Liverpool Akan Membuat Keputusan Yang Besar Mengenai Loris Karius Setelah Ketibaan Alisson

Kemungkinan pilihan penjaga gawang Liverpool akan dirombak sekali lagi.

Menurut laporan Simon Mignolet dan Loris Karius mungkin boleh dijual oleh Jurgen Klopp pada musim panas ini dimana The Reds ketika ini sedang membuat rombakan hebat diposisi penjaga gol Liverpool terus berlanjut.

Alisson memulakan hidupnya di kelab barunya pada hari Isnin, setelah tiba di Evian untuk minggu yang sengit untuk membuat persiapan pramusim sebelum musim baru bermula.

Pemain berharga £ 65juta itu sungguh mengujakan dalam sesi latihan pertamanya, menarik perhatian dimana ianya mengejutkan Marko Grujic semasa latihan.

Mignolet dijangka berpindah pada musim panas ini, Besiktas dan Barcelona antara kelab yang berpotensi untuk mendapatkannya, dengan Karius pula dijangka akan bermain sebagai penjaga gol kedua di bawah Klopp.

Walau bagaimanapun, Telegraph menyatakan bahawa Bayer Leverkusen telah meletakkan Karius sebagai senarai sasaran yang berpotensi ketika ini kerana mereka berusaha untuk menggantikan Bernd Leno yang berpindah ke Arsenal setelah Karius yang telah kehilangan tempatnya sebagai nombor 1 pada musim panas ini setelah kehadiran Alisson.

Walaupun Klopp menganggap Karius sebagai pilihan kedua, namun penjaga gol dari Jerman itu kelihatan sukar apabila bercakap secara terbuka mengenai ketidakpastian masa depannya.

Dan sekarang kepentingan Leverkusen mungkin membawa perubahan yang berpotensi lagi.

“Sudah tentu ianya tidak sempurna untuk saya, tetapi saya tidak boleh mengatakan lebih banyak tentang perkara ini. Saya tidak tahu.”

(sama ada beliau akan berpindah atau tidak sebelum tarikh akhir perpindahan ditutup)

“Saya tidak boleh mengatakan apa yang sedang saya lakukan ketika ini, masih terdapat sedikit masa lagi.”

Kamil Grabara dan Caoimhin Kelleher kedua-duanya beraksi semasa pramusim, termasuklah ketika kemenangan 4-1 ke atas Manchester United.

Akankah Loris Karius dijual?

Berikan pendapat anda dibahagian komen.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : ECHO

Post Author: Nazz Carra