Liverpool Akan Ke Marbella Untuk Kem Latihan Sebagai Persediaan Untuk Final UCL

Mereka akan berada di sana selama 4 hari dengan fokus untuk menghadapi Real Madrid.

Skuad Reds akan berlepas ke Spain hari ini setelah diberikan cuti selama 2 hari, setelah menumpaskan Brighton 4 – 0 di Anfield pada hari terakhir kempen EPL 2017 2018.

Sebelum ini, Liverpool pernah mengadakan kem latihan di Costa Del Sol dalam minggu yang panjang setelah mereka tersingkir dari persaingan FA Cup pada Februari lepas. Sekembalinya mereka dari sana, mereka membelasah West Ham United 4 – 1 di Anfield.

Selain daripada berlatih di suasana persekitaran yang lebih hangat dan dapat menggunakan fasiliti terbaik di Marbella, Klopp juga mahukan perubahan suasana latihan untuk membolehkan anak buahnya fokus dalam menentang Real Madrid di perlawanan akhir tersebut.

Pengurus itu menyatakan ia lebih kepada kerjasama sepasukan selain daripada perubahan corak taktikal yang bakal dilakukan.

James Milner difahamkan akan turut serta ke Spain setelah mengalami sedikit kecederaan ketika menentang Brighton. Difahamkan kecederaan beliau tidaklah serius mana yang dijangkakan sebelum ini.

Mereka akan kembali ke Merseyside pada hujung minggu. Hari media untuk perlawanan akhir UCL akan diadakan pada Isnin dengan sesi latihan dan sidang media oleh Klopp dan dua pemainnya.

ADMIN

Liverpool memang benar benar fokus untuk perlawanan akhir ini. Bring it on REDS! YNWA.

Sumber : James Pearce – Echo

Related posts