjahan dan Ada ketika menunggu sahaja untuk tidak memberi ruang pemain lawan melepasinya.

Untuk prestasi debut, mungkin 7 daripada 10.

“Squad Depth Yang Semakin Baik”

Jika anda bukan penyokong Liverpool, pasti anda mengatakan, “ah teruknya Liverpool main”.

Agak buntu tetapi di Satu sudut, ianya adalah sangat positif.

Tanpa Lovren, Emre Can, Trent dan Salah, sekurang-kurangnya Liverpool lancarkan serangan walaupun buntu. Dan Crystal Palace tidak dapat peluang yang banyak.

Dengan kemasukan Mo Salah dan Solanke, ianya menunjukkan Liverpool tidak perlu lagi mengharapkan Seryi Ojo, Woodburn atau Ryan Kent untuk membuat “magis”-nya.

Perlu juga diingat, perlawanan ini adalah tanpa Philippe Coutinho.

Liverpool menunggu Hoffenheim dalam skuad yang Tanpa kecederaan. Ditambah cergasnya Daniel Sturridge & mungkin Philippe Coutinho selepas ini.

Tiada Lagi Syurga Buat Palace Di Anfield

Dalam 3 musim yang lepas, Liverpool tewas semuanya di Anfield apabila bertemu dengan Palace.

Christian Benteke sentiasa menjadi duri dalam daging dan hampir menjaringkan gol.

Mujur hantaran daripada “hug line” Puncheon tidak disudahkan dengan sempurna. Jika tidak Satu episod malang yang berterusan untuk Liverpool.

Ketiadaan Zaha juga memberi kelegaan kepada barisan Liverpool, khasnya bek yang “baru” dibarisi oleh Klavan Dan Robertson.

Untuk pertama kalinya, Liverpool mendapat 3 mata menentang Palace, bukankah itu lebih bagus bukan?

Secara keseluruhannya, Liverpool berjaya mendapat mata.

Mata yang diperolehi dengan pemain sekunder.

Pemain sekunder Dan pemain utama tiada yang cedera dan rehat secukupnya.

Rehatlah secukupnya peminat, Dan Kita menanti Hoffenheim Khamis nanti!

Related posts